Jumaat, 31 Julai 2015

HARAPAN BARU KE KAMPONG BARU






SATU 

JEMPUTAN







--------------

ASAL USUL DUIT NAJIB






CERiTA NYA
 ketika itu najib di mekah
pada satu petang
najib di pintu masjid
datang seorang 
tok fakeh
yang menghulurkan tangan
bersalaman dengan najib
selesai bersalaman tok fakeh
menghadiahkan  tasbih
kepada najib

belum sempat najib berkata apa apa
tok fakeh itu sudah hilang
tak nampak batang kepala

pulang ke hotel
najib terperanjat
ditepi pintu bilik 
ada tujuh buah  peti

najib membawa peti masuk ke bilik
bila dibuka
najib tersenyum luas
tujuh peti ini penuh berisi
dengan duit kertas dolar

kira punya kira
ada 700,000 dolar amerika
kira punya kira
hitung punya hitung
jumlahnya bersamaan
2.6 bilion ringgit malaysia

najib tak bawa pulang wang ini
diserahkan kepada
 baitul mal al-saudi
untuk kegunaan
anak yatim piatu

tetiba
satu malam
najib bermimpi 
jumpa kembali
denagn to fakeh depan pintu masjid
kali ini tok fakeh berkata
' tengok bank akaun di am bank'
selesau berkata tok fakeh ini 
hilang dari mimpi najib

esoknya
bila najib buka bank akaun
najib tersenyum
kerana
telah ada masuk
2.6 bilion dolar

najib angkat talipon
dan terus beritahu
ahmad maslan
najib talipin  ahmad maslan
kerana dia bijak
belajar dapat 3.85 pointer
hanya ahmad maslan
yang faham tentang
duit dari tok arab

maka ahmad maslan
beri tahu media
dan
kita semua baca berita itu


SETAKAT INI



Najib pasti jelaskan dakwaan RM2.6 bilion dalam akaunnya, kata Ahmad Maslan 

Ahmad Maslan berkeyakinan Najib Razak akan menjelaskan dakwaan sejumlah wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu dalam masa terdekat.
Ketua penerangan Umno itu berkata, kekangan masa Najib ditambah kesibukan melayan Perdana Menteri Britain David Cameron yang berkunjung ke Malaysia menjadikan perdana menteri menangguhkan isu berkenaan dulu.
“Saya berharap ia akan segera dilakukan, tetapi saya tahu beliau kini tengah sibuk kerana perdana menteri Britain ada dengannya. Kita duduk main politik, beliau sedang menjaga negara termasuk hubungan antarabangsa.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-pasti-jelaskan-dakwaan-rm2.6-bilion-dalam-akaunnya-kata-ahmad-maslan#sthash.WgGMvAQI.dpuf



-------------------

MINTA BANTUAN PEMBACA




MINTA BANTUAN 

PEMBACA 

bagaimana

 nak tutup 

bangkai gajah ini





NYIRU

dua nyiru 

telah digunakan 

tapi

bangkai gajah 

masih terbonjol


BAU MAKIN BUSUK




---------------

SEMUA FITNAH - JANGAN PERCAYA






SEMUA FiTNAH

SEMUA TOHMAH
ini semua rancangan yahudi
ini semua kerja media barat
barat cemburu pada malaysia
barat tak suka kita maju
ini kerja musuh islam

SARAWK REPORT

sarawak report musuh orang melayu
sarawak report musuh islam
sarawak report anti melayu
sarawak report anti islam
sarawak report portal kapir laknat



MUSTAHIL
mustahil mustahil
perdana menteri tercinta kiat
najib razak
yang suci lagi bersih
ada terlibat pecah amanah
mustahil duit masuk
ke dalam bank akaun pribadi

ini fitnah yahudi
mustahil 
najib razak  baru pulang dari mekah
najib razak sudah banyak buat umrah
najib razak beri sedekah 
 buat masjid kampong baru

mustahil mustahil mustahil

HIDUP MELAYU

-------------------

MANA MENGHILANG?









MANO 

TUN MADEY iLANG

SATU KLUMPO 

CARi

LAMO BONA


TAK DO CORiTO

APO KOBA DiO




-------------

ESOK PETANG KITA LAWAN





ANAK MUDA 

BANGUN MELAWAN





ESOK JAM 2:00

SOGO


PAKAI PUTEH








-----------------

CARA MEMBACA AKHBAR GEROMBOLAN









KELAS ULANGAN
ingat tak
macam mana  cara
membaca berita 
dari media gerombolan
kah kah kah
kalau dinafikan ertinya apa?
kalau disokong ertinya apa?
kah kah kah

TAMAT KULiAH







-----------------------

BANGUN MELAWAN





APA MAKNA

 BERiTA INi
maknanya
ramai tak sokong najib
maknanya najib
nak buang muhyiddin bukan mudah
maknanya najib
belum selamat lagi

3 Umno bahagian tetap mahu Muhyiddin, Shafie rasmikan mesyuarat 

Tiga Umno bahagian akan meneruskan rancangan untuk menjemput menteri Kabinet dipecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal untuk merasmikan mesyuarat mereka, memberikan isyarat terdapat perpecahan di dalam parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.
Umno Bahagian Kluang, Hulu Selangor dan Kemaman kekal dengan keputusan mereka Muhyiddin dan Shafie akan menghadiri mesyuarat mereka dan bersedia berdepan sebarang risiko.
"Ya, kami akan meneruskan program Ahad ini bersama dengan Tan Sri," kata Ketua Umno Bahagian Kluang Md Jais Sarday
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/3-umno-bahagian-tetap-mahu-muhyiddin-shafie-rasmikan-mesyuarat#sthash.5gmklToH.dpuf


KAH KAH KAH
ini tanda perang
tapi awas
beg birkin akan sampai
fulus akan masuk
inilah masa terbaik
untuk pau duit 1mdb
untuk pau mat mongol
kah kah kah

FULUS SiKOM




------------------

KELENTONG LAGI






KELEN TONG

 | July 30, 2015
najib_hafarizam_firoz_wsj_600
Pelantikan peguam tempatan dari Amerika Syarikat merupakan cara paling mudah untuk mengheret WSJ kemuka pengadilan More ››


KAH KAH KAH
woit
macam macam cerita yang muncul
macam macam labon yang keluar
semua kelentong
semua nak tipu mak cik felda
semua nak tipu pak cik felda

TONG TONG KLEN




---------------

SATU JEMPUTAN




JEMPUTAN


Majlis Pelancaran Buku 'Suara Bicara : Fragmen Memoir Said Zahari'



Tarikh : 2 Ogos 2015, Ahad
Masa : 10:00 am
Tempat : Bangunan LLG
              89 & 91, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur

Tetamu Khas:

Pak Said Zahari, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, bekas Ketua Umum Parti Rakyat Singapura

Dr. Syed Husin Ali, Pengerusi Pusat Sejarah Rakyat, bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), bekas Timbalan Presiden Parti Rakyat Keadilan (PKR)

Prof. Emeritus Abdul Rahman Embong, Penyunting buku Suara Bicara : Fragmen Memoir Said Zahari

Prof. Mohamad Haji Salleh, Sasterawan Negara

Sdr. Tan Kai Hee, bekas Setiausaha-Agung Parti Buruh Malaya

Sdr. Roesman Said, wakil keluarga Pak Said Zahari

Sdr. KK Lam, wakil kumpulan Monsoons Malaysia

Anjuran Bersama : Pusat Sejarah Rakyat & SIRD

Suara Bicara: Fragmen Memoir Said Zahari (suntingan Abdul Rahman Embong, 2015) merupakan fragmen memoir Said Zahari, dan sekaligus sebuah festschrift atau karya penghormatan untuk beliau. 

Buku ini yang merupakan buku ketiga dalam trilogi beliau meraikan sejarah hidup dan sumbangan besar Pak Said sebagai seorang wartawan veteran dan patriot angkatan lama kepada perjuangan kemerdekaan, kebebasan dan keadilan, serta sebagai lambang nurani kebebasan manusia sejagat. Buku ini memancarkan watak beliau yang penuh optimisme, yang tidak boleh ditundukkan baik oleh penjara, seksaan, dan penghinaan, mahupun oleh penyakit dan usia.

Pertanyaan 03-79-57-83-42

Thanks

Pusat Sejarah Rakyat



----------------

DEN MINTAK TOLONG







DEN 

MiNTAK TOLONG

 SiKIT
sapo ado nampak budak rombao 
ilang ontah komano
pueh den moncari
satu klumpo
den cari
golo deh eeeh



ROMBAO 

MOST 

WANTED

dua satu kocik bonar
ompek satu sonyum lebar







------------