Rabu, 16 September 2015

PEDULI DAN PROGRESIF










AMANAH
Ini berita tidak mengejutkan. Yang paling mengejutkan sekali adalah kenapa pas jadi macam yang ada sekarang. Parti Amanah Negara sudah cukup besar pada namanya tapi cukup menakutkan hati siapa2 yang menerajuinya. Nama amanah adalah nama mulia sifat nabi. Tentu orang yang membawa nama ini pasti amat berhati2 dalam soal pentadbiran negara. 

Dalam urusan sesama manusia. Dalam urusan dengan tuhannya. Aku awal2 lagi masuk parti ini atas sebab yang satu. Aku inginkan perubahan total di atas segala kepincangan yang terjadi di negara kita. Kemusnahan harta negara dan kemiskinan rakyat di bumi kaya raya. 

PAN pasti mendapat sambutan kerana ia dipimpin dan diperkuatkan oleh barisan kepimpinan harapan rakyat, disayangi rakyat dan didambakan oleh seluruh rakyat berbilang kaum. Pengerusinya bang mat sabu adalah sosok paling dihormati lagi dikasihi oleh rakyat kita sekarang ini. Manakala pemimpin parti islam yang satu lagi adalah sosok yang paling menakutkan sekali. Rakyat takut kalau dia on TERUSKAN LAGI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/16/15



------------

AMANAH TERUS MARA







SYABAS!

Dalam tempoh 15 hari, ia berjaya mengumpul lebih 30,000 ahli di 105 kawasan.





PAN sasar kumpul 100,000 menjelang hujung tahun

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN), dilancarkan walaupun pendaftarannya masih tidak mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir menegaskan walaupun statusnya masih tergantung, ia tidak menjejaskan usaha untuk mengumpul seramai munbkin ahli.
“Dengan kelahiran gerakan ini yang berusia 15 hari, kita sudah memperoleh 30,018 ahli di 105 kawasan dan ia merupakan pencapaian yang membanggakan buat kita.
“Jadi, atas arahan Presiden, kita mensasarkan seramai 100 ribu ahli sehingga 31 Disember ini,” jelasnya ketika berucap di Shah Alam, pada Rabu.

TERKiNI
jumlah terbanyak
mendaftar jadi ahli
dari negeri kelantan
---------------

TAHNIAH












TAHNiAH

KELAHiRAN

PARTi BARU







-----------

SIAPA BERI ARAHAN BUNUH ALTANTUYA




SEKALi LAGi

https://www.youtube.com/watch?v=ESmMiPd37qI


Dokumentari boleh bantu keluarga Altantuya saman Najib – Zaharin

PETALING JAYA: Penyiaran dokumentari pembunuhan Altantuya Shariibuu oleh berita agensi antarabangsa, Al Jazeera, boleh membantu keluarga wanita Mongolia itu untuk mengemukakan saman terhadap Naji Razak.
Bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin berkata, penyiaran dokumentari itu boleh menjadi talian kepada keluarga mendiang dalam mencari kebenaran terhadap pembunuhan kejam bekas model itu.
“Yang patut buat saman ialah keluarga Altantuya Shariibuu kepada PM Najib..kerana Al Jazeera sudah buatkan dokumentari akan perihal pembunuhan itu ada kaitan dengan PM Najib.
“Bukan PM Najib yang kena saman Al-Jazeera. Saman sekali ex-Peguam Negara Ghani Patail…mungkin dalam keadaan sekarang dia akan berpihak dengan Altantuya Shariibuu,” tulisnya di Facebook.
Zaharin turut memberikan cadangan agar anak-anak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad membantu keluarga mendiang Altantuya supaya memberi bantuan kewangan dalam urusan saman itu yang dianggap sebagai kerja amal jariah.

PADAN MUKA



-----------

LAWAK SPRM







KAH KAH KAH



SPRM: Jangan spekulasi siasatan pada Jho Low

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerjasama media agar tidak membuat spekulasi berhubung siasatan mereka terhadap ahli perniagaan Jho Low dan dua bekas pegawai tertinggi SRC International Sdn Bhd berkaitan kontroversi 1MDB

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
sprm  buat lawak ke?
nak cari cina tembam ini dimana?
si tembam bukan lagi 
rakyat malaysia
kah kah kah
hang nak cari rumah kat mana?
rumah  paris hilton ke?
depan jalan pun hang tak sampai
kah kah kah

KANCIL NAK

TERBERAK 

MACAM 

GAJAH

----------------

TERUSKAN LAGI






TAHNiAH

CUKUP

HEBAT


Sambutan luar duga AMANAH di Kelantan

Selepas dua minggu penubuhannya, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata sambutan "luar dugaan" rakyat terhadap parti itu menunjukkan tiga negeri mendahului berbanding negeri lain.
Berdasar data permohonan yang dibentangkan dalam mesyuarat AMANAH kelmarin, Mohamad berkata Kelantan mendahului dengan sebanyak lebih 7,000 borang telah diisi dan dikembalikan kepada ibu pejabat AMANAH dan kini sedang menunggu kelulusan.
Menurutnya lagi, penyertaan kedua terbanyak dari Johor melebihi 5,000 orang manakala, ketiga tertinggi dari Selangor sebanyak lebih 4,000 permohonan dan Kedah berada di tangga keempat dengan permohonan melebihi 2,000 borang.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Mohamad berkata setakat ini sebanyak 50,000 borang telah diedarkan tetapi belum dikembalikan dan dijangka 30,000 borang bakal diluluskan menjelang mesyuarat parti itu yang akan datang.

TERUS LAGI




--------------------

SAKSI TELAH HILANG







KOMENTAR
tak sampai satu bulan
sesudah laporan dibuat
tindakan telah diambil 
oleh pihak berwajib swizerland
ini contoh negara kapir bekerja


kalau di malaysia
yang mengaku negara islam
yang ramai tunggang tunggit
yang mulut berbuih buih
sampai tujuh keturunan
beluam terima surat jawapan


Swiss soal siasat saksi Malaysia berhubung kes 1MDB


Pendakwaraya persekutuan Switzerland hari ini berkata, Malaysia bersetuju untuk mengatur sesi kepada penyiasat negaranya bagi mengambil keterangan beberapa saksi dalam siasatan mereka berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata ketuanya, Michael Lauber, hari ini bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia,  Mohamed Apandi Ali, untuk membincangkan "kerjasama" dalam kes 1MDB. 
Menurut kenyataan itu, kerjasama antara Malaysia dan Switzerland dianggap sebagai penting kepada siasatan yang dijalankan mereka
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/swiss-soal-siasat-saksi-malaysia-berhubung-kes-1mdb#sthash.TuJZ3ejM.dpuf


JENG JENG 
woit
tapi sayang
peguam negara malaysia ini
lantikan najib
saksi akan hilang
saksi telah hilang
saksi tak dapat ditemui
saksi disorokkan
sampai kiamat
tak ada apa akan berlaku

JENG JENG

-----------------