Jumaat, 23 Oktober 2015

KHUTUBAH JUMAAT TADI










FACE BOOK



Khutbah pertama tentang fitnah dan mengumpat boleh merosakkan masyarakat dan negara ibarat makan daging saudara sendiri, tanpa saksi boleh dihukum sebat 80kali. khatib kata khabar angin boleh diibaratkan seperti jerebu yang mencemarkan udara negara.
Masa khutbah sebelah aku budak sekolah borak sembang sembang tak berapa nak dengar isi khutbah, tetiba lalu satu budak uia pakai baju "kesilapan lalu adalah guru yang terbaik".
Khutbah kedua tentang kesederhanaan dalam apa tindak tanduk dan tidak ekstrim dalam apa jua perkara.
Penutup khutbah macam biasa khatib doa keamanan negara, sejahtera, doa sultan dan jauhi syiah dan terus bersama sunah wal jamaah.
Masa berjalan ke kedai depan sambil redah jerebu yang dah lama buat otak tepu, terpancar buah fikiran aku bertanya mana orang agama untuk alam sekitar, mana orang agama untuk melawan ketidak adilan sang pemimpin sunnah wal jamaah, kesederhanaan mcm mana yang khatib ini maksudkan sedangkan pak-pak penceramah pandang pihak tertindas pun sebelah mata asalkan harga 4 tayar mereka cecah juta juta. Tak adil sungguh untuk kita doakan kesejahteraan insan yang tak adil.
Rupanya pengajaran dari khutbah aku hari ini berkisar dengan budak uia berbaju
"kesilapan lalu adalah guru yang terbaik"
terima kasih budak sekolah.
viva la vida !






------------

RAKYAT MULA FAHAM?







BAGAiMANA

NAK FAHAM 

JANJi TPPA

APA iSi TPPA

BANi MELAYU

TIDAK TAHU




--------------

SEMUA TANYA - MANA DUIT ITU?








DiMANA

DUiT ITU


SEKARANG?




Pembangkang sambut bajet dengan soalan 'mana 2.6 bilion?'

Anggota parlimen pembangkang hari ini menyambut pembentangan belanjawan 2016  Najib Razak dengan mempamerkan plakad bertulis “mana 2.6 bilion?”
Ia bertujuan menyindir isu dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib yang juga menteri kewangan.

KAH KAH KAH
woit
mana duit 2.6 bilion
sudah hilang ke?
kah kah kah
duit itu beli apa?
kah kah kah
siapa beri duit itu?
kah kah kah
sapa nama tok arab itu?
kah kah kah
arab banyak negera
aran dari mana?
kah kah kah

KANTOI LAGI



---------------

CABUT LAGI







Sultan Selangor tarik gelaran ‘Datuk Seri’ Khir Toyo

23 Oct — Susulan hukuman penjara 12 bulan selepas disabitkan bersalah kerana menyalahgunakan kuasa pada 2007, gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Dr Mohd Khir Toyo ditarik balik dan dibatalkan berkuatkuasa 30 September. Setiausaha kerajaan negeri merangkap…

KAH KAH KAH
gwa amat sedih
ini kes inyanya
ini kes lanyak bodoh
beli tanah lanyak mahal
jual tanah lanyak murah
bodoh bukan latu jinayah
kah kah kah
sikalang gwa mahu
panggil toyo apa?
latuk seli sudah taktak
gaw panggil tuan gigi ke?
atau tuan loktor?
kah kah kah

CABUT GIGI
-----------------

DIMANA PERGINYA KATAK HIJAU ITU







NOTA
gwa siarkan kembali
tulisan ini untuk kita 
sesama melihat nilai hidup kita
mencermin diri
bertanya kemana arahnya
tamadun kita dalam
suasana jerebu yang berpanjangan

DARI ARKIB 
RICE COOKER 5 MAY 2006



DIMANA PERGINYA KATAK HIJAU ITU?
Saya dibesarkan di Jelebu yang pada satu ketika dahulu dianggap kawasan pendalaman yang agak ulu. Konsep ‚ Jelebu sebagai kawasan pendalaman – kami terima kerana pada satu ketika dahulu daerah kami adalah tempat di mana orang-orang jahat – gedebe,dan gengster – di buang daerah. Dalam daerah pendalaman kami terdapat kawasan-kawasan bergunung ganang dan lembah-lembah hijau yang subur. Jelebu tersuruk dicelah-celah di kaki Banjaran Titiwangsa.
Di lereng-lereng bukit tertanam pokok-pokok getah. Di kawasan lembah di mana batang Sungai Klawang mengalir ke Sungai Pahang terdapat kawasan perkampungan sawah padi. Di musim menanam padi akan kelihatan beribu-ribu burung Tempua berpindah randah membuat sarang di sekitar kawasan sawah. Sarang mereka bergantungan di atas pohon rumbia atau pokok-pokok yang berhampiran dengan sawah. Burung-burung Pucung pula sering berkeliaran mencari belalang dan ulat serangga. Sesekali ternampak juga burung Bangau mencari anak-anak ikan.
Saya juga selalu ternampak burung Butbut ‚ yang terbang rendah di pinggir kawasan sawah. Burung ini sering disurahkan sebagai memiliki rahsia untuk mengubat tulang yang patah atau seliuh. Manakala di dalam sawah pula akan ditemui pelbagai jenis ikan air tawar , sembilang, keli, puyu, sepat dan haruan. Di antara lopak-lopak sawah ini, jika ada lubuk-lubuk kecil pasti ianya akan menjadi tempat ikan bersarang. Di kawasan lubuk ini juga pasti ada lagi satu makhluk ‚ katak hijau.
Ini bukan saya bernostalgia dan mengelamun tentang kampung. Saya menulis ini kerana pada hari ini semua yang saya tulis ini tidak lagi wujud di Jelebu. Sawah telah kering. Ada yang menjadi belukar. Ada yang dijadikan tapak rumah. Ada juga dijadikan kawasan kebun. Aliran air sungai pula semakin susut. Airnya masih jernih tetapi tidak lumayan seperti satu ketika dahulu.
Lalu saya bertanya ke mana perginya pelbagai jenis burung-burung yang pernah saya nampak dahulu. Di mana mereka mencari makan dan bersarang. Dan ke mana perginya katak hijau yang telah gagal menampilkan diri. Saya telah gagal melihatnya saya hampir 35 tahun. Apa telah terjadi? Saya selalu berfikir dan ingin mencari jawapan.
Bila teringatkan katak hijau ini saya teringat kembali kepada Amerika Latin. Saya sebenarnya tidak pernah sampai ke Amerika Latin. Tetapi pada tahun 1992 dahulu saya pernah menjadi pembantu penyunting sebuah filem dokumentari ‚ Message from Elder Brothers – untuk stesen tv BBC. Filem ini ialah tentang masyarakat Kogi yang tinggal di atas banjaran pergunungan Andes di Amerika Latin. Masyarakat Kogi mengakui bahawa diri mereka adalah abang-abang tua kepada kita semua. Ini kerana mereka tinggal di kawasan pergunungan bersalji yang paling tinggi.
Melalui filem ini mereka ingin menyampaikan satu pesanan penting dan satu peringatan untuk adik-adik mereka ( kita semua ) yang tinggal di bawah gunung. Abang kita ini mengingatkan kita untuk berwaspada kerana salji semakin berkurangan di pergunungan Andes. Menurut abang tua kita, ini satu petanda yang tidak baik.
Filem dokumentari ini dibuat hampir 15 tahun dahulu. Rasa saya memang tidak ramai penonton yang ambil peduli. Ada yang menganggap dokumentri ini sebagai hiburan ringan. Tetapi ketika saya memotong filem ini saya dapat merasakan betapa pentingnya pesanan yang disampaikan oleh masyarakat Kogi ini. Pesanan ini mengingatkan saya kembali kepada masyarakat Maya yang telah mendirikan tamadun mereka di Amerika Latin. Tamadun ini cukup anggun dan tersebar luas. Pada zaman keagungan tamadun ini wujud 50 juta warga Maya. Mereka memiliki tulisan, mengetahui ilmu alam, ilmu bintang dan telah berjaya mendirikan kota-kota yang indah permai. Tamadun ini runtuh dan berakhir di antara 800/900 AD.
Bila kita melihat kembali kota-kota kuno tamadun Maya pasti ada di antara kita yang akan berani dan angkuh berkata – kenapa orang Maya ini bebal sangat memotong semua pokok-pokok di sekeliling wilayah mereka !
Lalu saya berfikir, tamadun Maya yang anggun lagi hebat itu pasti tidak runtuh dalam sekelip mata. Ianya bukan dilanda gunung berapi seperti kota Pompeii atau dilanggar tsunami seperti kota Acheh. Keruntuhan tamadun Maya pasti mengambil masa beratus tahun. Sedikit demi sedikit tamadun ini tergelincir tanpa disedari. Pasti wujud tanda-tanda awal tetapi mungkin telah tidak dipedulikan oleh orang-orang Maya pada ketika itu. Mereka tidak ambil pot atau mereka gagal memahami tanda-tanda ini.
Apa yang sedang terjadi di daerah Jelebu pada ketika ini mungkin tanda-tanda awal. Burung Tempua, Butbut, Puyuh, Pucung dan Bangau yang telah tidak saya lihat lagi mungkin satu penanda. Ke mana agaknya burung-burung ini menghilangkan diri. Apakah mereka telah berpindah. Atau apakah spesies mereka telah pupus. Saya belum menemui jawapan. Malah saya belum pernah terbaca satu kajian untuk dapat menjawab kepada soalan saya ini.
Bila saya pulang ke kampung, orang kampung sering berkata bahawa musim telah berubah. Hujan dan panas datang tidak tentu masa. Musim buah pun telah susah hendak ditentukan. Jelebu yang biasanya kering pada bulan April, May dan Jun kini selalu pula hujan. Hakikatnya cuaca alam telah berubah.
Saya rasa kita semua amat sedar tentang perubahan cuaca ini. Hanya kita masih belum sedar apakah makna yang akan dibawa oleh tanda-tanda dari perubahan ini. Suhu cuaca semakin naik ‚ ini telah menjadi pengetahuan umum. Hujan tidak lagi mengikut musim. Perubahan bukan hanya terjadi di Jelebu. Banjir melanda di sana sini – bukan hanya di Kelantan. Kejadian perubahan cuaca ini bukan khusus kepada satu wilayah, sebuah mukim atau satu negara tetapi keseluruhan dunia hari ini sedang mengalami perubahan kenaikan suhu cuaca.
Bulan lalu Eropah telah di landa banjir. Sungai terpanjang di Eropah  Sungai Danube - melimpah. Sungai Meuse di Belgium melimpah sama. Dalam masa yang sama di Afrika Tengah musim kering terus memanjang. Kemudian saya terbaca tentang Orang Asli di Pahang membantah kerana hutan dara di wilayah kediaman mereka dipotong balaknya. Di Kedah Hutan Belum yang berumur 300 juta tahun kini sedang diancam oleh pembalakan haram.
Kemudian saya juga terbaca pula tentang bagaimana pada hari ini botol dan sampah plastik didapati lebih banyak terapung dari plankton di dalam laut. Ini pasti menyusahkan ikan. Saya juga ada terbaca bagaimana banyak burung Belibis ( seagull) telah ditemui mati tercekik kerana mereka telah menyambar sampah plastik yang terapung di permukaan laut. Malah anak-anak burung ini juga didapati mati di sarang kerana diberi makan sampah plastik oleh ibu mereka.
Semua berita ini boleh kita baca dalam akhbar harian kita. Sekali imbas ianya hanyalah satu laporan berita. Orang Asli di Bera pasti tidak ada hubungan dengan Sungai Danube. Masyarakat Kogi di Andes tidak ada kena mengena dengan burung Butbut di Jelebu. Mungkin berita burung Belibis makan plastik amat melucukan tetapi apa pula hubungannya dengan buah durian di kampung saya.
Tetapi jika direnungkan dan gunakan sedikit buah fikiran maka kita akan dapat melihat satu gambaran yang lebih jelas dan besar. Kita cantumkan semua berita-berita ini. Kita letakkan berita-berita ini dalam satu peta. Maka saya rasa kita semua akan dapat melihat bahawa semua berita-berita ini adalah tanda-tanda awal bahawa tamadun kita hari ini sedang dalam kesakitan.
Perubahan suhu cuaca yang sedang berlaku hari ini akan membawa satu akibat yang menggerunkan bukan sahaja kepada burung, katak, atau binatang tetapi untuk semua makhluk dalam dunia ini. Perubahan ini adalah perbuatan kita sendiri. Kita semua warga dunia bertanggung jawab menebang pokok, menggali bumi, meledakkan gunung dan akhirnya menaikkan suhu cuaca.
Kita jugalah yang membakar minyak petrol sambil memanaskan bumi kerana kita ingin bergerak ke hulu ke hilir. Manusia ‚ kita semua – bertanggung jawab mencemarkan udara dengan bom atom, bom nuklear, dan membuang segala macam sampah kimia yang mengotorkan wilayah kita sendiri.
Hasilnya, katak hijau yang pada satu ketika dulu saya anggap sebagai teman kini telah menghilangkan diri. Katak hijau ini menjadi teman kerana si katak ini adalah tanda untuk saya mengenali lubuk mana yang dipenuhi dengan ikan. Jika lubuk itu kelihatan didiami oleh banyak katak hijau ertinya banyak ikan di dalamnya. Lubuk yang ini baik untuk saya memasang tajur. Bila si katak hijau ini menghilangkan diri, saya melihat ini sebagai satu peringatan probadi untuk diri saya.
Peringatan bahawa tamadun moden yang berasakan kebendaan ini telah memisahkan saya dengan alam. Tamadun moden ini juga telah memisahkan antara kita sesama kita. Seperti tamadun Maya yang runtuh kerana hutan-hutan ditebang, lembah menjadi keing dan akhirnya panen gagal. Saya membaca semua yang sedang berlaku hari ini adalah tanda-tanda peringatan yang
telah datang kepada kita semua. Hanya kita yang lalai dan gagal memahaminya. Katak hijau itu, sama seperti masyarakat Kogi di Amerika Latin sedang cuba memberi tahu sesuatu kepada saya.
Mungkin ada orang yang akan ketawa kerana teman yang memberi ingatan hanyalah seekor katak hijau dari sebuah lubuk di Jelebu. Tetapi pada ketika ini saya lebih yakin tentang tanda dan makna melalui berita yang dibawa oleh seekor katak, walau pun dia telah lama hilang. Ini kerana saya amat mengenali kejujurannya peranannya. Binatang, burung, serangga dan katak tidak pernah berdusta dengan alam.(TT)





----------------

USUL OH USUL







FACE BOOK




















--------------

TEKSI OH TEKSI







SELALU GUNA TEKSI
TUAN TT, saya ini yang selalu mengguna perkhidmatan teksi tersangat2 kesian mendengar keluhan2 dreber2 teksi,tetapi tidak bolih nak buat apa2.Inilah peluang saya nak bagi tau kepada sesiapa saja yang ingin mengambil tahu dan nak tahu.Pertama dahlah tak dapat memiliki permit teksi terpaksalah kena sewa dengan SYARIKAT KRONI KETUANAN MELAYU .


Bayaran sewa kereta teksi ikut warna teksi dan class teksi samaada biasa atau premium teksi.Yang kesian tu ialah kena bayar GST,sewa dengan Syarikat Kroni DAN kutipan harian membawa penumpang pun kena bayar GST .REVENUE DAN EXPENSES semua kena bayar GST.

Kalau dreber2 ini mengeluh tentang masaalah mereka dan ingin berpesatuan untuk membaiki masaalah mereka cepat2 SYARIKAT KRONI akan menekan mereka dan tidak diberi menyewa teksi drpd syarikat2 kroni.SYARIKAT KRONI ada pasang "SPECIAL BRANCH" DIDALAM KUMPULAN DREBER2 TEKSI untuk mengintip deDREBER2 TEKSI. on DEMO LAGI - LAGI HEBAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/22/15






---------------

UITM DAN PERJANJIAN TPPA








ALANG KAH

BAiK JiKA

ANAK MUDA


INi TAHU iSI



PERJANJiAN

TPPA



-----------

HARI BUJET











HARi INI
HARi BUJET



RAKYAT PASTi

DAPAT 

BANYAK 

DERMA

MUDAH2AN












-------------

MANA SUARA SAHABAT ALAM







 | October 22, 2015
Luhut-Binsar-Pandjaitan-,jerebu
Menteri republik itu menjelaskan bukan tanggungjawan kerajaan untuk memadam kebakaran kerana yang mendapat manfaat adalah syarikat swasta More ››


JEREBU

OH  JEREBU

MANA SUARA

GREEN PEACE

MANA SUARA

SAHABAT

ALAM

MANA MANA




-----------------

AL- FATIHAH








22 Oktober 2015
JITRA - Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.45 malam tadi.



---------------