Selasa, 24 November 2015

SIAPA BONEKA AMERIKA





MAKA CELAKALAH BAGI KAMU yang membawa bala kepada negara kami...
Wahai para pengundi Benjamin Netanyahu... Sujud syukurlah kamu di atas kehadiran bapak penjenayah seluruh alam ke Malaysia dengan membawa khabar berita baik... Lepasni kalau sakit telan je pil kuda jer... Tak pon jangan sakit, terus mati je..







------------

AKTA BAGINDA QUEEN 1948







 
18 hours ago
sudah didenda RM5000. Pendakwaraya masih merayu untuk penjarakan beliau.




















--------------

SAPA LAGI?






SAPA LAGi

TAK DiJEMPUT

SAJE TANYA

JANGAN 

MARAH

Mesyuarat MT UMNO berjalan tanpa Muhyiddin dan Shafie

 | November 24, 2015
Muhyiddin kini berada di luar negara dan dijangka akan pulang esok manakala Shafie pula sedang mengerjakan ibadah umrah.

------------

NAJIB LEMBU








NAJiB LEMBU

BUKAN 

LEMBU NAJiB



KENAPA MARAH
kalau dah betol lembu, lembu lah...kenapa nak marah pulak? on NAJIB LEMBU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/24/15




------------

AKTA BAGINDA QUEEN








ESOK PAGi

HANTAR 

MEMO PADA

SUHAKAM












-----------

GADUH TETAP GADUH







LAWAN

JANGAN


TAK LAWAN


Pertembungan kem Najib-Muhyiddin bakal berlaku dalam perhimpunan Umno Disember 


Perhimpunan agung Umno bulan depan akan menjadi medan pertembungan antara dua kem dalam parti Melayu itu, dengan satu kumpulan setia kepada  Najib Razak dan satu lagi bersama Muhyiddin Yassin dan menyokong kritikannya terhadap dakwaan penglibatan perdana menteri dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib masih dalam “mode” bertahan, sementara Muhyiddin masih memberi desakan, berterusan membangkitkan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi presiden Umno itu.
Najib yang juga menteri kewangan merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
"Perhimpunan kali ini akan menjadi pertembungan hangat antara kem Najib dan kem  Muhyiddin,” kata bekas ketua Pemuda cawangan Keliang, Hulu Selangor, Moohamad Faizal Abdul Raub kepada The Malaysian Insider.
"Ia akan menjadi platform kedua-dua kem untuk mempertahankan bos mereka." 
Tiada usul agar Najib meletakkan jawatan akan dibangkitkan pada perhimpunan agung kali ini yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Walaupun Najib dilihat mempunyai sokongan majoriti ketua Umno bahagian, ahli akar umbi peringkat cawangan masih memberontak.
Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja Mohd Hamidi Abu Bakar berkata, perwakilan dan ahli menanti penjelasan daripada pemimpin mengenai kecelaruan dan kemelut yang berlaku.
"Perhimpunan kali ini ramai yang tertunggu dan tidak sabar mendengar ucapan daripada pemimpin, ramai pemerhati dijangka hadir kali ini.
"Semua ini disebabkan keadaan dan pergolakan dalaman yang berlaku dalam parti," kata Hamidi kepada The Malaysian Insider.

Gesaan beberapa cawangan kebelakangan ini menunjukkan bahagian-bahagian Umno sukar untuk mengawal ahli yang tidak berpuas hati terhadap Najib.
Ahli akar umbi kritikal terhadap kepimpinan Najib, menganggapnya sebagai liabiliti dan tidak melihat masa depan cerah jika beliau terus memimpin Umno.
"Rakyat mahukan peralihan, apabila merasakan tidak lagi relevan, ia sepatutnya digantikan," kata Ketua Umno Cawangan Rista Villa Perdana Rushdan Mohamed, salah seorang yang mendesak Najib letak jawatan baru baru ini.
Beliau berkata, pepecahan dalam Umno sudah tidak dapat dielakkan lagi, jika berterusan kesan lebih buruk dihadapi Najib seperti sabotaj daripada ahli sendiri yang tidak berpuas.
"Pepecahan parti tidak dapat dielakkan dan sabotaj parti memang tidak boleh dielakkan," katanya.
Senada dengan Rushdan, aktivis Umno Pokok Sena Ramli Yunus mengakui parti Melayu itu sudah berpecah, dan lebih parah lagi, ahli sendiri sudah tidak dapat mempertahankan Najib apabila bertemu rakyat.
"Pecah memang sudah berpecah, memang tidak boleh buat apa lagi.
"Dahulu kami yang di bawah ini yang mempertahankan Najib, tetapi sekarang yang di bawah ini pula lantang menentang beliau," katanya.
Sesetengah pemimpin mengatakan perpecahan dalam Umno ini disumbang Muhyiddin kerana berterusan mengkritik Najib dan mempersoalkan isu RM2.6 bilion.
Tindakan Muhyiddin menimbulkan rasa curiga dan prasangka buruk terhadap Najib walaupun berkali-kali penjelasan dibuat pemimpin Umno lain.

"Harapan Muhyiddin Perhimpunan Agung Umno kali ini berjalan dalam keadaan huru-hara," Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dipetik sebagai berkata. – 24 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pertembungan-bakal-berlaku-kerana-najib-1mdb-derma-rm2.6-bilion-dalam-perhi#sthash.KrDv5zMa.dpuf

KAH KAH KAH
woit
betul ke berita ini?
perang gelap ke
perang terang akan berlaku
muhyiddin senyap aje
mana sudah ilang
betul ke nak gaduh?
gaduh macam filem tamil?
kalau gaduh filem tamil
baik tak usah
kah kah kah

LAWAN LAGi


-----------------

PROJEK BOOODEK









PERGi 

NEW YORK

KETiKA PM

DISANA iALAH

PROJEK

BOOODEK





BENARKAH YaPEIM TURUT KE NEW YORK?
PERLU PENDEKATAN MENYELURUH PULIHKAN KEWIBAWAAN YaPEIM
 Saya berpeluang menonton sedutan penjelasan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di televisyen dimana Ketua Pengarah dan seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM telah disoal jawab mengenai YaPEIM dan juga isu-isu yang telah dibangkitkan oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW).
Ini merupakan satu pendekatan yang sihat walaupun banyak perkara yang ditanya tidak mendapat penjelasan yang sewajarnya manakala jawapan-jawapan yang diberikan mengundang lebih banyak persoalan termasuklah mengenai penganjuran program-program di luar negara.
Sehingga kini pihak berkenaan telah mengesahkan kebenaran mengenai perjalanan ke Sydney, Melbourne dan Brisbane pada April 2014; Washington DC, Iowa dan Minnesota pada Mei 2014 dan Paris pada Disember 2014.
Terdapat satu lagi dokumen yang menunjukkan bahawa YaPEIM dikatakan telah terlibat dengan Program Kembara Santun ke New York, Amerika Syarikat bersempena lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia ke Amerika Syarikat.
Program ini telah berlangsung pada 17 September 2014 sehingga 27 September 2014 dengan sasaran penglibatan 100 orang peserta di New York. 
Butiran terperinci menunjukkan pecahan perbelanjaan bagi tujuan ke New York mengikut agensi adalah seperti berikut:-
        i.            Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) – RM 66,960.00
      ii.            YaPEIM – RM 101, 720.00
Maka jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah dianggarkan sebanyak RM 168,680.00.
Ini sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai kewajaran penganjuran lawatan ke luar negara yang boleh dirumuskan seperti berikut:-
1.      Benarkah lawatan ini telah diadakan oleh YaPEIM dan siapakah mereka yang pergi ke New York?
2.      Apakah keperluan YaPEIM untuk bersama dalam lawatan YAB Perdana Menteri ke New York sedangkan YaPEIM adalah agensi yang berteraskan kepada amal jariah dan bukanlah sebuah jabatan kerajaan?
3.      Menurut sumber lain, benarkah peruntukan untuk sumbangan daripada YaPEIM tidak sampai 10 orang penerima dalam lawatan ini iaitu hanya sebanyak USD 500 atau sekitar RM 2,000 seorang?
4.      Berapa banyakkah lawatan ke luar negara yang melibat YaPEIM bagi tahun 2013, 2014 dan 2015? 
5.      Berapakah kos setiap lawatan termasuk butiran terperinci dan kos keseluruhan?
Persoalan-persoalan mengenai perjalanan ke luar negara hanyalah merupakan persoalan asas bagi menilai keberkesanan keseluruhan perbelanjaan oleh YaPEIM samada ianya mencapai matlamat amal jariah.
Harus diingatkan bahawa imbuhan dan jawatan-jawatan yang dipegang oleh beberapa individu dalam YaPEIM dan perbelanjaan-perbelanjaan lain masih belum terjawab.
Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa siasatan akan dijalankan terhadap YaPEIM merupakan permulaan yang baik dan sepatutnya perkembangan hasil siasatan perlu dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.
Bagi memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan, mereka yang terbabit sewajarnya diwajibkan cuti serta-merta dan tidak berhubung dengan mana-mana pegawai YaPEIM sehingga siasatan selesai.  
Selain daripada siasatan oleh pihak berkuasa, proses penambahbaikan perlu dilaksanakan segera bagi meningkatkan tatakelola dan keterbukaan pengurusan YaPEIM antaranya:-
1.      Struktur pengurusan dan pentadbiran YaPEIM dirombak termasuklah mereka yang dilantik sebagai Lembaga Pemegang Amanah hanya boleh bertindak sebagai Pemegang Amanah dan dilarang memegang apa-apa jawatan lain dalam YaPEIM dan institusi-institusi yang berkaitan.
2.      Struktur anak-anak syarikat dan institusi milikan YaPEIM perlu disusun semula agar pertindihan peranan dapat dikurangkan sekaligus mengurangkan kos pengurusan. 
3.      Akaun tahunan YaPEIM dan institusi-institusi YaPEIM termasuk setiap butiran perbelanjaan perlu didedahkan kepada umum. Ini boleh dilaksanakan dengan menganjurkan perjumpaan tahunan dengan pencarum dan pencarum diberi ruang untuk teliti setiap perkara. Manakala kelulusan perbelanjaan yang besar perlu dipersetujui oleh pencarum-pencarum.
4.      Satu saluran pemberi maklumat (Whistleblower) perlu diwujudkan dimana mereka yang mempunyai kemusykilan dan maklumat salah laku mengenai tatakelola, sumbangan amal jariah dan perbelanjaan YaPEIM boleh tampil ke hadapan tanpa disekat atau diancam.
NOW hanya berperanan melindungi pemberi maklumat dan memantau perbelanjaan terutamanya yang melibatkan kepentingan orang ramai.
Saya yakin bahawa rakyat, pencarum dan mereka yang layak menerima sumbangan wajar mendapat keadilan dalam mencapai matlamat pembangunan ekonomi Islam dan amal jariah.
AKMAL NASIR - NOW






------------

CADANGAN HEBAT







BETUL KE

CAKAP DiA Ni?

Tanam sayur untuk berjimat – Timbalan Menteri

Dengan itu tidak akan ada isu mengenai rakyat perlu membayar harga yang tinggi untuk membeli sayur yang diimport
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya menanam sayur-sayaran untuk kegunaan sendiri,” kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tajuddin Abdul Rahman.
Menurutnya, langkah itu bagi mengelakkan rakyat membayar sayuran-sayuran yang diimport ekoran ia kini menjadi semakin mahal disebabkan kejatuhan nilai ringgit.
“Jika ‘Jom Bertani’, kita tanam apa yang perlu, kita tidak ada keperluan lagi untuk membeli. Tidak ada isu mengenai kadar pertukaran wang,” katanya dalam sesi soal-jawab di Parlimen.
Tajuddin berkata, demikian menjawab soalan Shamsul Iskanda Md Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin mengetahui langkah kerajaan bagi mengatasi kenaikan harga sayur-sayuran yang diimport seperti bawang
.

KAH KAH KAH
woit
sokong sokong sokong
ini cadangan bergeliga
ini cadangan bijak
ini cadangan terbaik
tak ada siapa di malaysia
terpikir tentang hal ini
memang bijak
memang hebat
mak cik pak cik
yang duduk di flat
memang boleh tanam sayur
sayur tersubur ialah lumut
kalau nak makan ikan
pilihara ikan dalam botol
kalau nak makan ayam
pilihara ayam dalam kotak
kalau nak makan lembu
jumpa shahrizat atau najib
kah kah kah

NOTA
apakah kesilapaan
rakyat malaysia
hinggakan maloan 
ini dilahir disini

BANGANG
------------

JUMPA OBAMA








JANGAN BUAT 

TAK TAHU



Apa tujuan NGO jumpa Obama – Utusan Malaysia

PETALING JAYA: Langkah beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (US) Barack Obama dipertikai akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia.
Pengarang Berita Kanan 2, Zulkifli Bakar melalui sebuah artikel menulis, langkah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin, S Ambiga dan Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel yang bergitu teruja bertemu dengan Obama bafru-baru ini telah menimbulkan persepsi negatif.
Dia turut mempersoalkan sama ada perkara-perkara yang dibangkitkan kepada Obama menerusi pertemuan tersebut disampaikan secara telus atau sebaliknya


KAH KAH KAH
woit
jangan buat tak tahu
ngo ini anti kerajaan
mesti mereka tabur fitah
mesti kutuk kerajaan
mesti kutuk melayu
mesti burukan malaysia
kan ini kerja ngo
jangan buat buat tak tahu
kah kah kah

LAGi2 NGO



-----------

AHLI PARTI TOLAK NAJIB







MAKiN BERAT

MAKiN LUAS

MAKiN RAMAi


Lagi cawangan Umno gesa Najib letak jawatan


Sebanyak 81 orang ketua cawangan dari lapan bahagian Umno Johor hari ini mendesak presiden parti,  Najib Razak meletakkan jawatan.
Menurut jurucakap kumpulan itu, Ketua Umno cawangan Bandar Pulai Jaya 2, Zairuddin Hamid, beliau tuntutan itu dibuat kerana Najib banyak melakukan kerosakan pada parti.
"Presiden Umno perlu letak jawatan kerana banyak kerosakan yang dilakukan.
"Jangan rosakkan lagi Umno. Lakukanlah pemilihan parti dengan segera. Ia perlu dijalankan dan tak perlu ditangguhkan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Sukan Skudai, Johor Bharu, pada malam tadi

KAH KAH KAH
woit
ini semakin serious
kah kah kah
ingat port dickson aje
ini dah merebak
johor dah terbakar
kah kah kah
mana  beg mana beg
kah kah kah
mana lebai fulusikom 
mana lebai dermakom
kah kah kah
api makin merebak
kah kah kah

FULUSiKOM




-------------

UTUSAN JATUH BANGKRAP






BERiTA SEDiH

GUMBiRA
KOMENTAR
ini berita sedih
kerana ramai kehilangan 
mata pencarian
hilang kerja

ini juga berita gumbira
akhbar ini menjalankan
projek membodohkan melayu
akhirnya akhbar ini
akan tutup kedai
selamat bani melayu
dari menjadi bodoh


 

Utusan Melayu bakal berhentikan pekerja
Syarikat penerbit akhbar Utusan Malaysia itu menghadapi masalah kewangan yang semakin tenat.

PETALING JAYA: Syarikat penerbitan akhbar pro-UMNO, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dikatakan bakal memberhentikan lebih 200 pekerjanya dalam tempoh terdekat ekoran menghadapi masalah kewangan yang semakin tenat.
Menurut sumber, Utusan Melayu yang menerbitkan Utusan Malaysia dan Kosmo! dengan kakitangan seramai 1,400 orang terpaksa mengurangkan jumlah pekerjanya sekurang-kurangnya 20 peratus ekoran masalah yang dihadapi itu.
Katanya, pekerja yang akan diberhentikan itu melibatkan banyak bahagian termasuk Jabatan Pengarang.
Ujarnya, semua itu berlaku disebabkan syarikat terbabit tidak lagi dapat menanggung kos operasi yang semakin meningkat terutama melibatkan bahan-bahan yang digunakan untuk percetakan akhbar.
“Pada masa ini kilang percetakan akhbar milik Utusan yang terletak di Tebrau telah ditutup dan pekerja-pekerja yang terbabit kini terpaksa menganggur.
“Manakala sebuah lagi kilang yang terletak di Gong Badak (Terengganu) yang digunakan untuk mencetak akhbar edaran Pantai Timur akan ditutup,” kata sumber berkenaan kepada FMT.
Sumber itu menyatakan, keadaan Utusan Melayu menjadi teruk sejak awal tahun ini dengan bermacam langkah diambil oleh pihak pengurusan, namun, segala usaha yang dilakukan tidak berjaya.
Jelas sumber itu lagi, gaji yang sepatutnya diterima oleh kakitangan eksekutif yang kebiasaannya dibayar pada 24 atau 25 haribulan hanya akan dibayar pada 28 November ini, sekaligus menguatkan lagi dakwaan tersebut.
“Ya…Utusan dah takde duit untuk membayar gaji pekerja. Saya tahu perkara ini pun setelah diberitahu oleh pihak atasan yang menguruskan gaji pekerja.
“Meskipun Ketua Pengarang syarikat itu sering kali menyatakan ada jalan keluar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun, sehingga hari ini ia tidak menjadi kenyataan,” kata sumber berkenaan.
Bagaimanapun kata sumber itu lagi, keputusan untuk memberhentikan pekerja itu merupakan langkah terakhir sekiranya syarikat tidak menemui jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Utusan Melayu telah memberhentikan pekerja Utusan Printcorp sebelum menjualnya kerana menghadapi masalah kewangan.
Tahun lalu, Utusan Melayu mengalami kerugian RM82.64 juta,meningkat tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

KAH KAH KAH
woit
apa nak cakap
akhbar ini dah lama muflis
dah lama bangkrap
dah lama lungkup
hanya pejabat kerajaan
hanya sekolah
hanya syarikat glc
telah dipaksa membeli
kalau tak ada paksa beli
akhbar ini dah lama tutup
kah kah kah

TUTUP SAJE
 

------------

OBAMA TAK HORMAT NAJIB





HORMAT 

LEMBU

iTU APA?

 

Veteran Umno dakwa Obama tidak hormat Najib jumpa NGO pembangkang 

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang bertemu dengan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang tidak menghormati Najib Razak sebagai tuan rumah menganjurkan persidangan Asean, kata veteran Umno.
Setiausaha Veteren Umno  Mustapha Yaacub berkata, Obama sepatutnya lebih sensitif dengan perkembangan politik di negara ini dan menghormati pemimpin kerajaan.
"Veteren Umno kesal dengan sikap Obama yang tidak tahu menghormati tuan rumah Malaysia apabila beliau membuat keputusan untuk berjumpa dengan kumpulan pembangkang dan anti kerajaan ketika kehadirannya sebagai tetamu negara dan menjalankan tugas rasmi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/veteran-umno-dakwa-obama-tidak-hormat-najib-jumpa-ngo-pembangkang#sthash.8FrrPIGC.dpuf

KAH KAH KAH
woit
nak hormat apa?
minah dari MITI
panggil najib lembu
kah kah kah
nak hormat apa?
500 cawangan anti najib
kah kah kah
makin ramai ahli parti
nak terajang najib
nak hormat apa lagi
500 cawangan mahu

HORMAT APA?

 



--------------

CIUM HIDU BAU APA?





ADA BAU

DUiT KE?

 



Zahid ‘hidu bau’ dalang cuba jatuhkan Najib


KUALA LUMPUR - Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau dapat 'menghidu bau' dalang yang cuba mempergunakan pemimpin akar umbi untuk menjejaskan kepimpinan parti itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dalang tersebut mempergunakan ketua-ketua cawangan Umno untuk mencampuri urusan parti itu termasuk mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan.

"Kita fikir eloklah dalang berkenaan sama ada dalang yang nampak atau tidak nampak mengikut perundangan sedia ada.

"Saya tidak berhasrat untuk menghentak hati mana-mana pihak, (kerana) Umno hidup dan terus relevan, perkara ini harus dihormati oleh semua ahli dan kepimpinan Umno," katanya.

Beliau mengulas tindakan 34 ketua Cawangan Umno dari lima negeri mendesak secara terbuka agar Najib meletak jawatan sebagai Presiden Umno.


KAH KAH KAH
woit
ada bau apa?
ada bau lembu ke?
siapa dalang gerakan ini?
siapa dia? siapa?
ini yang semuan nak tahu
ada pakai minyak wangi ke?
atau pakai bedak wangi
boleh terbau dari jauh
ada bau lembu
ada bau berak lembu
kah kah kah

BEDAK LAGi


------------