.

Khamis, 30 Jun 2016

PENSENJAJARAN SEMULA - POLITIK BARU




PENSEJAJARAN SEMULA

DAN POLITIK BARU

Mukadimah saya kali ini ialah menerangkan sajelas mungkin : bahawa dalam PRU14 nanti Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan TIDAK akan menang. Saya ulangi: tidak akan menang. Jangan sesekali menyimpan harapan. Jangan sesekali ada mimpi. Jangan sesekali ada angan-agan. Mustahil Pakatan Rakyat/Pakatan harapan akan menang dalam pilihan raya. 

Saya telah memberi pencerahan berkali-kali bahawa sistem pemilihan di Malaysia ini berat sebelah. Sistem pemilihan ini telah direka dan telah dibuat dengan niat berat sebelah. Sistem pemilihan yang berat sabelah ini telah dicantikkan dan dihalalkan oleh Parlimen.

Sistem PRU yang diuruskan oleh Suruhanraya Pilihan Raya   (SPR ) ini diwujudkan untuk  memastikan parti United Malays National Organsiation akan terus menang. Ini hakikat ini bukan fitnah atau tohmah.

Kita tidak perlu pergi jauh. Ingat kembali tuntuan BERSIH yang mahu DAKWAT KEKAL. Betul dakwat kekal  ini disediakan. Betul SPR menerima pakai cadangan Bersih - cuma dakwat kekal yang disediakan oleh SPR  dalam PRU13  TIDAK kekal.  Satu Malaysia kena tipu. Terang-terang rakyat ditipu. 

Tidak ada dakwa dakwi. Satu tindakan pun tidak diambil kerana penipuan ini. Malah yang membuat laporan dakwat kekal yang tidak kekal ini - Mejer Zaidi - telah dibuang kerja. Ini fakta bukan tohmah. Bukan fitnah.

Untuk sosok yang rasional dan berfikir - Episod Dakwat Kekal  ini sahaja telah membuktikan bahawa pilihanraya di Malaysia ini satu sandiwara yang disusun untuk memastikan United Malaysia National Organisation akan terus menang dan berkuasa.  

Tetapi pasti ada yang tidak yakin dengan bukti peranan SPR yang menipu hanya melalui Episod Dakwat Kekal. Justeru saya cadangkan   sila baca Laporan Tribunal Rakyat Bersih. Dalam Tribunal Rakyat PRU13  yang diumumkan oleh Bersih kepada dunia pada 24 March 2013 - kita akan bertemu bukan berpuluh malah beratus-ratus kes penipuan yang dijalankan secara terancang untuk memastikan United Malays National Organistaion akan menang.

Kita telah melihat apa yang berlaku dalam PRU13. Kita melihatkan apa yang sedang berlaku kepada Najib Rosmah. Kita sedang melihat dan membaca  tentang tim FBI yang sedang menjalankan siasatan keatas ke 1MDB. Membaca bagaimana beberapa ‘orang suruhan’ Najib mula menghilangkan diri. Kita membaca bagaiaman Wall Street Journal - media  besar dari Amerika terus menyerang Najib Rosmah. Rakyat Malaysia juga diberitahu melalui media Amerika bagaimana rasuah dan penipuan telah dijalankan oleh  Riza Aziz dan Jho Low untuk merembat dana 1MDB. Riza ialah anak Rosmah.

Kita juga membaca bagaimana Ghani Patail diberhentikan. Kita juga membaca bagaimana Ketua SPRM berhenti tiga tahun lebih awal. Kita juga membaca tentang kes Zeti di Bank Negara. Kita juga membaca bagaimana pegawai tinggi SB ditukarkan dari PDRM ke  Jabatan Perdana Menteri. Kita juga membaca bagaimana Kevin Morais dibunuh.

Kita juga membaca dan menilai suasana politik negara terutama dengan terrsingkirnya Muhyiddin dan Mukhriz. Kita semua sedang membaca bagaiman ratusan cawangan United Malays National Organisation telah meluluskan resolusi menuntut Najib meletak jawatan. 

Semua berita ini - semua babak-babak politik ini adalah latar belakang PRU14. Semua ini mempengaruhi PRU14. Semua ini meyakinkan saya bahawa PRU14  akan  dijalankan nanti adalah PRU yang paling kotor - lebih kotor dari kotor. Lebih jijik dari jijik yang menjijikkan.  PRU14 adalah titik tolak dimana pemilihan dan pengundian  di Malaysia akan berlandaskan kepada dua pekara.

Pertama: kuasa  duit. Kedua: penipuan.

Dalam PRU14 ini nanti Najib Rosmah akan menggunakan  duit dan tipu untuk memastikan United Malays National Organistaion terus menang berkuasa.

Mustahil Najib Rosmah akan membenarkan Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan memenangi apa apa.  PRU14 ini adalah PRU dimana Najib Rosmah bukan hanya boleh memperlekeh Mahathir Muhamad malah Najib boleh berkata kepada Mahathir Muhamad - fuck you Mahathir... Aku menang besar...so shut the fuck up.

PRU14 yang akan datang ini akan membuktikan kepada Mahathir   bahawa Najib Razak - Mugabe Malaysia -  masih popular, masih disanjung dan diangkat oleh rakyat Malaysia sebagai pemimpin negara.

Pada ketika saya menggarap tulisan ini Najib Rosmah tidak lagi memikirkan tentang kesejahteraan rakyat Malaysia. Tidak lagi menghitung dasar yang terbaik untuk umum. Najib Rosmah tidak lagi berfikir bagaimana hendak membuat dasar dalam dan luar negara yang akan membawa laba kepada negara.

Tidak. Tidak. Tidak. Semua ini bukan dalam perkiraan Najib Rosmah. Ketika ini - yakinlah - Najib Rosmah hanya berfikir untuk terus berkuasa. Jika Najib hilang kuasa jawapannya ialah Najib dan Rosmah akan ditangkap. Najib akan didakwa  didalam dan luar negara. Tim FBI hanya menunggu masa dimana Najib tidak lagi dilindungi oleh kuasa negara atau hubungan diplomatik.Ini hakikat. Ini fakta bukan fitnah atau tohmah. 

Justeru Najib Rosmah akan menggunakan duit dan penipuan untuk memastikan dalam PRU14 - gerombolan yang dikepali oleh  Najib Rosmah  akan menang menang besar.

Mustahil pembaca tidak memahami latar yang saya lakar ini. Dari latar ini saya mencadangkan kita - Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan melakukan  pensejajaran semula - realingment.

Tujuan pensejajaran semula ini ialah menggalang satu perserikatan yang maha besar untuk satu tujuan. Bukan untuk memenangi PRU14. Bukan untuk mengagih-agih kerusi. Ini kerja kemudian. . Pensejajaran semula ini bertujuan untuk menyingkirkan Najib Rosmah dari kuasa.  Ini satu ajenda  induk - yang akan merungkai kekalutan politik ekonomi  Malaysia.

Dari pensejajaran semula akan timbul persoalan Parti Islam - Pas. Dimana letaknya parti ini dalam pensejajaran semula ini.

Pada hemat saya - Parti Pas pada ketika ini sedang bersedia dan telah  bekerjasama dengan United Malays National Organisation. Jika saya Najib - maka Pas akan saya jadikan alat yang cemerlang untuk menghuru harakan pihak yang menentang.

Pas tidak akan masuk ke dalam Barisan Nasional. Peranan Pas lebih cantik dan indah diluar Barisan.

Najib akan mengula-gulan Hadi dengan kesah Nabi, bidadari dan syurga . Najib akan berwirid dan berhana na dengan Haji Hadi sambil  Hadi bersurah tentang hudud dan potong tangan.  Semua ini akan  memberahikan  nafsu  Haji Hadi Awang.

Apabila PRU14 sampai  - saorang Tok Arab  akan mengeluarkan zakat kepada parti Pas atas nama Islam. Atas nama Sunnni wal Rasuah. Atas nama kesatuan ummah. Duit zakat yang bertimbun-tihun ini akan membolehkan parti Pas bukan sahaja membeli bendera baru, bukan sahaja membeli pejabat baru  malah Pas akan bertanding diseluruh  negara. Jika Najib meminta Hadi bertanding di Paris atau Brixon pun Hadi dan parti Pas akan hangguk kepala- bersetuju. 

Saya pernah menambah pandangan Karl Marx. Mengikut pandangan  Karl Marx sejarah manusia ialah sejarah perjuangan kelas. Saya tambah sadikit - sejarah perjuangan manusia ialah sejarah perjuangan kelas  dan sejarah pembelotan.

Hakikatnya Pas dibawah pimpinan  Hadi telah belot. Ini bukan tohmah. Ini bukan fitnah. Ini fakta.

Apakah ini bermakna dalam pensejajaran semula  ini Pas tidak bersama? Tidak. Dalam pensejajaran semula ini sesiapa sahaja yang mahu menyingkirkan Najib Rosmah dari tampuk kuasa akan diajak bersama.

Hadi yang melantik dirinya sebagai penasehat Najib Rosmah pastilah dibaca sebagi musuh. Bagitu juga Nik Abduh  dan beberapa bengolan lagi yang amat bersedia membuka seluar dan jubah untuk bersama dengan United Malaya National Organisation. 

Hakikatnya bukan semua pemimpin Pas setuju dengan apa yang dibuat oleh Hadi. Bukan semua ahli parti Pas menyokong langkah Hadi berbaik baik dengan Najib.  Tidak semua ahli Pas mendapat dedak.

Hari ini parti Pas bukan lagi monolitik. Parti ini tempang, berdarah dan terumbang ambing. Keputusan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar jelas membuktikan bahawa Pas tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu saperti  dalam PRU13. Parti Amanah sedang bersedia untuk menjadi wadah perjuangan baru kepada ahli Pas yang bosan dan kecewa dengan Hadi.

Dalam pensejajaran baru ini bukan hanya  dijemput PKR, DAP , AMANAH, PSM, PRM - malah kita menjemput semua parti politik termasuk Pas, MCA , MIC , Gerakan dan juga United  Malaya National Organistion sendiri. Kita juga menjemput  semua NGO dan NGI.

Saya cukup yakin ramai ahli MIC, MCA, Gerakan, Pas - yang sedar akan jenayah yang telah dilakukan oleh Najib Rosmah. Ramai dari ahli parti ini yang  berfikir dan rasional. Mustahil kesemua ahli parti parti ini bebal bodoh dan makan dedak.

Lihat  bagaimana United Malays National Organisation  sedang retak bukan hanya dengan  penyingkiran Muhyiddin dan Mukriz. Kewujudnan  Gabungan Ketua Cawanghan Malaysia (GKCM) pada ketika ini sedang membara. Jika dikipas dan dibubuh minyak kemungkinan GCKM ini berpotensi untuk membawa satu perubahan dalam United Malays National Organisation.

Hakikatnya  jika penggalangan baru ini dapat diwujudkan, maka satu ombak rakyat yang maha besar dapat bergerak dengan induk - singkirkan Najib.

Pada tahap ini kerusi apa untuk siapa? Berapa kerusi aku? Berapa kerusi kau? Siapa bakal PM? Siapa jadi menteri adalah cakap-cakap bodoh yang tidak berpijak dibumi nyata.

Berpijak dibumi nyata ialah menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan tidak akan menang  dalam PRU14 - yang akan dijalankan dengan penipuan. Dalam sejarah  negara dunia ketiga tidak ada - saya ulangi lagi sekali - tidak ada pertukaran kerajaan melalui pilihan raya. 

Di Malaysia ini - telah saya buktikan dengan rujukan kepada Pilihan raya Kerajaan Tempataan. Terbukti  - jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa pilihan raya akan diharamkan. Selamat hari Raya. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


--------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya berdoa kehadrat Ilahi agar memendekkan umur Najib anak Rahah.

Tanpa Nama berkata...

yang bab tak menang tu semua dah tau
najiba jatuhkan satu persatu
anuar masuk jel
mahathir diperlekehkan
suara suara sumbang dibuang
suara menentang ditamatkan perkhidmatan
hanya yes man dan kroni dibagi tempat
sapa akur naik pangkat
ada kroni ada sindiket
semua halal semua boleh
kah kah kah
engkau dok berbicara bab lama
sekarang lim dah kena
silap sumbat masuk satu persatu
rencana politik melayu
demi agama bangsa tanah air najiba
negara kapitalis kepunyaan najiba dan kuncu
apa boleh buat
kroni ular mak terpedaya
songsang dengan duitan
kah kah kah
jangan gelisah satu persatu musibah ganggu hegemoni politik tuan melayu dilupuskan
jangan gundah jangan gelama
kah kah kah
akan sampai suatu ketika
tukang cium tangan.sekarang
akan menikam.belakang kah kah kah
kita tunggu sahaja
sedangkan empayar kuasa dunia tumbang
inikan pulak empayar najiba dan kroni
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Ayahtollah TT,

Hari ni tak ada ker gambar muka Mufti Pahang yang juga 'Penjaga Tanah Suci Genting Hiland'

Tanpa Nama berkata...

jangan lupa, sila semak semula tempat mengundi anda.warga muda, wajib segera mendaftar.selagi najib rosmha berkuasa, semakin banyak cukai mukai yg akan dikenakan.nafsu berahi najib rosmah adalah kpd selangor dan penang.sbelum LGE digari, LGE pernah kata bole membayar semua hutang2 penang dan penang bole membuat jalanraya besar tanpa tol.ini isyarat hampeh kpd warga2 kapitalis atau kroni2.semua warga yg wajib membakul sampahkan najib rosmah ni.talk no shit. sila gerak sila bergerak dgn langkah yg positif.semak tempat undi anda.bersih wajib tahu, warga syria sudah pun dtg ke malaysia.mereka wajib dipantau..termasuk juga bangla, nepal, pakistan dll..pensejajaran united front.lupa kan pas.biar kalah bermaruah jgn ada parti agama ISLAM yg diluarnya islam tatapi didalamnya tersembunyi kafir halus..kita mestila seberani warga britain..jangan hanya kata je takut kpd allah tp sebaliknya yg terjadi.

UNCLE RAMLI berkata...

Sdr TT menghimbau satu gabungan maha besar daripada kalangan anti-UMNO/BN yang terdiri daripada pelbagai fahaman sekular dan agama, tiada satu yang berteraskan demi rakyat majoriti yang tertindas dengan jelas sekali.Tukang nak menyatukan hasrat besar itu dah tak wujud lagi, dulu ada Anuar Ibrahim, Nik Aziz dan Lim Kit Siang, tapi kini mereka tiada jika ada sosok semacam itu, dia tak cukup karisma meskipun bersih dari citra korap namun sulit pula puak-puak dalam kategori anti itu nak menerimanya, lalu impian nak menggalang semua suku anti UMNO/BN sulit dikonkritkan atau direalisasikan, melainkan Anuar Ibrahim masih sihat dan dibebaskan.
TT kena insaf yang status golongan anti-NAJIB/Rosmah/UMNO/BN kini begitu longgar, tidak berupaya bersatu kerana antara lain Najib dah berjaya seperti kata TT memperdayakan Hadi Awang/PAS untuk merumitkan lagi proses gabungan yang tulen itu dan kini dengan masuk campur Madey keadaan bertambah rawan lagi, apatah lagi dalam konteks pelbagai ethnik dan agama sehingga ramai tak nampak dengan jelas apa itu maknanya perjuangan untuk rakyat majoriti.

Tanpa Nama berkata...

Untuk wujudkan kesatuan yg padu berkenaan apa yg disurahkan oleh tt yakni pensenjajaran semula geng pembangkang, maka Tun Mahathir perlu terlebih dahulu berdamai dgn Anwar Ibrahim...penyokong pembangkang ramai terdiri drp pengkagum Anwar...kalau Tun Mahathir boleh menurunkan sedikit egonya, in shaa Allah gabungan ini akan berjaya benamkan umngok be end...