SELAMAT
BERBUKA
hujan masih lebat
gua mahu keluar
gua mahu lihat
apa jadi dengan
tim dapur jalanan
pasti mereka dua kali kecewa
petang ini
pertama patin tak terjual
kedua basah kuyup
susahlah hati pak cik warung
susahlah hati mak cik warung
jam 6 makin lebat
petang ahad pelanggan amat tipis
HUJAN RAHMAT
untuk pak tani
untuk penanam sayur
ini hujan rahmat
untuk orang bariu kahwin
hujan macam ini
tarik ke katil
hujan petang main petang
hujan malam main malam
hukjan subuh mai subuh
terus basah kuyup
tembakau dan rokok basah kuyup
SIBUK SIBUK
malam kelmarin gua minum
kopi di tempat biasa
ini kopi acheh baik sekali
tanpa gula
lu nak tahu dimana
lu cari sendirilah
kemudian masuk jalan TAR
oooo sibuk sibuk sibuk
pak cik mak cik yang gemok gemok
sedang mencari entah apa apa
minah cun tak nampak
mungkin dilorong masjid india
untuk warga dliuar kuala lumpur
kini sepanjang jalan TAR
telah dihiasi denga lampu
nampak macam mak janda sedang berhias
sebenarnya tidak cantik
tapi untuk bagi kroni kontrek
maka lampu dipasang sana sini
BILA KITA
NAK RAYA
LAMBAT KE?
-----------
Patin asam tempoyak...
BalasPadamSaya bersyukur,
Patin tempoyak
Versi temerLoh viraL...
laku dan team dapor
Dapat rezeki tambahan
Tapi... tetapu tetapi saya
Nak share di sini...
Versi masak asam
Khususnya tempoyak
Bukan itu saja di pahang
Sebab pahang tu Luas, besar biG
Masak asam tempoyak ada banyak
Versi.. pergi lah merayau ke pendaLaman
Ada masak asam campur asam beLimbing
atau campur asam itam campur
Tempoyak, ada canpur asam keping,
Ada asam kulit rambai dan bagai2
Cuti2 lepak laa pahang
kalau tak kiamat raya tahun ni pasti sampai
BalasPadamtapi kita pastikah sampai???
walau rasa maseh sehat kuat jangan lulupa mati itu
sipatnya mai mengejut
jangan tekojut
mati didunia 1 kali saja lepas tu akan dihidupkan semula
tak mati mati sampai bila bila
(itu pun jika beriman pada hari akhirat)