GUA NAK
CAKAP APA
KAH KAH KAH
Erdogan bukan pemimpin contoh, sarjana beritahu Islamis di Malaysia
Nader berpendapat, rasuah akan berlaku jika sesebuah parti politik atau pemimpin memerintah terlalu lama.
KUALA LUMPUR: Pemimpin pergerakan Islam tidak seharusnya menjadikan Turki sebagai negara contoh kerana presidennya, Recep Tayyip Erdogan mengeksploitasi Islam serta rakyat hanya untuk mengekalkan kuasanya.
Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah di Universiti Denver, Dr Nader Hashemi berkata, tindakan Erdogan sebenarnya sedang membawa negara itu ke arah kehancuran.
“Ia ekoran Erdogan berterusan mengembangkan kuasa autoritariannya, menghalang parti-parti pembangkang berkembang supaya kerjaya politiknya kekal,” katanya pada majlis pelancaran buku bertajuk “Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal: Membentuk Teori Demokrasi Untuk Masyarakat Muslim” di Hotel Concorde, semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemimpin Islam supaya tidak mencontohi Erdogan.
“Itulah pengajaran yang kita boleh pelajari apabila pemimpin mempunyai kuasa dan mengeksploitasi Islam, semangat nasionalisme dan emosi rakyat untuk terus berkuasa,” katanya.
Pada masa sama, Nader melihat beberapa persamaan antara parti pemerintah di Malaysia dan Erdogan, antaranya ialah memerintah terlalu lama.
“Malaysia mempunyai sebuah parti politik berkuasa dan kerap memenangi pilihan raya. Pembangkang juga tidak boleh mencabar kepimpinan sedia ada.
“Berdasarkan sejarah politik, akan berlaku rasuah jika memerintah terlalu lama,” katanya.
Erdogan adalah presiden pertama yang dipilih rakyat pada Ogos 2014, selepas menjadi perdana menteri Turki selama 11 tahun sejak 2003. Beliau juga adalah pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).
Sejak cubaan rampasan kuasa gagal pada 15 Julai lalu, Erdogan mengarahkan 24 stesen televisyen dan radio ditutup, selain menahan pengamal media, termasuk wartawan akhbar Zaman.
Sebanyak 15 universiti dan 35 pusat perubatan serta 1,229 badan-badan amal turut ditutup, manakala individu yang didakwa tidak setia kepada pemerintahan Erdogan dan dituduh menyokong rancangan penggulingannya juga dipecat.
Media Turki melaporan seramai 15,300 guru dipecat dan kira-kira 1,577 dekan diminta meletak jawatan, selain 8,777 petugas Kementerian Dalam Negeri dan 1,500 pegawai di Kementerian Kewangan juga diberhentikan.
BILA GUA
YANG CAKAP
LU TUDUH
GUA SHIAH
MUSTAHIL GUA
TAK BANGGA
SHIAH ERTINYA
BERJUANG
MELAWAN
BUKAN SUNAH
WAL RASUAH
----------