FACE BOOK
CINA DAP JUGA YANG TOLONG MELAYU ...
MELAYU UMNO KAT MANA? 😣
-----------------------
KUALA LUMPUR, 21 Januari:
DAP menentang keputusan kerajaan memberhentikan tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar porgram siswazah dan bursari bagi program pra-universiti tahun ini.
Ketua Whip DAP, Anthony Loke berkata, keputusan itu akan menjejaskan rancangan pendidikan tinggi pelajar terbabit, khasnya pelajar cemerlang daripada keluarga berpendapatan rendah.
“Tanpa biasiswa tersebut, kemungkinan besar pelajar-pelajar itu tidak dapat meneruskan pengajian mereka, khususnya di universiti luar negara.
“Menurut laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2016, anggaran pelajar cemerlang yang akan mendapat tajaan biasiswa untuk Ijazah Pertama daripada JPA berjumlah 11,604 orang.
“Kerajaan perlu menjelaskan sama ada keputusan memberhentikan tajaan biasiswa JPA seperti dilaporkan adalah secara keseluruhan dan melibatkan semua pelajar yang sepatutnya mendapat tajaan atau hanya 700 orang sahaja yang terjejas?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
------------