Khamis, 17 Mac 2016

TIDAK BERANI RAMAL





FACE BOOK 




Tarmizi Mohd Jam
10 hrs
Alhamdulillah. Nampaknya dah kendur banyak. Dulu2 masa ghairah komen sewaktu Amanah muncul, dgn nada keras dakwa Amanah akan berkubur tak lebih drpd dua tahun. Sebab Amanah tu orang lain punya. Musuh pulak tu. Tetapi hari ini, 16 Mac 2016 kelihatan komentarnya penuh akhlak, bersopan terhadap pakatan baharu yg dia sendiri pelopori. "Hanya Tuhan sahaja yg tahu masa depan blok ke-3". Eh ketika komen masa depan Amanah dulu, kenapa tak kata hanya Tuhan sahaja yg tahu? Mengapa berani ramal amanah akan berkubur? Amacam?


















------------

PAS KENA IKAT






FACE BOOK 





1 kereta bernilai RM50 ribu. Dicuri 1 pencuri. Jumlah mangsa 1 orang. Dibicarakan hudud. Jika cukup syarat, potong tangan. Takbir.
1 ekar balak, mudahkan matematik, bernilai RM3 juta jika tebang dan jual semua. Tapi runding terus. Syarikat ulama. Ada akad jual beli. Ada panel syariah. Bayar zakat. Katanya inilah ekonomi Islam.
RM1 juta syarikat ulama punya (sub ke kafir). RM1 juta parti Islam kawasan punya. Infaq jalan nabi dan Allah. RM1 juta baru sosial (negeri) punya. Kerugian sosial (negeri) RM2 juta. Jumlah mangsa 1.5 juta populasi negeri. Tapi tak boleh hudud. Sebab dibenarkan undang2 ulul amri parti Islam kapitalis.
Tak mahu maki lebih2. Nak maki sikit jer. Wahai ulama IQ bodoh. Hudud tak boleh dilaksanakan pada sistem kapitalis. Kerana hanya yang miskin sahaja akan didakwa. Tak perlu belit2 kereta, jalan raya bagai. Hanya 3 perkataan jer.
Suasana belum kondusif.
Tak payah like gambar hiasan ni. Bukan dapat mimpi nabi pun. Share. Supaya ramai lagi yang baca. Mudah2an katak penghafal keluar dari tempurung. Amin.


--------------

APA DIA BARISAN BERSATU








APA DIA BARISAN BERSATU

Saya bersama 56 sosok warga Malaysia telah menyokong dan menanda tangani Deklarasi Rakyat pada Jumaat 4 March 2016 lalu. Saya menanda tangani kerana saya yakin Deklarasi Rakyat ini adalah garis politik yang tepat pada tahap  pensejarahan negara bangsa  kita  hari ini.

Untuk memudahkan para pembaca memahami kenapa saya menyokong Deklarasi Rakyat  biar saya beri satu adaian. Jika pada minggu depan  Malaysia diserang oleh Indonesia atau oleh  Singapura atau oleh Pilipina, oleh Jepun , oleh Amerika  atau oleh mana-mana negara - saya akan siap sedia untuk bekerjasama dengan Najib - United Malays National Organisation dan Barisan Nasional.

Kepentingan dan keselamatan Malaysia didahulukan. 

Untuk saya kepentingan negara mengatasi  semua kepentingan. Justeru, kita wajib meninggalkan, mengenepikan, menggantung apa saja beban politik yang wujud dalam fikrah kita pada tahap ini. Kita satukan seluruh tenaga dan upaya intelektual kita untuk satu tujuan - Selamatkan Malaysia.


Gerakan Selamatkan Malaysia ini adalah gerakan induk yang maha penting. Justeru gerakan ini wajib didakap, disokong dan diperjuangkan oleh setiap warga yang memiliki kesedaran politik. Apatah lagi oleh pemimpin parti politik dan aktivis masyarakat.

Telah terbukti dari apa yang sedang berlaku dalam negara ini, dari babak-babak politik yang terus menghantui warga  bahawa kita tidak ada tugas lain selain dari menyelamatkan Malaysia. Menyelamat Malaysia  menjadi agenda induk. Pada ketika dan tahap ini menyelamtakan tanah air kita ini  adalah lebih penting dari semua bentuk dan apa sahaja garis perjuangan yang ada sekarang.

Ini ajaran mazhab politik  yang saya anuti. Ini pedoman politik yang saya pakai. Saya tidak akan belot, tidak pernah belot  atau tergelicir dari  garis panduan ini. 

Apa yang sedang saya lakukan ialah bersama-sama  berusaha menggalang perseriktan barisan bersatu yang luas.  Mengalang setiakawan yang luas. Atau lebih ringkas mendirikan Barisan Bersatu atau United Front.

Garis dan kerja  politik yang saya ajukan ini adalah  rasional, ilmiah dan tuntas. Strateji menggalang persatuan yang luas ini bukan hak milik  parti kiri, bukan hak monopoli kaum Marxis atau hak milik parti kanan atau hak milik parti poros tengah.

Kerja dan garis politik ini adalah ilmiah, saintifik dan telah dan boleh diuji kesahehannya. Justeru saya wajib  sedaya upaya berkerja keras untuk menerangkan dan memberi pencerahan kepada warga Malaysia. Saya wajib memberi pencerahan tentang gerak kerja politik Barisan Bersatu melalui teori, melalui sejarah dan melalui akal yang rasional. 

Dalam usaha mengalang Barisan Bersatu selamatkan Malaysia - rukun pertama ialah  memusatkan satu akidah dan  tujuan yang boleh  dikongsi bersama. Kerana itu Deklarasi Rakyat  2016 digalang dengan  hanya satu tujuan : Singkirkan Najib. Khalas. Najib wajib disingkir untuk selamatkan Malaysia. Najib sedang membawa kemusnahan kepada negara kita ini. 

Singkirkan  Najib dari jawatan Perdana Menteri Malaysia adalah rotan, adalah gam yang menyimpai dan mengikat parti parti politik dan badan-badan NGO dan aktivis  NGI. Parti politik dari mazhab Kanan, Kiri, Islamis, Nasionalis, Sosial Demokrat atau garis tengah akan menggantung idealoji mazhab mereka untuk sama-sama bergerak dalam satu saf yang mengcakupi  rakyat Malaysia dari semua jalur pandangan.

Mengajukan satu hanya satu tujuan ini agar semua kudrat dan iradat kita dapat difokuskan. Barisan ini tidak terpencar-pencar atau tercari cari dengan pelbagai niat dan harapan. Niat dan harapan kita hanya satu  - Najib disingkir.

Wajib disedari bahawa Deklarasi Rakyat ditanda tangani oleh sosok dari pelbagai  jalur politik. Mereka semua memiliki agenda yang tersendiri. Jika semua agenda ini ingin disertakan maka tenaga dan garis kerja juga  berkemungkinan cair dan terpesong.

Dari segi teori politik - dari segi teori perang -  langkah yang tepat ialah membanyakkan kawan dan mengurangkan musuh. Lihat dan baca  babak-babak sejarah bagaimana taktik  terulung mengalahkan musuh ialah  dengan memencilkan musuh. Memencilkan musuh hanya dapat dilakukan jika  kita  membuat jaringan setiakawan dengan pelbagai kelompok.

Contoh terbaik dan terbaru yang segar dalam ingatan  ialah bagaimana  Amerika membuat Barisan Bersatu untuk menyerang Iraq pada 20 March  2003.  Sebanyak 48 buah negara bersatu dalam apa yang dipanggil ‘ coalition of the willing’. Bukan semua 48 negara ini menghatar soldadu. Hanya tiga negara - Australia, United Kingdom dan Poland - yang menghantar tentera untuk bersama bala tentera Amerika. Tujuan hanya satu : singkirkan Saddam.

Barisan Bersatu atau United Front  terbukti sebagai strateji perang yang unggul. Dalam apa sahaja pertempuran - politik  atau  perang - meninggalkan teori barisan bersatu ini akan memastikan kita lumpuh dan tewas. 

Mari kita merlihat babak babak sejarah Barisan Bersatu yang pernah terjadi dalam negara kita. Sebelum fasis Jepun melanggar Tanah Melayu - gerakan nasionalisma cukup hebat. Parti Kebangsaan Melayu Malaya dengan pelbagai anak syarikat telah bangun melawan British. Dalam masa yang sama Parti Komunis Malaya (PKM)  telah menyusun kaum buruh dan kaum  tani untuk bangun menentang penjajah British.

Pada 8 Disember 1941 - sesudah Pelabuhan Pearl dibom - tentera Jepun telah mendarat di Kota Bahru. Tanah Melayu diserang oleh Jepun. Akhirnya British lari dan Tanah Melayu jatuh ke tangan fasis Jepun.

Pada ketika ini muncul satu kerja sama - yang pada satu ketika dianggap mustahil akan berlaku. Dua musuh ketat - British dan Parti Komunis Malaya telah menjalin kerja sama - United Front - untuk melawan fasis Jepun. Parti Komunis Malaya telah mendirikan kumpulan gerila  yang dipanggil Rakyat Malaya Anti-Soldadu Jepun - Malayan People anti Japanese Army.

Dari mana Parti Komunis Malaya mendapat senjata?

Sejarah telah merakamkan bagaimana senjata awal gerakan anti Jepun ini telah dibekalkan oleh British. Malah beberapa pegawai tentera perisek dan ajen-ajen  British telah tinggal dalam hutan bersama gerila PKM.  Pihak penjajah Britsih juga telah mengahantar senjata melalui  payung terjun.  Pihak British telah menjadikan Ceylon dan Colombo - nama lama Sri Langka sebagai pusat tentera British yang mengundur dari Asia Tenggara. 

Apa yang berlaku ketika  ini ialah penggalangan  barisan bersatu - united front - untuk melawan  musuh bersama - fasis Jepun. Maka dua  musuh ketak - PKM dan British telah bekerja sama untuk menewaskan  fasis Jepun.

Dalam strateji politik kita wajib mengtakrifkan musuh kepada  - musuh utama dan musuh sampingan. Kita juga wajib ada kawan, sahabat dan kawan seperjalanan. Semua ini boleh berubah. Sahabat boleh menjadi kawan dan boleh menjadi musuh. Musuh sampingan boleh menjadi musuh utama. Malah musuh utama boleh menjadi musuh sampingan atau menjadi sahabat apabila keadaan berubah. Justeru disini diperlukan  ilmu politik, ilmu ekonomi dan ilmu tentera untuk membaca dan mengajukan strateji dan taktik perjuangan.

Dalam sejarah moden Tanah Melayu - pilihanraya umum pertama telah dijalankan pada tahun 1959 - dua tahun sesudah British berundur. Dalam PRU1 ini Parti Perikatan yang dipimpian oleh Tunku Abdul Rahman telah mendapat  74  kerusi. Parti Islam telah mendapat 13 kerusi. Barisan Sosialis  mendapat 8 kerusi. Parti Negara mendapat hanya 1 kerusi.

Parti Negara dipimpin oleh Sir Onn Jaafar - anak didik British, Presiden pertama United Malays National Organisation. Sir Onn Jaafar telah ditendang keluar dari Parti Ketuanan Melayu dan mendirikan Parti Negara.
Lihat apa yang berlaku apabila parlimen bersidang. Walau pun pun parti  Islam dan Barisan Sosialis  memiliki lebih banyak kerusi tetapi Yang Berhormat yang dinobatkan sebagai Ketua Pembangkang ialah Sir Onn Jaafar musuh lama garis Islam dan garis Kiri.

Jangan lupa - Sir Onn Jaafar ini pernah berkata ‘ hubaya hubaya bahaya dari gunung’.  Bahaya ini  dari gunung ini ialah bahaya Parti Islam dari Gunung Semanggul. Malah Sir Onn ini juga pernah berkata ‘ bagaimana orang Melayu nak Merdeka kalau buat jarum sebatang pun tak tahu...’ Ini kata-kata dari ajen British yang anti kemerdekaan dan anti nasionalisma Melayu. Tetapi dalam usaha United Front untuk menumpaskan Perikatan  - anak didik British ini telah diangkat untuk menjadi Ketua Pembangkang  dalam parlimen Tanah Melayu pertama. Ini babak sejarah Barisan Bersatu.

Apa yang saya lakar diatas adalah pengalaman yang telah lalu. Pengalaman inilah yang kita jadikan panduan. Pengalaman kerja-kerja politik dari orang yang terdahulu dari kita wajib kita gunakan untuk melihat diri kita hari ini.

Hukum dan syarat politik dalam sistem ekonomi yang ada hari ini sama sahaja. Keadaan tidak berubah - sebelum Jepun masuk, sebelum British mengundur atau sesudah British memberikan kuasa kepada United Malays National Organisation. Politik masih lagi perebutan kuasa. Merebut kuas untuk merebut punca ekonomi. Hukum ini tidak beralih. Yang beralih hanya musuh kita.

Pada tahap ini musuh utama kita ialah Najib. Malah dalam menggalang perserikatan barisan bersatu ini kita  dengan berbesar hati memanggil dan menjemput  sebanyak mungkin ahli Parti Ketuanan Melayu untuk bersama dalam saf Selamatkan Malaysia. Lebih ramai mereka meloroh masuk lebih cepat kita singkirkan Najib.

Jika masih ada Mat Lunchai Bebal Politik yang gagal diberi kefahaman tentang  apa dia Barisan Bersatu, apa dia mengalang United Front - maka pada hemat saya tidak ada satu apa pun kuasa dalam alam maya yang dapat membantu. Mereka ini hanya menghabiskan beras dan mengotorkan oxygen di bumi ini.

Datuk nenek moyang kita beratus-ratus  tahun dahulu telah memberi ingatan tentang mereka ini dalam bentuk gurindam  dan lagu. Hari ini kita putarkan kembali gurindam itu - Si Lunchai terjun dengan labu-labu nya - biarkan biarkan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



------------

PENCERAHAN DEKLARASI RAKYAT







PENCERAHAN

DEKLARASI 

RAKYAT


siaran langsung oleh
radio bangsar untuk
warga dimana saje berada
hanya radio bangsar
berani langgar
laporan jelas




-------------

AWAS DOLAR AKAN RUNTUH






AWAS

DOLAR AKAN

RUNTUH


CABAR AGONG PULAAK







BERITA PELIK

AMAT PELIK


Minta AG letak jawatan sama seperti cabar Agong – Hafarizam


Peguam Negara mempunyai kuasa seperti yang termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Cadangan Badan Peguam Malaysia yang meminta  Mohamed Apandi Ali meletak jawatan sebagai Peguam Negara samalah seperti mencabar prerogatif diraja Yang di-Pertuan Agong.
Peguam, Mohd Hafarizam Harun berkata, Peguam Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan penyingkirannya juga atas perkenan baginda sekiranya baginda memutuskan Peguam Negara tidak layak atau tidak mampu menunaikan tugasnya.
Badan Peguam Malaysia akan membahaskan pada mesyuarat agung tahunannya Sabtu ini, satu usul meminta Mohamed Apandi mengundurkan diri sebagai Peguam Negara.
Usul itu juga meminta Peguam Cara Negara melaksanakan peranan sebagai Pendakwa Raya dalam kes-kes di mana Badan Peguam Malaysia berpendapat Peguam Negara tidak lagi layak untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya.

KAH KAH KAH
woit
gwa tak faham
gwa mahu AG celah
macam mana pulak
jadi ini cabar agong
ini macam gwa beli rokok
tapi jadi gwa dituduh beli belancan
gwa tak suka najib
macam mana pulak 
tuduh gwa suka tok heng
kah kah kah

APA TUUUUR


------------

HUDUD TAK SESUAI






DULU LAGI

GWA SUDAH

BiLANG

HUDUD TAK

SESUAi


PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia

PAS mahu membentangkan hudud di Parlimen bukan untuk melaksanakannya tetapi sekadar mahu meningkatkan kuasa mahkamah syariah

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.
Presiden IKATAN, Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.
“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret,” ujarnya dalam satu wawancara bersama FMT.
Jelas Abdul Kadir, isu hukum hudud itu merupakan isu dan provokasi yang hanya dimainkan oleh penyokong UMNO di Kelantan.

KAH KAH KAH

gwa cakap

lu tak peduli

sekarang baru

lu sedar

KAH KAH KAH


-----------------

INI BUKTINYA








TAK CAYA

HANG TENGOK

SENDIRI


PUTAR LAGI







 PUTAR LAGI 


Azalina: Tiada lagi soalan RM2.6b, ia subjudis

Azalina berkata ini berikutan semakan kehakiman yang difailkan oleh Majlis Peguam terhadap Apandi, semalam.



SELALU SANGAT

PAKAI HUJAH

SUB KUDIS

KAH KAH KAH

NAIK BOSAN

KAH KAH KAH



----------------

HEBAT ANAK MUDA INI








SALUT

 ANAK MUDA

YANG BERANi