MAHAREMBAT
PANDAi BUAT
LAWAK BERDIRI
Rafizi gesa Najib jangan buat lawak
KUALA LUMPUR - "Jangan buat lawak tidak bertempat. Ia tidak membantu menyelesaikan masalah negara dan rakyat".
Demikian kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang mengatakan salah satu punca utama tekanan kos sara hidup ialah kelulusan pendidikan yang masih di peringkat rendah.
Rafizi berkata, mengikut rekod, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, bilangan rakyat yang mendapat pendidikan tertinggi semakin bertambah setiap tahun.
"Kalau perdana menteri kata bahawa tekanan kos sara hidup adalah sebab tidak mempunyai pendidikan tertinggi, perkara itu berlawanan dengan fakta sedia ada.
"Masalah orang yang berpendidikan tinggi ini adalah perlukan wang yang banyak untuk segulung ijazah. Bila habis belajar tiada kerja dan perlu bayar hutang. Itu yang menyebabkan tekanan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Najib seharusnya memfokuskan kepada perkara yang lebih penting dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kemarahan rakyat.
"Saya gembira bila Najib terus membuat kenyataan kurang cerdik seperti itu kerana dia akan terus membuat orang makin marah kepadanya," katanya
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
i rest my case
------------