APA MAKNA
BERITA INI?
Ini kerana 1MDB dan MOF gagal untuk membayar IPIC dan anak syarikatnya lebih AS$1 bilion seperti dijanjikan.
International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi berkata pelan menyelamat 1MDB yang dimeterai syarikat itu dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) tahun lalu ditamatkan.
Dalam satu pengumuman kepada Bursa Saham London hari ini, IPIC berkata ia dan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS tidak lagi bertanggungjawab kerana 1MDB dan MOF telah gagal untuk membayarnya lebih AS$1 bilion seperti yang dijanjikan.
"IPIC telah melaksanakan semua obligasinya setakat ini mengikut perjanjiannya.
"1MDB dan MOF telah gagal untuk melaksanakan pembayaran tertentu dan kewajipan lain yang perlu dilaksanakan kepada kumpulan IPIC menurut perjanjian berkenaan, termasuk kewajipan untuk membayar kepada IPIC AS$1,102,725,000 ditambah dengan faedah.
"Hasilnya, 1MDB dan MOF ingkar menurut terma perjanjian itu dan obligasi IPIC dan Aabar di bawah perjanjian itu telah ditamatkan," katanya.
KAH KAH KAH
maknanya
tok arab janji
nak bantu
bayar hutang
1MDB pada bank
tetiba berita
tok arab tak nak
beri derma lagi
kah kah kah
mampoos kita
kena bayar
1MDB bangkrap
kah kah kah
PUTAR LAGI
----------