INGAT TAK
APA YANG
GWA TULIS
MASIH ADA
YG MENAFIKAN
El Nino 2016 terkuat, tiada kaitan pemanasan global
KUALA LUMPUR - Fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca panas dan kering di Malaysia adalah yang terkuat daripada 20 keadaan fenomena itu dalam tempoh 60 tahun lepas, namun tiada bukti konkrit untuk mengaitkan suhu tinggi itu dengan pemanasan global, menurut seorang pakar.
Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fredolin Tangang berkata El Nino tahun ini lebih ekstrem, mengatasi situasi pada 1997/98.
"Namun, tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan suhu tinggi dalam El Nino terkini dengan pemanasan global," kata Tangang, yang pernah menjadi naib pengerusi Panel Antara Kerajaan tentang Pemanasan Global (IPCC) dari 2008 hingga 2015.
Beliau turut mengukuhkan fakta itu dengan laporan terkini yang dikeluarkan IPCC pada 2013, yang tidak membuat kesimpulan mengenai hubung kait antara El Nino dan pemanasan global.
"Tiada bukti kukuh yang menunjukkan berlakunya El Nino (kekerapan dan intensiti) dipengaruhi oleh perubahan iklim," katanya kepada Bernama.
IPCC, yang dianggotai 190 negara, adalah agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mengeluarkan laporan setiap enam hingga tujuh tahun sekali mengenai trend perubahan iklim, punca, kesan dan cara menanganinya.
KAH KAH KAH
masih ramai
para kang kong
mengaku pakar
menafikan hubungan
isap rokok dengan
rokok berpotensi
membawa barah
kang kong ini dibayar
oleh syarikat rokok
masih banyak kang kong
yang berpendapat C02
adalah pekara biasa
mereka ini di bayar
oleh syarikat minyak petrol
yang saekor ini gwa
kurang arif bagaimana
panas ini EL NINO ini
tidak ada kaitan
dengan pemanasan global
ini macam panas di dapur
tak sangkut paut dengan
api gas yang sedang terpasang
atau minyak dikuali
sedang mengelegak
KANG KONG
-----------