Rayani Air gagal memberi penjelasan memuaskan berkenaan kedudukan kewangannya meneruskan operasi.
PETALING JAYA: Syarikat penerbangan berkonsepkan patuh syariah, Rayani Air, hari ini dibatalkan lesen perkhidmatan udaranya, menurut kenyataan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
MAVCOM berkata keputusan itu dibuat selepas Rayani Air melanggar syarat yang ditetapkan lesen tersebut di samping kedudukan kewangan dan komersial yang lemah untuk terus beroperasi.
“Oleh yang demikian, Rayani Air tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat penerbangan komersial berkuatkuasa hari ini,” kata MAVCOM dalam kenyataannya.
Pada 25 Mei, MAVCOM mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Rayani Air mengenai