MESTI BACA SEBELUM
KITA TANGKAP MO1
JAM BERAPA BERKUMPUL
Jam 2 petang. Lagi awal lagi bagus. Tapi jangan awal sangat, makan tengah hari dulu.
DI MANA NAK BERKUMPUL
Boleh pilih samada nak berkumpul di Sogo atau Masjid Negara. Di Masjid Negara, kita boleh berkumpul sekali dengan kepimpinan politik. Di Sogo kita akan berkumpul dengan kepimpinan NGO. Jangan tanya MO1 akan berkumpul di mana, itu kitorang tak tahu, mungkin di Putrajaya.
APA AKAN BERLAKU DITEMPAT PERKUMPULAN
Kita tunggu sampai kawan-kawan dah ramai, kemudian kita akan berarak secara aman ke Dataran Merdeka. Sambil tu kita dengar ucapan semangat dan juga persembahan daripada anak muda. Yang penting, *Tunggu dan Ikut* arahan komander himpunan.
SIAPA KOMANDER HIMPUNAN
Mahasiswa. Dia akan berada di pentas dan dia akan perkenalkan diri dia. Jangan risau.
SELAMAT TAK HIMPUNAN NI
Nama pun himpunan aman. Mesti selamat. Kita ada 200 sukarelawan keselamatan yg bersiap siaga. Yg tak selamat sekarang MO1 je.
KALAU KENA TANGKAP, APA NAK BUAT
Pertama, jangan risau, himpunan kita aman. Kedua, kalaupun berlaku tangkapan, jangan panik. Simpan dan ingat nombor ini, 012-256-6089
Sms nama penuh, no ic, dan lokasi anda ditangkap ke nombor di atas. Kami akan sediakan peguam untuk anda. Ingatan penting, kalau anda ditangkap, tak perlu beramah tamah sangat dgn polis.
Jika disoal, anda hanya perlu jawab nama, no ic dan alamat kepada Polis. Iaitu maklumat yg ada dalam IC anda. Selain daripada tu, anda perlu berani guna hak anda untuk berdiam diri (Seksyen 112(2) Kanun Prosedur Jenayah)
KALAU SAKIT MASA BERHIMPUN, MACAM MANA
Jangan risau, kalau anda sakit, atau ternampak ada kawan yang sakit, tolong berhubung dgn mana-mana petugas keselamatan. Kita ada sediakan Skuad Medik untuk anda. Nak lawan MO1, semua benda kita kena bersedia😏.
BAJU APA NAK PAKAI
Warna tema kita hitam dan putih. Jenis pakaian tak kisah, asalkan pakai baju. Pastikan pakai kasut dan stoking. Supaya senang bergerak dan kaki anda tak melecet.
PERLU BAWA GARAM DAN AIR TAK
Sebaik-baiknya bawa air untuk anda minum. Garam tu kalau nak bawa pun tak ada masalah. Tak ada undang-undang yg halang rakyat simpan garam dalam bag.
APA AKAN BERLAKU DI DATARAN MERDEKA
Kita akan berhimpun dan penuhi dataran sejarah ini. Kita akan menyanyi dan melaungkan tuntutan kita. Kita akan saksikan gimik TangkapMO1 yg akan dilaksanakan oleh Sdri Anis Syafiqah. Tak ada ucapan-ucapan panjang lebar.
TAKKAN SEKADAR BERHIMPUN DAN BALIK
Hari ini setiap dari kita bertanggungjawab untuk menggerakkan perubahan sedaya yg mampu. Dan perubahan itu takkan berlaku dalam sehari. Biarlah himpunan ini jadi titik mula untuk kita semarakkan semula iltizam perjuangan kita. Seterusnya......
BERSIH 5.0, kami tunggu kamu datang.
Terima kasih atas perhatian, sokongan dan kerjasama anda.
Ayuh, kita TangkapMO1, esok, 27 Ogos, di Dataran Merdeka.
Info dari:
Gabungan TangkapMO1
-------------------