INI SEBENAR
TERJADI
SALUT UNTUK
KUSAINI KASIM
SALUT UNTUK
YANG BERANI
KITA WAJIB
JADI KUSAINI
Saya tetap hadir Bersih 5, kata lelaki diterajang Baju Merah
Kusaini Kasim menceritakan detik cemas ketika dikerumuni kumpulan dipimpin Jamal, namun semangatnya menyertai Bersih 5 tidak luntur.
PETALING JAYA: Dua hari selepas diserang sekumpulan penyokong gerakan Baju Merah, Kusaini Kasim tetap bersemangat dan bertekad terus menyokong dan meneruskan kempen himpunan Bersih 5 bulan depan.
Klip video serangan ke atas Kusaini, 49 tersebar luas, menunjukkan beliau dikerumuni puluhan penyokong Baju Merah pimpinan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos, ketika pulang rumah menaiki motosikal Kawasaki ER6.
Menceritakan detik cemas itu kepada FMT, Kusaini berkata jalan yang dilaluinya ketika itu digunakan seharian untuk pulang ke rumah.
“Selepas habis program Bersih, saya keluar untuk balik ke rumah. Jalan itu memang jalan yang saya gunakan untuk balik,” katanya.
Selepas diserang dengan telur dan diterajang di belakangnya, Kusaini diselamatkan seorang anggota polis trafik.
“Nasib baik polis cepat tiba ke situ. Polis datang beramai-ramai. Biasalah perkara macam ini.
“Insya Allah, kalau ada masa saya akan sertai himpunan Bersih 5,” katanya.
Konvoi Bersih 5 di seluruh negara memasuki hari ketiga Sabtu lalu dan mereka berlepas dari 6 lokasi mempromosikan perhimpunan kelima gerakan itu.
Mereka bertolak dari Sungai Petani, Kedah; Kulai, Johor; Kota Bharu, Kelantan; Teluk Intan, Perak; Bintulu, Sarawak dan Tawau, Sabah.
Perjalanan konvoi itu adalah sebahagian daripada jelajah 7 minggu anjuran Bersih 2.0 mempromosi perhimpunan Bersih November 19 nanti di Kuala Lumpur bagi menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan mendesak pembaharuan institusi.
Kata-kata kesat kumpulan Jamal
Kusaini berkata, apabila tiba hampir dengan sekumpulan penyokong Baju Merah, beliau dihamburkan kata-kata kesat daripada kumpulan diketuai Jamal.
“Memang pegawai polis ada nasihat, kalau seorang diri jangan lalu di situ kerana bahaya. Bila sampai saja di situ mereka tutup (kepung) dan kerumun.
“Takkan saya hendak langgar. Saya berhenti dan macam-macam berlaku. Mereka tarik baju sampai jatuh, sepak semua,” katanya.
Susulan kejadian itu, Kusaini membuat laporan polis di Balai Polis Sabak Bernam dan turut menjalani pemeriksaan kesihatan.
“Buat masa ini ok, tidak ada apa-apa. Saya ada ke klinik, membuat ‘scan’ x-ray. Saya rasa ok sekarang ini tidak ada apa-apa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Abu Samah Mat berkata 3 suspek ditahan polis berhubung serangan ke atas seorang penyokong Bersih di Sabak Bernam, Selangor itu.
Ketiga-tiga mereka ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Jika didapati bersalah mereka boleh dihukum penjara 2 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
SATU JUTA
MENUJU
DATARAN
MERDEKA
--------------