APA MAKNA
BERITA INI?
KOMENTAR
maknanya cukup senang
inilah yang dipanggil united front
inilah yang dikenali sebagai barisan bersatu
inilah dianya front bersatu
inilah garis perjuangan
inilah taktik perjuangan
menggalang seramai mungkin
kawan dan sahabat
kawan seperjalanan dan sahabat barua
dalama satu barisan
dalam satu kancah
dengan satu cita cita
untuk menewaskan musuh yang satu
penggalangan front bersatu ini wajib dilakukan
untuk mencapai kemenangan
sejarah dunia telah membuktikan
taktik dan strateji ini akan membawa menang
musuh kepada musuh adalah kawan
kawan yang menasehat musuh adalah musuh
Kini Anwar 'terpahat' di dada Mahathir
SHAH ALAM - Pelbagai momen menarik yang dapat dicoretkan sempena konvensyen Pakatan Harapan 2016 hari ini.
Antaranya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Dr Mahathir Mohamad yang dilihat memakai lencana 'bebas Anwar sekarang' di bahagian poket kirinya.
Mahathir yang ditemani isterinya Dr Hasmah Mohd Ali dilihat duduk sebelah menyebelah sepanjang konvensyen berlangsung.
Terdahulu, Mahathir dalam ucapannya mengesahkan hasrat parti itu untuk menjadi sebahagian daripada parti komponen Pakatan Harapan.
Menurutnya, tidak ada sebab Bersatu tidak bersetuju dengan perjuangan Pakatan Harapan memandangkan ia berpegang kepada dasar-dasar yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
“Saya tidak ada masalah untuk menyokong reformasi. Bersatu akan menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan dan saya berharap akan diterima untuk bersama-sama menjatuhkan kepimpinan Najib,” katanya.
Mahathir yang sebelum ini merupakan lawan kepada Anwar Ibrahim dalam dunia politik mengejutkan negara apabila menghulurkan salam perpaduan tatkala menemui Anwar di Mahkamah Tinggi pada beberapa bulan yang lalu.
TURUN TURUN
19 NOV 2016
--------------