Jumaat, 7 Julai 2017

KES KENA TIPU







KES SEDIH

LAGI PILU

 BANI MELAYU

KENA TIPU



TANGKI SUDAH ADA 
TETAPI AIR TIADA

Kenyataan Media | 05 Julai 2017

Saya difahamkan penduduk di Taman Gemas Indah sudah berhadapan dengan masalah tangki air tidak berfungsi sehingga lebih 20 tahun.

Penduduk sudah lali dengan untuk berhadapan dengan kesukaran untuk mengangkut air ke rumah dengan jarak yang jauh dari tangki statik yang disediakan oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) sekiranya bekalan air terputus.

Dengan permasalahan yang sudah sekian lama berlanjutan sehingga membebankan penduduk untuk menjalani kehidupan harian, saya berharap isu tangki air dapat berfungsi bagi menampung keperluan lebih 200 rumah di Taman Gemas Indah.

Saya difahamkan juga bahawa masalah ini sudah diadukan kepada pihak yang berkaitan namun sehingga ke hari ini tiada sebarang penyelesaian bersama dapat dicapai.

Kerajaan Negeri tidak boleh terus mengambil ringan masalah yang serius ini di mana ia memberi kesan kepada kualiti hidup rakyat di Gemas.

Penduduk sudah terlalu lama menunggu untuk tangki air tersebut berfungsi dan akan berterusan bersusah payah untuk mendapatkan air sekiranya bekalan air yang dibekalkan terputus.

Di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seliau Taman Rabana pula, pemilik kediaman sudah mendapatkan kunci pada 1 Mei 2017 yang lalu tetapi masalah tangki air yang dibina telah roboh dalam tempoh tidak sampai dua bulan. 

Hal sebegini seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan kontraktor pembinaan dan kerajaan negeri. 

Saya berharap masalah kemudahan asas penduduk dapat ditangani dengan kadar segera. 

YB Aminuddin Harun
ADUN Sikamat
Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan
Parti KEADILAN Rakyat



SUSUN RAMAI2

DEMO DI SUK

CAKAP TAK GUNA



--------------------

4 ulasan:

  1. Tunggu Jamal pi demo pakai towel

    BalasPadam
  2. hah..biar betul..takkan negeri sembilan takda air..takkan air kering kerana isa samad larikan duit felda..yg biasanya takda air adalah selangor..cuba cek kat kedah, ada air tak atau sada buat2 tersedar...

    BalasPadam
  3. Nak turun berdemo pun berat teloq. Lps tu hantar surat minta seesaikan masalah sendiri.

    Satu perkataan terbaik utk YB dan org taman2 ni. LANCHOW LAAA!!!

    BalasPadam
  4. Bukti kukuh, Sains TANPA TeknoLogy hanya dapat mengemuka kan teori semata mataaa, pundeK Laaa umnQ

    BalasPadam