RAYA DAN SUASANA BERHARI RAYA
Minggu ini telah masuk minggu ke dua kita selesai berpuasa. Suasana berhari raya masih kuat. Jemputan rumah terbuka atau bertandang ke rumah kawan, sahabat, saudara dan taulan masih hangat.
Untuk gua berpuasa dalam bulan Ramadan amat penting kerana bulan ini akan diakhri dengan pesta berhari raya. Untuk gua ini bukan hanya kerana tuntutan agama. Pandangan gua wujud dari jalur budaya bukan dari jalur agama. Gua merayakan puasa agar gua dapat merayakan hari raya saenak mungkin. Serancak yang rancak.
Hari Raya untuk gua adalah festival budaya. Satelah 30 hari berpuasa maka kita berpesta. Makan-makan dan minum-minum. Bertemu, bersalam - minta maaf silap dan salah. Dan memulakan kitab yang baru. Ah! Indahnya budaya ini.
Setiap bangsa , setiap bani memiliki satu hari ‘ suci’ yang dituju. Hari dan tarikh yang ditetapkan dalam satu pusingan bumi, bulan dan matahari untuk dijadikan sasaran. Satu hari yang dinobatkan sebagai hari yang amat ‘spesial’.
Di Iran , warga Parsi ada Naurus. Di Sabah dan di Sarawak ada Gawai. Di Tiongkok ada Tahun Baru China. Di Eropah ada Krismas. Di Amerika ada Thanksgiving - Hari Berterima Kaseh. Di United Kingdom ada Notinghill Gate Festival. Aduh! Semua kita berpesta. Bayangkan betapa bosannya alam - betapa bosannya hidup ini tanpa pesta - tanpa hari raya.
Hari Raya bermakna hari yang kita semua besarkan.
Tahun ini saperti tahun-tahun yang lalu gua akan merayau-rayau mencari bazar Ramadan. Gua merayau dengan satu tujuan untuk mencari ‘ambience’ - a.k.a mencari suasana berpuasa sebelum beraya.
Jangan silap faham - sebenarnya gua spiritual - mencari kesucian tapi gua tidak religious - tidak agamawan. Gua dari gulungan rasionalis. Kalau bahasa Arabnya mungkin gua ini dari jalur Mutazilah - atau mungkin gua salah. Jika salah sila betulkan.
Justeru untuk gua yang penting ialah budaya merayakan bulan dan hari yang kita sama-sama bersetuju untuk dibesarkan. Anak semua bangsa - bangsa semua agama akan berpesta dan bergumbira.
Tahun ini saperti tahun-tahun yang lalu gua akan sampai ke Hulu Langat. Ini wilayah wajib untuk dilawati dalam bulan puasa. Wilayah ini tidak jauh dari kota Kuala Lumpur. Wilayah pinggir kota yang memungkinkan membawa suasana kampong.
Masuk saja ke persimpangan menuju ke Hulu Langat pasti akan ada bazar Ramadan. Saban tahun warga akan berpusu-pusu di bazar ini. Gua pernah dua Ramadan singgah disini. Tapi tahun-tahun yang lepas gua tidak lagi berhenti disini kerana terlalu sesak.
Di persimpangan Batu 18 tidak jauh dari Masjid dan Rumah Pasong akan ada dua orang Kakak membuka satu meja ditepi jalan menjual kueh, lauk dan sayur. Saban tahun gua pasti akan berhenti dan membeli dari Kakak ini.
Tahun ini gua perhatikan barangan jualan Kakak ini merosot. Tidak ada pergedel. Tidak ada tempe ikan bilis. Tidak ada tenggiri masak lemak. Ikan yang ada hanya ikan keli. Tiga jenis masakan daging ayam. Pajeri nenas dan goreng taugeh kasar.
Lalu gua teringatkan tahun lalu dimana meja Kakak ini penuh dengan pilihan. Kali ini hambar. Lalu gua bertanya kenapa bazar di jalan besar tak ada lagi.
‘ Sewa mahal dan pembeli makin kurang…’ Ini jawapan dari Kakak tentang kedudukan ekonomi Malaysia terkini tanpa merujuk kepada Asian Wall Street Journal.
Gua beli pajeri nenas. Bila kami nak beredar Kakak ini terus membungkuskan sayur taugeh kasar. Hadiah percuma untuk kami kerana jualan bertapok tidak ada pelanggan.
Gua juga telah ke Ijok. Saban tahun gua akan sampai ke sini. Ini wilayah Jawa. Yang spesial dari Ijok ialah pecal. Tahun 2017 - hanya wujud satu gerai pecal - 3 ringgit untuk pecal biasa dan 5 ringgit untuk pecal spesial. Yang spesial ada ditambah tempe goreng.
Apa terjadi kepada Kakak, Adik dan Mak Cik pembuat pecal?
Aduh ! Suasana agak sedih di Ijok. Bukan hanya kurang pilihan pecal. Pilihan ikan pun sama. Ikan yang gua temui di Ijok hanyalah ikan jaket a.k.a cencaru dan ikan keli. Malah ikan keli ini kurus lagi menyedihkan.
‘ Kakak …ikan ini nampak sedih…’ gua memberi komen sinis pada Si Kakak yang menyangkan keli berladanya yang kecil lagi kurus.
‘ Jangan cakap macam itu…kita nak raya..’ Kakak ini menjawab. Gua beredar tanpa membeli.
Minggu ke tiga gua ke bazar Ramadan Kuala Selangor. Tidak jauh bezanya dari bazar Hulu Langat dan Ijok. Sedih sekali apabila gua gagal bertemu ikan. Sabenarnya gua tak bagitu meminati ayam. Yang gua cari ialah masakan ikan - masakan cara kampong. Dari air tangan Mak Cik dan Kakak yang hanya berniaga setahun sekali di bulan Ramadan.
Tahun ini amat jelas disetiap bazar yang gua lawati tidak wujud lagi gerai ikan bakar. Ikan terubuk, ikan pari, ikan kembong, ikan pacu, ikan talapia, ikan patin - semua hilang dari pasaran.
Hakikatnya harga ikan telah melambung naik. Maka mustahil ada pelanggan yang akan membayar 15 ringgit untuk sepotong senangin atau tenggiri.
Udang, sotong dan ketam telah lesap dari menu Bazar Ramadan tahun 2017. Yang terus muncul hanya keli dan ikan jaket.
Di wilayah kelas menengah Bangsar Utama pun sama. Kalau tahun-tahun yang lalu bazar Ramadan di Bangsar Utama akan berasak-asak. Bukan hanya menjadi tumpuan mereka yang berpuasa - yang tak beragama pun turut membeli kueh dan lauk.
Tahun ini di Bangsar Utama apabila masuk minggu ke dua Ramadan gua nampak ada beberapa gerai yang ditutup.
Tahun 2017 ini kita tak terbaca perebutan atau rasuah jual beli tapak bazar Ramadan. Tiga tahun dahulu kita terbaca pergaduhan - bertumbok - berebut tapak di Seremban. Belasan ribu ringgit bertukar tangan untuk mendapatkan gerai di Masjid India. Rasuah menjadi-jadi.
Tahun ini tidak ada perebutan tapak di Masjid India atau Jalan Tar. Malah di Jalan Raja Alang Kampong Baru perniagaan kelihatan hambar walau pun sewa hanya 700 ringgit untuk satu gerai.
Setiap tahun tanpa gagal gua balik kampong ke Chenor Jelebu Negeri Sembilan. Tahun ini gua ditauliahkan untuk membuka, menjaga dan menutup pintu Rumah Pesaka.
Gua pulang ke kampong untuk mendaptkan suasana beraya saperti zaman gua membesar dulu. Ertinya ada lampu pelita dan ada main mercun. Pelita dan mercun untuk gua adalah sebahagian dari budaya beraya. Untuk gua tanpa pelita dan mercun hari raya gua akan ditafsir gagal. Kalau ada meriam buluh itu tanda beraya yang paling afdal lagi suci dalam kerpercayaan penganut mazhab rasionalis saperti gua.
Tanpa pelita dan mercun samalah ambiencenya saperti beraya di London atau di Melbourne. Lebih baik duduk dalam Pub.
Apa yang jelas tahun ini - ketika di kampong - ialah tidak ada sms yang masuk mencurah-curah. Gua Masih ingat lagi hari raya sesudah PRU12 tahun 2008. Aduh! Banyak sungguh ucapan sms yang masuk. Entah dari Si Polan mana yang gua sendiri tak kenal. Semuanya gumbira dan penuh harapan bahawa dalam PRU13 nanti Malaysia akan menjadi milik Pakatan Rakyat.
Petang Raya dan di Hari Raya 2017 - ‘ politikus regular’ yang selalunya akan menghantar sms mengucap ‘selamat raya’ pun tidak muncul. Sebenarnya gua tidak menunggu apa-apa. Kesampaian sms ini tidak akan mempengaruhi harga sebotol air angggur merah yang gua minati.
Tetapi dari sms ini gua membaca tanda dan makna. Untuk gua tanda dan makna sms pada raya tahun 20017 ini ini cukup jelas. Tanda ini menunjukkan bahawa dalam PRU14 ini nanti Pakatan Harapan akan terlungkup dan terbarai.
Para ‘ politikus regular’ pun telah tidak optimis lagi. Jika mereka optimis saperti sesudah PRU12 -pasti akan menghantar sms pada gua. Atau sms tidak masuk kerana gua telah ketingglan - orang lain sedang bercanda-canda dengan watsapps? Amin.
Pada petang berbuka kali terakhir tahun 2017 gua telah awal-awal memasang pelita. Gua merasa sedih kerana ketika gua melintasi wilayah Hulu Langat ialah pada malam Tujuh Liku. Gua hanya nampak dua buah rumah sahaja yang memasang pelita. Dan tiga buah rumah memasang lampu leterik lip lap.
Gua merasa kecewa.
Malam Tujuh Liku - malam ‘suci’ yang gua rayakan dari zaman kanak-kanak. Malam gua menyimpan harapan bahawa gua akan dapat melihat pokok kelapa dihadapan rumah gua condong menyembah bumi.
Inilah suasana raya tahun 2017. Nilai ringgit kita telah jatuh. Harga barang naik. GST terus mencekik.
Kueh di bazar Ramadan bukan lagi satu ringgit untuk tiga keping. Kini dua ringgit untuk empat biji kueh gulung atau kueh Melaka. Kalau bernasib baik akan terasa inti kelapanya. Gua pernah terbeli kueh Melaka yang gula Melakanya sebesar telor cicak.
Pada petang hari raya ke dua kami adik beradik telah pergi menziarah kubur emak dan abah. Tanah perkuburan ini tak jauh dari rumah pesaka. Disinilah saudara mara kami dimakamkan.
Menziarah kubur ini adalah budaya hari raya kami. Tak sangkut paut dengan agama kepercayaan. Kakak gua bila sampai ke hadapan kubur arwah Mak terus memberi salam.
‘ Mak… anak-anak Mak sampai.. kami minta maaf.. halalkan yang dulu-dulu..’ Kemudian kakak gua sebuat nama kami satu persatu. Saperti perbualan biasa.
Kubur arwah Abah juga tidak jauh dari kubur arwah Mak. Sang Kakak sekali lagi memberi salam dan bersuara. ‘Abah ini anak Abah datang meminta maaf….’ Ini salam Kakak gua dari atas kubur.
Kami menyapu dan membersihkan kubur. Mencabut rumput rampai yang meliar disekeliling kubur. Kemudia Kakak gua dan menyiramkan air dari botol plastik.
Tidak jauh dari kubur arwah Mak kami gua ternampak lima anggota satu keluarga sedang berdoa diatas kubur. Mungkin ini kubur arwah Ibu atau Ayah mereka.
Bercakap dengan orang telah wafat ini pasti dianggap syirik. Pasti para Wahabi mengatakan ini perbuatan gila dan tidak masuk akal.
Gua sebagai seorang rasionalis tetap menyokong apa yang Kakak gua lakukan. Kami ini dari keluarga Melayu Biduanda bukan Bani Arab. Melawat kubur adalah sebahagian dari budaya Melayu kami.
Perbualan Kakak gua dengan arwah Abah dan Mak gua itu - bukan tujuan mencari bidadari. Bukan tentang dosa atau pahala. Tetapi untuk menyatakan Anak-anak Emak dan Anak Abah masih setia dan tegoh pada budaya Melayu Biduanda kami. Kami tidak akan menjadi Bani Arab. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-------------
Ayatollah TT, gua baru balik dari Ghana dan sempat singgah di bbrp bandar South Afrika. Rasanya Malaysia skrg dah jatuh level teruk drpd Nigeria. Ghana pula jauh lebih baik. Rata2 prasarana bandar2 utama di Ghana seperti Jepun. Gua bagi markah separa Jepun. Hospitality jauh lebih bagus dari Melayu yg klem bangsa baguih dok ada..phui..
BalasPadamDi Mesia, jumpa kengkawan Melayu, silap cakap ja.. kene beli itu ini. Sumer pakat2 berniaga, jual emas, jual kuwey, jual serunding, buat MLM, jual baju fake, masuk pelaburan Financial org, forex bla3x dan dlm kepala Melayu2 lagi sesuci Islam ni mmg ligat nak mengepow saja. Yg lebai masjid, cara lebai masjid.
Kebetulan duduk di Ghana lebih kurang 45 hari. Masyarakat sana jauh lebih islamik dari Melayu2 Islam dan lebai2 berserban lagi suci yg terer berceramah sampai Rasulullah dengar pun boleh nangis sampai keluar rembong jubornya terjulur2. Di sana, solat terawih 8 rakaat. 4 rakaat saja dah makan masa kira2 4 jam. Bacaan imam x klepet mcm hafiz Mesia.. Lps tu nangis kira2 setengah jam sebelum tadah tgn berdoa kpd Allah. Habis terawih kira2 90 minit sblm waktu sahur. Lps tu sambung tadarus quran pulak.
Melihat keadaan di Ghana dan juga bbrp tempat di Afrika ni.. ternyata Islam dan lebai2 kita ni terlebih sudu dari kuah. Rasa yg berceramah pun, mmg layak diberi penampar buaya saja. Kahkahkah..
sekelian arwah di dalam kubur lebih kuat pendengaran berbanding kita yang hidup.
BalasPadammalah depa boleh dengar tapak kaki kita bergerak di atas kubur mereka.
aku sempat menjenguk kubur mak&ayah&abang&awannenek aku dan aku juga bercakap dengan mereka semua. aku tahu mak ayah aku dengar apa yang aku cakap.
dengan bercakap begitu sedikit sebanyak dapat melepaskan rindu dendam aku pada mereka yang telah pergi.
doa aku moga kau selamat TT. jika kau mati dulu aku berjanji pada diri aku akan menjenguk kubur kau dan bercakap dengan kau.
melayu kalau kekal melayu budaya tetap terbaek, apabila berjinak jinak ngan arab al wahabi terus menjadi seteru setan sekalian, kenapa ya? adakah kerana arab masih bersikap jahiliah dan asabiyah? sifat ini diturunkan kepada bani melayu? wa sikum al kum al bana kum kah kah kah
BalasPadamLu punya feeling sama mcm saya la tuk tt.. manyak cilaka la itu org2 yg lampas kita punya heppy2... Klu menang lg BN lpas nie... Kompom raye tahun 2018,19,20,21,22 serupa raya dekat tpt Tok TT ckp..
BalasPadamMakalah ini catatan yang bernas dan foto2 (terutamanya yang bersertakan kru perakaman video) menarik dan menepati tema catatan ini.
BalasPadamGua pernah terbeli kueh Melaka yang gula Melakanya sebesar telor cicak.
BalasPadamHaha tt. Tapi tahun ni aku masih mampu bersyukur bukannya sebab menteri atau khatib suruh bersyukur malayxia masih aman, tapi sebab tahun ni takde bertentang mata dengan karipap inti oksijen!