.

Jumaat, 11 Ogos 2017

AZMIN AKAN SAMAN KHALID






SAMAN

JANGAN

TiDAK

SAMAN

Azmin bakal saman ketua polis negara
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor,  Mohamed Azmin Ali bakal mengambil tindakan saman Ketua Polis Negara, Tuan Haji Khalid Abu Bakar berikutan keengganannya untuk mengambil tindakan terhadap ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low berhubung isu 1MDB.

Peguam Azmin, Latheefa Koya berkata, Azmin sebelum ini telah memberikan tempoh masa kepada Khalid untuk menjalankan tugasnya bagi mengambil tindakan terhadap Jho Low, namun sehingga kini tiada sebarang langkah susulan diambil terhadap pihak tersebut.

“Kami tidak akan lagi menunggu sehingga tamat tempoh 14 hari notis tuntutan itu untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Selasa lalu, Azmin melalui peguamnya menghantar notis undang-undang kepada Khalid menuntut beliau untuk menjalankan tugas dan mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low.

Namun begitu, Khalid enggan untuk mengeluarkan sebarang respons terhadap desakan Azmin yang meminta supaya Jho Low dibawa pulang ke negara ini.


TANGKAP

JANGAN

TiDAK

TANGKAP

-----------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saman x buat kerja yg betul.. dh hari2 buat krja x betul...

Tanpa Nama berkata...

Aisey azmin ni. Dulu dia la yang berkeras nak jugak pujuk pas berbaik semula dengan pakatan. Tapi sekarang dia pun dah tak nak ikut pas lagi. Dia dah hantar surat cinta kat ketua twit negara selasa lepas, kalau pas yang buat depa hantar selasa depan.