Jumaat, 11 Ogos 2017

INI SEBAB UTAMA






WAT

iS DE

BEKAUSE



Arifin Zakaria patut jelaskan kenapa pilih Raus, kata bekas peguam negara


KEPUTUSAN bekas ketua hakim negara Arifin Zakaria menamakan Md Raus Sharif sebagai penggantinya harus diteliti dengan ketat kerana ia mewujudkan krisis kehakiman paling besar dalam tempoh 30 tahun, kata bekas peguam negara Abu Talib Othman.

Abu Talib berpendapat Arifin perlu menjelaskan kenapa beliau menyokong Raus kerana ketua hakim negara itu sudah mencapai umur bersara wajib 66 tahun dan enam bulan.

“Beliau perlu tampil dan memberitahu rakyat kerana ini sudah jadi kontroversi, dan ia satu perkara yang ada kepentingan awam. Beliau mesti tampil dan jelaskan.

“Apakah beliau berpendapat semua hakim lain yang terbukti sangat layak dan bebas dalam menjalankan tanggungjawab kehakiman tidak layak untuk jadi ketua hakim?” katanya kepada The Malaysian Insight.

Abu Talib turut mempersoalkan cara Ariffin menangguhkan pengumumannya sehingga sebelum beliau bersara secara rasmi.

Sehari sebelum mencapai umur persaraan wajib 66 tahun dan enam bulan pada 31 Mac, Ariffin membuat cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Raus dinamakan sebagai penggantinya.

Raus mengangkat sumpah sebagai ketua hakim negara Jumaat lalu biarpun sudah melepasi umur bersara wajib. Badan peguam, termasuk Badan Peguam Malaysia, menyifatkannya sebagai tidak berperlembagaan dan berikrar akan mencabarnya di mahkamah.

Abu Talib, 79, peguam negara paling lama berkhidmat antara 1980 hingga 1993 berkata, biarpun pada pandangan peribadinya lanjutan lantikan Raus “bertentangan dengan semangat dan hasrat” Perlembagaan Persekutuan, hanya mahkamah yang boleh menentukan sama ada ia berperlembagaan atau tidak.

Ditanya apakah Raus sewajarnya menolak lantikan itu, Abu Talib berpendapat apa yang berlaku bukan salah Raus.

“Untuk berlaku adil kepada Raus, namanya dicadangkan oleh ketua hakim kepada Yang di-Pertuan Agong. Ini bukan cadangan beliau. Ini cadangan ketua hakim yang akan bersara.

“Kita tidak boleh salahkan Raus kerana cadangan untuk melantiknya dibuat oleh ketua hakim yang akan bersara.

“Lagi pula, beliau sudah menjawab pertanyaan itu secara terbuka. Baginya, ia berperlembagaan, melainkan sekiranya dicabar,” katanya.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) itu menyokong tindakan undang-undang Badan Peguam Malaysia dan menambah, keputusan mahkamah dalam hal ini mempengaruhi tahap keyakinan umum kepada badan kehakiman.

Sebelum dilantik sebagai ketua hakim, tempoh perkhidmatan Raus sudah dilanjutkan selama enam bulan sejak Februari lalu.

Ariffin dilantik sebagai ketua hakim negara menggantikan Zaki Azmi pada 12 September, 2011.

BEKAUSE

JADi

PERISAi

MONGOL

KALAU 

TiDAK

AMERiKA

TANGKAP

KAH KAH 


----------------

3 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Wat is tis because.. U now wat is the BEKAS in kadazan word...it is BABI HUTAN u now... That is the because..... Kakakkakakaka

Tanpa Nama berkata...

Kes 1mdb dah jadi kes jenayah pulak. Apa punya babi la doj ni!! Kesian Mr and Mrs mappadulung!! Najib dah tak boleh lelap mata bila mlm, bila nak terlelap jer mak badak pulak menggelupur mengigau ketakutan.

Episod selepas ni memang lagi menarik. US ada byk jaringan dgn negara2 maju, lepas ni mak badak dah tak berani lagi shopping kat luar negara yg ada hubungan dgn US, bila jadi kes jenayah, fbi akan buru. Sedih pulak bila terbayang bayang mak badak yg ada duit berjuta juta tapi cuma dapat shopping kat Jakel jalan TAR, midvalley mall. Ntah2 tak berani keluar rumah, cuma berani shopping kat lazada.com ataupun ebay jer.. sob sobb sedihnyaaaa. Doj US mmg barua, suka sangat kacau pemimpin melayu islam.

Tanpa Nama berkata...

Hanya kau je raus
Yang dilihat sangat haus
Kasih sayang kak rus
Serta bininya si dayus
Kau pikir kau nikmati jus
Kau pikir dapat sebukit fulus
Sebenarnya cuma dedak halus
Korang ingat korang bagus
Korang semua sama penipus
Ingat boleh berkuasa terus?
Tindakan ini akan sekaligus
Memendekkan tarikh lupus
Korang akan lebih cepat mampus
Sebab rakyat dah berbulus!