.

Rabu, 20 September 2017

LAGI KES NAJI - TERBARU







NAJIB LAGI

SATU KES

RASUAH BARU 

DI AMERIKA

Hubungan Uber 

dan Putrajaya 

kini disiasat di AS

BER Technologies Inc., yang berpejabat di Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat kemungkinan ada "aturan kewangan" antara syarikat itu dengan kerajaan Malaysia yang mungkin mempengaruhi keputusan Putrajaya berhubung operasi perkhidmatan pengangkutan itu di negara ini.

AS mempunyai undang-undang menyekat mana-mana entiti perniagaan di negara itu daripada terlibat dalam amalan rasuah ketika melakukan perniagaan di negara-negara lain.

Menurut laporan Bloomberg, firma guaman O'melveney & Myers LLP yang mewakili Uber kini meneliti satu derma korporat yang diumumkan Ogos tahun lalu berjumlah puluhan ribu dolar kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia (MaGIC), sebuah hub usahawan yang disokong kerajaan.

"Peguam sedang cuba memastikan apakah ada sebarang bentuk balas budi (quid pro quo)," lapor Bloomberg.

Sementara itu, agensi berita Reuters melaporkan sumbernya yang mengetahui hal ini memberitahu laporan Bloomberg itu tepat.

Channel News Asia pula melaporkan wakil Uber di Malaysia berkata mereka sedang "memberi kerjasama dengan siasatan."

"Selain itu, kami tidak dapat memberi sebarang komen kerana siasatan sedang berjalan," kata wakil yang tidak dinamakan itu kepada stesen berita televisyen Singapura itu.

Pada 26 September 2016, The Star melaporkan Kumpulan Wang Persaraan Pekerja (KWAP) pula mengumumkan telah melabur sebanyak RM124 juta (AS$30 juta) kepada Uber.

Najib  sebulan kemudian semasa membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober tahun lalu, berkata kerajaan mengalakkan golongan B40 untuk jadi pemandu perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber, terutamanya bagi pemilik kenderaan sendiri.

“Bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan rebat sebanyak RM4,000 bagi pembelian kereta Proton Iriz,” umum Najib, dalam belanjawan yang bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh’.

Uber Malaysia pada hari sama dalam reaksi terhadap pengumuman itu meluahkan rasa gembira dengan pengiktirafan Putrajaya ke atas Uber.

Pengurus Besarnya Leon Foong berkata dengan menyediakan pilihan mata pencarian di hujung jari kepada semua rakyat, ia membantu pemandu Uber menampung keluarga dan diri sendiri, tanpa kekangan dalam mengejar cita-cita mereka.

“Kami memuji kerajaan kerana membentangkan belanjawan yang pintar dan berteraskan rakyat.

“Inisiatif ini jelas menyediakan pertumbuhan ketara dan pemberdayaan ekonomi. Ini satu kemenangan untuk industri perkongsian kenderaan dan menunjukkan kepimpinan yang berwawasan," katanya dalam satu kenyataan.

Pengumuman dalam Bajet 2017 itu bagaimanapun dibantah oleh pengusaha dan persatuan pemandu teksi yang menganggap ia satu tindakan menghalalkan perkhidmatan kongsi kenderaan yang dari segi undang-undang kerana melanggar Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Siasatan Uber ke atas urusannya di Malaysia adalah sebahagian daripada semakan menyeluruh terhadap operasi syarikat itu di Asia, susulan siasatan yang dimulakan Jabatan Kehakiman AS (DoJ).

Selain Malaysia, Uber turut mengarahkan siasatan dalaman di sekurang-kurangnya empat lagi negara Asia — China, India, Korea Selatan dan Indonesia.

Laporan Bloomberg menyebut semakan Uber ke atas operasinya di Indonesia mendapati pegawainya menyogok polis di Jakarta. Seorang pegawainya dipecat manakala pengurus yang meluluskan suapan itu digantung kerja. — 20 September 2017

GUA UDAH

BILANG 

KONSPIRASI

JATUHKAN

NAJIB AKAN

DITERUSKAN

HINGGA NAJIB

DITERAJANG

LU TAK CAYA

LU PIKIRLAAA


-------------------

4 ulasan:

Saiful berkata...

Bole blah la.. Talam dua muka..bi seksual.. tak boleh caya..semua mau pow lagi

Tanpa Nama berkata...

1mdb hutang lingkup
felda fgv rugi lingkup
epf? khazanah? mas airlines?

Tanpa Nama berkata...

bukan raasuah
bukan komisen
bukan donation?

TUNGGU KENA SAMAN ajer.......

wakakakakaka

Tanpa Nama berkata...

najib isteri rosmah memang jantan suwey..lari dari baby altantuya kmudian masuk mulut china, lari mulut china kini masuk mulut amerika, balik dari amerika, terus tahfiz terbakar mati terkorban, agong lama mati dikembumi..kini suwey bersambung lagi..makin lama makin menjerut..tak mungkin haji hadi mahukan janda najib, tak mungkin tontowi ingin menduakan rosmah, tak mungkin tak mungkin..apa kah kesudahkan filem 1db the movie ini? utk tanyangan preview sila kontek sprm malayxia amerika..kahkahkah..