Rabu, 20 September 2017

SIAPA DIA KHALID ABU BAKAR ?






BERITA INI

DIAMBIL DARI

AL-HUSSEYN

Hubungan Gopi dan Ketua Polis Negara sangat 

mencurigakan: Khalid patut disoalsiasat



Ketua Polis Negara cuba memberi gambaran mudah kepada rakyat bahawa hubungannya dengan Gopinathan Krishnan, orang yang dijadikan oleh pegawai tinggi polis Bukit Aman perantara dengan tauke-tauke judi dan pelacuran; adalah sama hubungannya dengan Sanjeevan pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) itu.

Sanjeevan adalah rakannya suatu ketika dulu dan pernah menghubunginya sehinggalah keadaan berubah apabila polis mengambil tindakan ke atasnya, kata Khalid Abu Bakar.

Apakah Khalid juga akan bertindak sama ke atas Gopinathan Krishnan sebagaimana tindakannya keatas Sanjeevan? Harap-harap Gopi tidak akan menerima nasib buruk seperti Kevin Morais ...

Perhatikan, bagaimana pihak polis dilihat telah cuba beberapa helah untuk mengenakan Sanjeevan melalui beberapa tuduhan, tetapi sehingga kini satu pun masih  tidak mengena!

Pada 25 Ogos 2016 - Sanjeevan juga dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mengelirukan seorang pengarah syarikat berhubung kelayakan akademiknya.
Pada 27 Oktober tahun lalu Sanjeevan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan membuat kenyataan menghina Khalid di Facebooknya.

Sanjeevan pernah didakwa hendak melakukan pemerasan dan telah mendatangkan ketakutan terhadap Ong Lam Chin supaya menyerahkan RM20,000 kepadanya sebagai wang perlindungan.

Pada 25 April lalu, Mahkamah Majistret Kajang, Norafidah Idris merekodkan, mahkamah melepaskan dan membebaskan Sanjeevan daripada pertuduhan tersebut. 

Saya sebentar tadi mengunjungi sesawang Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) di sini dan mendapati ada laporan tentang Pemantauan Judi Di Melaka.

Berita tersebut menjadi sangat menarik kerana hanya baru-baru ini saja kegiatan haprak yang telah lama membusung dalam pasukan polis itu terburai pekongnya bila SPRM bertindak menangkap 12 pegawai kanan polis di Melaka. Bayangkanlah, sejak 20 April 2014 lagi. Adakah ini yang dinamakan Mesra, Cekap Dan Beramanah?
Laporan Pemantauan Premis Judi Di Melaka  

Awal pagi tadi 20/04/2014, Sanjeevan dan beberapa anggota MyWatch telah berkunjung ke Melaka bagi sekali lagi memantau pusat-pusat perjudian haram di sana.

Sanjeevan telah menghubungi Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Dato Datuk Shah Gzali Khan Shahadat dan beliau telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supt Razali Bakar untuk berhubung dengan Sanjeevan.

Semasa Sanjeevan berada di hadapan salah sebuah premis judi, Sanjeevan menerima panggilan daripada Supt Razali Bakar. Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah itu memberitahu Sanjeevan bahawa polis tidak dapat mengambil tindakan serta merta menyerbu pusat judi yang telah dipantau oleh Sanjeevan kerana kekurangan anggota pada malam tersebut serta mereka perlu merancang terlebih dahulu sebarang serbuan yang mahu diadakan.

Dalam masa 17 minit percakapan melalui telefon antara Sanjeevan dengan Supt Razali Bakar, Sanjeevan telah melihat 3 buah premis judi telah mengarahkan pelanggannya keluar dan penjaga premis menjerit, “Keluar, polis serbu!”

Ini yang menghairankan bagaimana maklumat mengenai serbuan premis judi ini boleh bocor dalam masa yang singkat.

Gambar di bawah ini merupakan salah sebuah premis judi yang terletak di Semabok Perdana, Melaka. Dalam satu deret bangunan kedai ini terdapat 9 buah premis judi yang lain.

Ini merupakan kali kedua dalam masa sebulan MyWatch melakukan pemantauan premis judi di Melaka. Orang awam yang melaporkan merasa bimbang dengan perkembangan premis judi yang tumbuh dengan cepat di Melaka sejak kebelakangan ini. Mohon peguatkuasaan segera daripada pihak berkuasa serta kerajaan negeri Melaka.

Perlu juga diambil perhatian bahawa peranan Sanjeevan amat berbeza dengan Gopi yang digunakan sebagai perantara.

Sanjeevan adalah merupakan orang yang mendakwa melalui fesbuknya bahawa :

1) Abang Khalid iaitu Abdullah Abu Bakar, merupakan antara pengarah di Akademi Menembak Unggul.

2) Syarikat tersebut ditubuhkan enam bulan selepas Khalid dilantik sebagai ketua polis negara.

3) Anak perempuan Khalid dan abang iparnya, Mohd Isa Hussin didakwa merupakan pemilik bersama Nilai Arms and Ammunitions Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjual senjata api. Sumber di sini

Nota: Dakwaan (2) dan (3) juga turut didedahkan oleh laporan Sarawak report.

Khalid perlu membuktikan kepada rakyat, apakah hubungan sebenarnya dengan Gopinathan Krishnan lelaki yang mendakwa pegawai tinggi polis di Bukit Aman telah menggunakannya sebagai orang tengah untuk menguruskan kutipan bayaran daripada operasi judi dan pelacuran di Melaka.

Gopi kerap mengadakan hubungan bualan telepon dengan kesemua pegawai-pegawai polis yang paling kanan yang kini mereka semua telah mengambil cuti sementara perkara itu sedang disiasat.

 Selain dapat mengadakan hubungan telepon dengan Khalid dengan mudah, Gopi juga kerap berhubungan melalui bualan telepon dengan abang iparnya yang bernama Mohd Isa bin Hussin yang menguruskan sebuah perniagaan menjual senjata api bersama-sama dengan anak perempuan Khalid. 

Memandangkan ketika ini Gopi ditangkap kerana didakwa bertindak sebagai perantara polis di peringkat tertinggi Bukit Aman dan tauke judi dan pelacuran, maka hubungan antara Gopi dan Khalid Abu Bakar dan Isa bin Hussin adalah sangat-sangat mencurigakan dan amat meragukan pada pandangan orang ramai.

 Orang ramai cuma nampak kepulan asap naik menggulung, tapi punca apinya masih belum ketahuan. Khalid Abu Bakar patut disoalsiasat untuk menjelaskan sebab mengapa bagi panggilan bualan telepon mereka.



----------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuba tuan tt tunjuk semula gambar kuih puki..ada kaitan dgn projek puki selangor x ataupun projek memuki di german...tanya saje jgn mara aaaaa...

Tanpa Nama berkata...

cilaka punya tt..gua ingatkan yg bongkar hal2 judi dan pelacur ni adalah pejuang2 islam yg inginkan syuhada dan jihad syurga..rupa2nya hindu keling yg tak makan lembu..mana perginya umat2 melayu islam yg mahir ilmu pukulan jarak jauh, mana hilangnya waris2 wali yg mewaris segala ilmu2 ghaib ?dimna ulama2 kasyaf dan faham akan hukum hakam mengenai judi pelacur??mana mereka hilang?mana pundekar2 melayu islam dari kaum2 selempang merah? dari baju merah??tunduk dan tawaduk juga ke kpd judi dan pelacuran didepan mata? atau hanya berani melawan senyap dlm hati..hadi patut keluaran amanat baru? sekiranya haji jd perdana menteri, apakah pusat2 judi dan pelacuran akan ditutup??