.

Ahad, 24 September 2017

TAK ADA APA APA




KENYATAAN MEDIA

Kami baru terima berita bahawa konvoi kereta dan van yang membawa pegawai penjara dan Anwar Ibrahim telah terlibat di dalam satu kemalangan sewaktu beliau sedang dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas beliau diwadkan selama empat hari.

Kemalangan tersebut berlaku pada jam 12.30 tengah hari di simpangan trafik berdekatan Saujana Utama. Pegawai penjara yang memandu kereta yang membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menekan brek untuk mengelak kereta yang datang dari arah bertentangan, dan kereta pengiring telah melanggar kereta di hadapan. Kereta yang membawa Anwar Ibrahim telah mengalami kerosakan di bahagian belakan kereta.

Syukur bahawa Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius, tetapi agak terkejut dan telah diberikan ubat tahan sakit selepas dirawat doktor di Penjara Sungai Buloh.  Dr Jeyaindran Tan Sri Sinnathurai, Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan, dijadual untuk bertemu beliau pada jam 5 petang ini dan untuk menetapkan sama ada Anwar memerlukan sebarang rawatan lanjut di hospital.

Sivarasa Rasiah
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim
22 September 2017





----------------

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Gwa teringat arwah Karpal.

Tanpa Nama berkata...

Haaa itulah aku dah kata... inilah dia petanda yang disampaikan oleh asap putih dua jalur yang dah berapa hari muncul tu... Dua jalur menunjukkan ada dua kereta terbabit, iaitu kereta yang bawak anwar di depan dan van pengiring yang ikut di belakang... Asap putih menunjukkan objek terbabit memang kereta atau kenderaan yang mengeluarkan asap putih... Jalur yang panjang menunjukkan perjalanan yang panjang terpaksa ditempuhi anwar samada jalan pulang ke penjara setelah empat hari di luar ataupun tempoh baki masa dalam penjara itu sendiri... Jalur ada lurus ada bengkok menunjukkan perjalanan anwar sekejap mudah sekejap ada ranjau dan diri... Kan aku dah bagitau tuhari, korang je tak dengar, sebab aku bagitau dalam hati aku je hadoiii...