NAJIB
BERPOYA POYA
RAKYAT MATI
DALAM PAYA
F.B
06 Jan 2017
@ Pusat Pemindahan Mangsa Banjir
Sekolah Kebangsaan Gelang Mas, 17010, Pasir Mas, Kelantan
1. Tiada bekalan air. (Sudah 2 malam mangsa terpaksa mengangkut air ke tingkat 1,2 dan 3. Lebih teruk ramai dikalangan mereka merupakan warga emas, sakit, wanita dan kanak kanak)
2. Tandas Pusat Pemindahan Banjir juga dalam keadaan yg sangat teruk.
3. PM dijangka melawat ke Kelantan pada 7 Januari 2017 (Sabtu). Adalah dijangka pada jam 2.30 ptg PM akan melawat Pusat Pemindahan Mangsa Bencana (SK Gelang Mas, Pasir Mas)
GESAAN KAMI:
1) Menuntut supaya duit rompakan 1MDB dan rasuah dipulangkan kpd rakyat, dan digunakan utk membaiki tandas dan menyediakan air kpd Pusat Pemindahan Mangsa Bencana SK Gelang Mas dan ditempat lain yg bermasalah.
2) Mengembalikan duit rompakan 1MDB dan rasuah kpd rakyat dengan memberi peruntukan munasabah kpd semua sukarelawan dan petugas bencana supaya kerja kerja pengurusan bencana dapat dijalankan dengan lebih baik.
3) Menuntut PM dan pemimpin politik melawat ke tempat paling bermasalah dan mendedahkan masalah sebenar dilapangan, bukannya sekadar bergambar dan bergambar. Serta hentikan budaya menyalahkan pegawai, kakitangan dan orang bawahan, bila timbul masalah. Sebaliknya mengambil tanggungjawab atas setiap permasalahan yang berlaku.
4) Mencabar PM dan Kerajaan Pusat membuat laporan secara telus dan segera isu dan masalah yang berlaku di setiap Pusat Pemindahan Mangsa Bencana dan kawasan bencana banjir, bukan hanya melapor yang baik baik sahaja.
5) Merombak Portal, Facebook dan Twitter Agensi Bencana Negara (NADMA) yang gagal mengemaskini dan memberi maklumat penting kepada rakyat dalam menghadapi bencana yang menyebabkan rakyat lebih terdedah kpd maklumat yang kurang sahih dan tidak benar. Portal bencana oleh Kerajaan Indonesia boleh dijadikan contoh bagaimana ianya banyak membantu rakyat Indonesia melalui krisis bencana.
🇮🇩
INDONESIA
https://mobile.twitter.com/BNPB_Indonesia…
🇲🇾
MALAYSIA
https://mobile.twitter.com/mynadma
6) Menyegerakan pembinaan benteng banjir di Sungai Golok dengan kos bebas rasuah serta secara lebih lestari.
7) Menanam pokok buluh disepanjang tebing sungai bagi menangani masalah banjir dan sekaligus menjana ekonomi rakyat bawahan.
8) Mendesak PM dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri meletak jawatan, atas kegagalan dan kelemahan mengurus bencana banjir.
Hotline
Pusat Situasi Banjir
KEADILAN KB
☎011-293-09-430 & 01-294-68-633
----------------