Rabu, 29 Mac 2017

TUKAR TIUB FALSAFAH MENULIS






TUKAR TIUB

TULIS MENULIS







-----------------

LAPORAN DAPUR MALAM INI








TERIMA KASEH
setuju. hadiah nanti claim kat akhirat. on 
INI MANUSIA BAIK HATI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 4:28 PM


BELUM SAMPAI SASARAN

Hoi!!!udah lah tu...dah ada RM14 ribu lebih tu bolehlah beli van tangan kedua. Aku ni sendiri pun belum bermimpi beli van tangan kedua atau ketiga. 

Setakat ni aku hanya mampu pakai C70 tahun 1985 saja pergi motong. Tak tau le kalau berhajat nak beli van belum bertangan lagi???? on SUDAH LINTAS 14 RIBU RINGGIT
Publish | Delete | Spam
Carlos santana
on 3/29/17




KUTIPAN DAH 

LINTAS

14 RIBU 





BERITA MALAM INI
DAPUR JALANAN
ADA BERITA BAIK
TENGOK AKAUN
  ADA DUIT MASUK
semakin ramai
kakak dan abang 
abah dan emak
menderma
agar dapur jalanan
dapat membeli 
sebuah van tangan ke dua


PEMBACA

BUDIMAN

DAPUR JALANAN

MASIH 

MEMERLUKAN

BANTUAN

UNTUK MEMBELI

SEBUAH VAN

TANGAN KEDUA

SILA ULUR 

BANTUAN KE

AKAUN CIMB SPKL 

800 172 7849


KUTIPAN 


HARI INI


TAMBAH

RM310





JUMLAH

RM14,360


TERIMA 


KASEH






----------------

ISKOLA BAIK UNTUK KESEHATAN








iSKOLA
air itu hukumnya sunat untuk diminum..baek untuk kesihatan mcm minum vitagen n makan yoghurt ada berbilion mikrob bakteria lactobacillus pro biotik untuk sistem penghadamam yg baek...itu fasal lepas kawen naek badan on ISKOLA DAN JIJUBI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/29/17





--------------

MASIH BOLEH BOOK BIDADARI







BERITA BAIK

UDAH MARI

JANGAN RISAU

Valet Doa enggan batalkan perkhidmatan

Pengasasnya Valet Doa Tuan Haji Hasrin Harin tetap mahu meneruskan perkhidmatannya walaupun berdepan kecaman orang ramai dan teguran alim ulama.
Mengulas saranan Mufti Wilayah Persekutuan supaya perniagaan seperti ini dibatalkan, Hasrin mempunyai pandangan berbeza.
Katanya, kenyataan Tuan Haji Zulkifli Mohamad itu tidak menyebut dengan jelas sama ada perkara itu haram di sisi Islam.
“Ya (akan teruskan) sebab mufti pun tak berani cakap haram, sebab tidak langgar syariat. Cuma dia takut fitnah orang ke atas agama.

“Pendapat saya jika boleh dibuat dengan baik, jadikan contoh, ada kebaikan.

“Jadi kami ada dalil masing-masing,” katanya melalui pesanan WhatsApp ketika menjawab soalan Malaysiakini.

TERBAIK

SOKONG

KERJA KUAT

CARI DUIT

BOLEH BOOK

BIDADARI

DARI RUMAH

KAH KAH KAH




---------------

ULAR MAK JIBUBI







JIBUBI
majoriti ular mak kaki jujubi kulubi ketubi kah kah kah pasal tu asyik fokus nas nas surah surah kahwin empat, bukan pasal rasuah, bukan pasal sapu duit, bukan pasal keadilan, bukan pasal kesamarataan, bukan memikir pasal ketuhanan,


KULUBI

asal poket sendiri penuh, pakai audi, vellfire mikir benda dari manusia, khianat, tikam belakang sampai rm 90 juta, kah kah kah kemudian tuduh kafir harbi, haram, meludah, kah kah kah...


KETUBI
paling benci ular mak main drama di pentas...muka tak ikhlas.... masih disanjung masih dicium tangan kakai...kerana bertuhan wang ringgita...kah kah kah on INI MUKA JIBUBI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 3:30 PM




----------

INI BERITA TAK BAIK








BERITA

TAK SEDAP

DIDENGAR


Pengasas 'valet doa' diarah henti perkhidmatan

Laman Facebook Valet Doa yang menawarkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah diarah menghenti operasi mereka oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Selangor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau akaun Facebook pengasas Valet Doa.

KAH KAH KAH

KALAU MACAM

INI GAGALLAH

PROJEK ENTOT

BIDADARI

POSMAN DAH

KENA BAN

KAH KAH KAH







------------------------

DITAHAN SOSMA KERANA BACA BULU





F. BOOK


Siti Noor Aishah, maafkan kami kerana tak mampu halang undang-undang drakonian daripada menyeksamu :'(

Janganlah kita buat-buat tak peduli. Esok, lusa mungkin ibu bapa kita pula yang menangis seperti ibu bapa Aishah.











---------------

SCOTLAND MERDEKA









BERITA BAIK

UNTUK WARGA

DUNIA KETIGA

KUASA ANGLO

MENGHURU 

HARA KACAU

DUNIA MAKIN

DIKECILKAN

Scottish parliament votes for second independence referendum

A UK government spokeswoman said: “We have been joined together as one country for more than 300 years. We’ve worked together, we’ve prospered together, we’ve fought wars together, and we have a bright future. At this crucial time we should be working together, not pulling apart.”


LEPAS INI

WALES  PULAK

MINTA PISAH

DULU KUASA

INGGERIS 

PECAH BELAH

BUMI MELAYU

BAWA CHINA

BAWA INDIA

MASUK KE 

TANAH MELAYU

SEKARANG 

KENA SENDIRI

PADAN MUKA





---------- ----------------------

INI MANUSIA BAIK HATI








CONTOH MANUSIA BAIK HATI
seperti janji ditepati aku dah masuk RM 100 sumbangan ikhlas khalas, tak payah hadiah semua, baik dapur jalan jual bagi tambah lagi modal beli van tu...ok...
jangan kalut...jangan gundah gulana...setiap kebaikan akan dibalas tuhan...bukan melalui majlis, bunga manggar dsbnya...ok selamat semua...bye on SUDAH LINTAS 14 RIBU RINGGIT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/29/17







----------------

APA DIA PSIKIK MELAYU



APA DIA PSYKIK MELAYU

Asiaweek pada 1 November 1985 ada  melaporkan kenyataan kerajaan Malaysia tentang kemasukan pendatang baru - dari Idonesia dan Pilipina. Kerajaan Malaysia secara resmi berkata ada lebih kurang 20,000 pendatang baru masuk ke Malaysia.

Dalam laporan Asiaweek yang sama kenyataan kerajaan Malaysia  ini telah disangkal oleh Pengerusi DAP Lim Kit Siang. Kit Siang berkata ada ‘…800.000 ke 1 juta atau hampir ke 7% dari jumlah penduduk 15.5 juta…”

Kenapa Lim Kit Siang menimbulkan hal ini? 

Ini berlaku pada tahun 1985. Saya menimbulkan persoalan sama pada tahun 2017 ini.  Soalan saya ialah pada  tahun  1957 kenapa tidak  ada  suara pemimpin Melayu saperti Lim Kit Siang yang berani menimbulkan kemasukan Bani China dan bani India ke Tanah Melayu? Kenapa pada ketika itu suara Melayu senyap. Apakah  pemimpin Melayu pada tahun 1957 telah mandul dan diserap candu hingga  tidak menyedari projek Inggeris yang sedang memecahkan polity dan lanskap Tanah Melayu.

Apakah yang pertanyaan saya ini benar dan betul?

Bila saya menulis, bertanya, menyoal  dan menimbulkan hal ini maknanya saya sedang menimbulkan persoalan nasional yang masih menghantui  negara ini. Yang masih belum selesai. Yang masih belum jelas dan tidak tuntas. 

Tujuan saya menimbulkan persoalan nasional ini adalah dengan niat untuk melahirkan kerangka  perbincangan dalam usaha membina dan mendirikan negara bangsa. Pada hemat saya negara bangsa Malaysia belum wujud. Jauh dari wujud. Malah pada hemat saya projek Inggeris mendirikan Malaysia telah jelas  terbarai dan gagal.

Satelah 60 tahun Inggeris meninggalkan Tanah Melayu - jelas kelihatan projek Inggeris ini telah memudaratkan Bani Melayu.

Ketika saya menggarap tulisan ini MalaysiaKini (27/3/17) telah melaporkan satu kenyataan Lim Kit Siang. Kali ini  Lim Kita Siang telah berkata ‘ …. ..Hadi bukan berniat untuk menyelamatkan Malaysia tetapi mahu menyelamatkan Najib…’ 

Sebenarnya kenyataan Lim Kit Siang ini  menusuk kepada apa yang saya namakan  - PSIKIK MELAYU.

Minggu lalu saya menyebut sepintas lalu tentang psikik Melayu. Maka pada minggu ini  saya akan cuba membuka  wacana tentang apa itu psikik? Dan apa dia psikik Melayu.

Psikik ini bersangkutan dengan fikrah, minda. Ianya diluar dunia yang kita pegang , yang kita cium dan yang kita rasa. Psikik ini tidak pisikal. Ianya roh, jiwa, perasaan  dan pandangan dunia.

Maka psikik Melayu adalah roh, jiwa, semangat, perasaan,  dan pandangan dunia Bani Melayu di Tanah Melayu. Orang puteh selalu menggunakan  - sensibility. Atau terjemahan - sensibiliti - yang membawa makna perasaan halus.

Jiwa , roh, perasaan dan pandangan dunia ini juga lahir kerana sebab dan musabab. Mustahil satu pandangan dunia atau satu perasaan  itu lahir dengan  tersendiri.  Mustahil jiwa dan roh Bani Melayu wujud tanpa sebab. Walau pun ada kemungkinan  pandangan atau perasaan  atau emosi itu tidak ilmiah, tidak masuk akal dan tidak rasional tetapi ianya tetap satu  pandangan dunia.

Kenyataan Lim Kita Siang  dalam MalaysiaKini  menerangkan kepada warga Malaysia bahawa Hadi bukan mahu menyelamatkan Malaysia tetapi mahu menyelamatkan Najib. Kenyatan ini amat tepat dan betul. Apa yang dikatakan oleh Kit Siang ini 100% tepat. Tidak salah melainkan benar dan saheh.

Kenyataan Lim Kit Siang dibuat dengan tujuan agar warga Malaysia sedar bahawa Hadi  yang pada satu ketika dahulu dalam satu saf  bersama Lim Kit Siang kini telah belot. Melalui kenyataan ini Kit Siang meminta agar warga Malaysia tidak  lagi menyokong Hadi. Tidak menyokong Najib. Tidak akan memberikan undi mereka kepada Hadi dan Najib.

Memang betul Hadi mahu menyelamatkan Najib.

Untuk saya ini tidak penting. Menyokong Najib - jelas tersurat. Gerak, perangai dan tindak tanduk Hadi jelas menunjukkan bahawa Hadi kini  sahabat baik Najib.  Ini bukan omong kosong atau fitnah tohmah. Hanya yang bebal dan  yang baral sahaja yang tidak memahamai tidak tanduk Hadi ini

Tetapi, apa yang penting untuk saya ialah apa yang tersirat. Yang terpendam dan tersorok. Yang inilah yang wajib saya gali dan fahami.  Saya menimbulkan persoalan  - kenapa Hadi mahu menyelamatkan Najib. 

Kenapa? Kenapa Najib wajib diselamatkan. Apa yang wujud  dalam kepala  Hadi. Apa dalam fikrah Hadi sehinggakan dia mahu menyelamatkan Najib.

Untuk saya merungkai apa yang tersirat - apa yang terpendam - lebih penting dari menghayati kenyataan tersurat Lim Kit Siang. Kenyatan Kit Siang saya anggap hanya kulitan. Satu kenyataan politikus yang selalu kita dengar.  Kenyataan sategah jalan  tidak menyeluruh kerana tidak menerangkan secara tuntas kenapa pekara ini berlaku.

Justeru, masanya telah sampai untuk kita semua menuntut satu analisa yang tepat dan tuntas kenapa  pekara ini berlaku. Kenapa fenomena ini  terjadi. Kenapa Hadi menyokong Najib.

Menyokong Najib bermakna  Hadi  telah meninggalkan perjuangan amal makrof nahi mungkar yang menjadi tali ikatan  perjuangan Parti Islam Pas.  Menegakkan keadilan dan membasmi kemungkaran adalah rukun,  pedoman dan kepercayaaan agama yang dianuti oleh Hadi. Kenapa ditinggalkan? 

Pada hemat saya Hadi menjadi Hadi kerana psikik Melayu. Hadi kembali kepada garis Melayu. Jiwa Hadi menjadi Melayu bila berhadapan dengan  Yang Lain. Pandangan dunia  Hadi menjadi sensibiliti Melayu bila berhadapan dengan  Lim Kit Siang. Hakikatnya Hadi tidak memiliki keyakinan dengan Bani China yang diwakili oleh Lim Kit Siang.

Ada kesangsikan dalam fikrah Hadi terhadap Bani China. Ini psikik Melayu. Bani Melayu selama ini sangsi dan was was terhadap pendatang dari luar ini.

Inilah roh  dan perasaan yang dimiliki oleh Hadi. Inilah yang saya namakan sebagai psikik Melayu. Lalu persoalan timbul dari mana psikik Melayu ini muncul?

Psikik Melayu sedia wujud. Psikik Melayu ini ada terpendam. Setiap bangsa , setiapa bani memiliki psikik masing-masing. Ini bukan hanya unik kepada Bani Melayu. Psikik inilah yang menjadi sebahagian dari hukum sosial yang mewujudkan  Bani Melayu.

Apakah selama ini psikik Melayu tidak wujud. Salah. Psikik dan roh Melayu ini sentiasa wujud. Ianya  sentiasa berada dalam sanubari sosok yang dipanggil  Melayu.

Psikik Melayu terhadap Bani China dan Bani India ini wujud semenjak Yang Lain ini datang menetap di Tanah Melayu.

Dari pensejarahan kita saksikan bagaimana penjajah yang memiliki kekuatan senjata telah memendekkan tamadun Melayu. Apabila Portugis dan Belanda datang dan mengambil alih Kota Melaka maka tamadun Melayu dibantutkan. Apabila Inggeris membawa masuk Bani China dan Bani India ke Tanah Melayu - tamadun Melayu yang telah bantut itu terus dimandulkan. 

Kesampain Yang Lain - yang membawa bahasa, budaya dan agama yang asing kini telah mengkacau bilaukan tamadun Melayu. Hakikatnya kekuatan senjata Inggeris ini tidak memadam psikik Melayu. Psikik Melayu  direndam, mengenap, landai dan damai. Tapi yakinlah psikik Melayu  terus melihat  Yang Lain ini dengan penuh kesangsian.

Pada 1 April 1946 - sekali lagi secara terancang  Inggeris telah memecah belahkan Tanah Melayu. Kali ini dengan projek Malayan Union. Melaka , Pulau Pinang dan Singapura  telah lama diuruskan melalui Straight Settlement. Kini dengan Malayan  Union Singapura akan dipisahkan.

Projek ini telah digagalkan oleh gerakan  psikik Melayu yang merasa curiga bukan hanya kepada Inggeris malah kepada pendatang baru. Pada ketika ini muncul United Malays National Organisation. Gerakan ini bukan satu parti politik saperti yang wujud dan diguna pakai hari ini. Gerakan ini adalah kumpulan para nasionalis Melayu yang sama berjuangan untuk menentang Malayan Union.  Justeru slogannya Hidup Melayu.

Jelas gerakan ini tidak mahu menerima kemasukan  Bani China dan Bani India  ke dalam polity Tanah Melayu. Hakikatnya psikik Melayu  telah wujud apabila berhadapan dengan The Other/Yang Lain disusun dan mula bersuara. 

Jika kita membuka kitab sejarah kita akan bertemu  pula dengan satu lagi babak sejarah -  Perlembagaan Rakyat 1947 . Ini adalah satu dokumen sejarah yang  amat penting. Perlembagaan Rakyat ini adalah bukti bahawa persoalan nasional yang saya timbukan hari ini telah juga ditimbulkan pada tahun-tahun 40’an. 

Perlembagaan Rakyat ini adalah jawapan garis kiri terhadap persoalan nasional.

Telah terbukti bahawa generasi terawal, mereka yang berjuang menentang Inggeris, para nasionalis Melayu telah membincangkan persolana Bani China dan Bani  India. Tentang kemasukan Yang Lain ini ke dalam Tanah Melayu. Persoalan ini wujud dan  persoalan inilah yang membina  psikik Melayu.

Perlembagaan Rakyat 1947 adalah  satu percubaan untuk melahirkan negara bangsa. Satu percubaan untuk meredakan psikik Melayu yang tidak mahu menerima Yang Lain sebagai warga negara Tanah Melayu.

Perlembagaan  Rakyat 1947 yang didraf oleh Pusat Tenaga Rakyat - PUTERA  dengan All Malaya Council of Joint Action - AMCJA telah mentakrifkan sesiapa sahaja boleh dianggap Malayan atau Melayu. Fasal ini jelas menunjukan bahawa psisik Melayu memainkan peranan yang penting. 

Apakah cadangan Perlembagaan raklyat 1947 ini akan memadamkan atau meredakan kesangsian psikik Melayu? Apakah psikik Melayu dapat diyakinkan untuk menerima Bani China dan Bani India melalui Perlembagaan Rakyat 1947.

Sayangnya gerakan Perlembagaan Rakyat 1947 PUTERA-AMCJA - digagalkan apabila Inggeris melancarkan Darurat pada 20 Jun 1948.  Ramai pemaian utama dalam PUTERA- AMCJA ditangkap, dipenjara atau ada yang sempat lari ke hutan untuk mengangkat senjata melawan Inggeris.

Apabila masuk zaman Darurat Inggeris  mula  merancang  dan mencari jalan terbaik untuk undur. Tetapi dalam masa yang sama masih lagi menjadi ‘Tuan’ kepada Tanah Melayu. Penentangan Malayan Union menyedarkan Inggeris bahawa psikik Melayu ini jika tidak dikawal, tidak diatur dan tidak disabotaj akan menghancurkan kepentingan enonomi British di Tanah Melayu.

Dalam senyap senyap Inggeris meancang. Apakah rancangan itu? Tunggu minggu hadapan. (tt)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45






----------------

INI MUKA JIBUBI







NIK ABODOH

BUAT LAWAK

BODOH NAMA

ALIH JADI

NIK JIBUBI


Selepas kalah teruk, Nik Abduh kata sekadar 'suka-suka'

Selepas kalah teruk pada pemilihan pimpinan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa,  Tuan Haji Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan beliau bertanding hanya 'sekadar suka-suka'.
Pengkalan Chepa pernah diterajui oleh allahyarham bapanya yang juga adalah mursyidul am PAS  Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Anak bekas menteri besar Kelantan itu hanya mengumpul 37 undi berbanding Anggota Parlimen Pengkalan Chepa,  Tuan Haji Izani Husin yang memperoleh 207 undi bagi mempertahnakna jawatannya sebagai timbalan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa

SAH INI MUKA

KAKI JIBUBI

KAH KAH KAH


----------------

NIK ABODOH KALAH MENONGGENG







WOIT ABODOH

HANG NAK JADI

JAGUH 

KAMPONG

PUN KALAH



Nik Abduh bantah keras RUU halang tukar agama anak
Ketua Pemuda PAS itu mahu umat Islam menolak pindaan yang akan hanya membenarkan anak bawah umur menukar agama dengan... 


BERI TAHU

NIK ABODOH

DAH KALAH

MENONGGENG

DI P. CHEPAN

TAK PAYAH

BISINGLAH

TAK ADA SAPA

SOKONG




---------------