NASI PANGGUNG
Ahad 30 April 2017
Nasib baik.
Minggu ini betul-betul nasib baik . Walaupun awan mendung gelap berarak ke langit-langit #JalanPanggong, tapi hujan turun hanya selepas edaran makanan .Hujan petang dah jadi rutin di Kuala Lumpur. Tak kira hari kerja atau hari minggu. Orang kata, 'angin barat'.
Minggu ini Cik Mek Cikgu Awanis jadi tukang masak. Menu istimewa beliau ialah Mee Sup. Tapi budak-budak dekat Markas #DJKL kata ini Mee Rebus. Tak kisah lah. Air minuman macam biasa: sirap kenduri. Pulus: ada tembikai sebagai pencucui mulut.
Terima kasih pada kawan-kawan mahasiswa-mahasiswi dari Universiti Islam Malaysia. Dari Fakulti Undang-undang, Fakulti Bahasa dan Fakulti Sains Kemanusiaan. Pandai 'berbahasa', tahu undang-undang dan ada perikemanusiaan. Baru betul. Tak belajar saja, tapi buat apa yang dipelajari.
Terima kasih juga pada keluarga Lee dari Cheras dan Puchong yang turut menyumbang goodie bag yang didalamnya ada macam-macam barangan keperluan harian
Terima kasih kepada kawan-kawan sukarelawan yang datang membantu. Baik yang datang berkumpulan, baik yang datang bersendirian
.
Kalau ada sesiapa yang nak menyumbang tenaga bolehlah hubungi kawan-kawan kami di bawah ini.
Quratul - 019-273-40-90
Aisha - 019-316-40-65
SASARAN
60,000 RM
UNTUK MEMBELI
VAN PIAGGIO
TANGAN KEDUA
KAMI HARAP
AKAN MENCAPAI
SASARAN
SEBELUM RAYA
KUTIPAN DAH
LINTAS
23 ++ RIBU
TAPI MASIH
BELUM SAMPAI SASARAN
BERITA MALAM INI
DAPUR JALANAN
TENGOK TENGOK
AKAUN
HA HA HA
ADA DUIT MASUK
300 RINGGIT
PEMBACA
BUDIMAN
DAPUR JALANAN
MASIH
MEMERLUKAN
BANTUAN
UNTUK MEMBELI
SEBUAH VAN
TANGAN KEDUA
SILA ULUR
BANTUAN KE
AKAUN CIMB SPKL
800 172 7849
KUTIPAN
HARI INI
NAIK
JUMLAH
RM24,500
TERIMA
KASEH
---------------