Isnin, 10 Julai 2017

NASI PANGGUNG PETANG AHAD KELMARIN







NASI PANGGUNG

dapur jalanan mula kembali
satelah  tutup selama
satu bulan

ahad petang kelmarin
satu tim pelajar 
dari
 INTEC SHAH ALAM
telah datang membuat amal
mereka pakai baju merah
tak ada sangkut paut
dengan ikan tongkol





TOLONG BASUH




KENAANGAN

UNTUK 

ANAK CUCU



TAMU KHAS



TERIMA KASEH

SEMUA




-------------------

NAJIB JADI KEBAL






NAJIB SAMBUNG

KHIDMAT TOK AJI

UNTUK JADI

KEBAL

KENYATAAN MEDIA

Pengumuman penyambungan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tuan Haji Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tuan Haji Zulkefli Makinudin untuk tempoh 3 tahun dan 2 tahun telah disambut cukup negatif oleh umum kerana melibatkan persoalan pelanggaran perlembagaan.

Malah beberapa mantan hakim Mahkamah Persekutuan dan Majlis Peguam telah menyatakan penafsiran mereka bahawa penyambungan tersebut adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini amat kritikal kerana melibatkan hak rakyat untuk menikmati institusi kehakiman yang bebas.

Saya telah difahamkan bahawa peguam Tuan Haji Shafee Abdullah terlibat di dalam menyediakan pandangan perundangan serta asas untuk memutuskan perkara berkenaan penyambungan perkhidmatan TH Raus dan TH Zulkefli. 

Oleh itu, Najib perlu pada kadar segera mengesahkan sama ada perkara ini adalah benar atau tidak. Sekiranya benar, maka perkara tersebut perlu dimaklum kepada umum secara telus.

Anwar Ibrahim

10 Julai 2017






-----------------

MAKIN KACAU




SEMAKIN LAMA

ROSMAH NAJIB

BERKUASA

SEMAKIN SAKIT

NEGARA INI








Pemimpin Amanah Hanipa Maidin berkata lanjutan itu atas nasihat Raus sendiri dan tindakan itu salah.







Presiden Majlis Peguam George Varughese menimbulkan persoalan sama ada Malaysia khususnya sistem kehakiman mampu berhadapan dengan 1 lagi kesan... More ››


NAJIB LANTIK

KERANA NAK

PASTIKAN

KRONI AKAN

SELAMATKAN

DIRIN DARI

 DITANGKAP

DIBICARAKAN



------------------

SEMUA SANDIWARA







SIAPA SEBENARNYA 
TIDAK BERUPAYA 
LAWAN ANCAMAN PENGGANAS?

Menteri Pertahanan semalam dengan penuh nada sinis menyatakan jika Pakatan Harapan memerintah kelak, kami tidak mempunyai keupayaan untuk menghalang pengaruh ISIS dan aktiviti keganasan.

Saya hari ini tampil mempersoalkan kemampuan sebenar kerajaan BN/UMNO, khususnya dalam membanteras pengaruh ISIS di negara ini.

Secara perundangan, akta yang digunakan untuk memerangi aktiviti keganasan, termasuk ancaman penganas komunis sebelum ini Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma), kononnya sebagai reformasi perundangan yang diperkenalkan Najib Razak. 

Bagaimanapun, seperti ISA, SOSMA tetap disalah guna untuk menekan kebebasan politik di negara ini, bukan untuk memerangi keganasan.

Sejak diperkenalkan lima tahun lalu, seramai 979 telah ditahan di bawah SOSMA. Daripada jumlah itu hanya 177 sahaja yang ditahan di negara ini kerana kaitannya dengan ISIS. Saya percaya jumlah itu adalah sebahagian daripada 43 warga asing ditahan kerana kaitan mereka dengan ISIS seperti mana yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Hakikat ini bermakna hampir 800 orang yang ditahan tidak ada kaitan dengan ISIS! Mereka ada pengiat dan aktivis demokrasi yang berjuang memerangi salah laku kerajaan dan rasuah. Maka terbukti gerak kerja kerajaan UMNO/BN lebih tertumpu untuk melumpuhkan demokrasi di negara ini dan bukannya dengan sepenuh hati memerangi keganasan.

Harus diingat, Hishammuddin mungkin boleh berbangga dengan menyatakan Putrajaya mampu melawan ancaman ISIS dengan berkesan dan menuduh kami di Pakatan Harapan tidak akan mampu dan tidak berpengalaman membasmi ancaman ISIS di negara ini, namun fakta sebenarnya ialah Malaysia merekodkan lebih enam kali ganda kadar orang Islam yang menyertai ISIS berbanding Indonesia! 

Saya sekali lagi menantikan detik dan ketikanya Hishammuddin menjemput kami di barisan pembangkang untuk menyertai Jawatankuasa Pilihan Pertahanan dan Keselamatan, yang telah saya cadangkan sendiri kepada Hishammuddin selaku Menteri Pertahanan - permohonan yang belum berjawab oleh individu yang mendabik dada mengakui amat mengutamakan keselamatan negara.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen, Lembah Pantai
Naib Presiden  Parti KEADILAN Rakyat






-----------------

LAGI KESAH USTAZ KENTOT







SAPO KONTOT

Tringat pula zaman awal 1970an. Pada zaman itu kereta atau sering di sebut motorkar tiada ber aircond. Tingkap di turunkan dan kadang kala kereta mewah sikit ada kipas kechik.

Kereta sewa long distance mula memasang aircond dan kadar tambang pun boleh charge lebeh sikit. Mat Roni (Abdul Ghani)  seorang drebar teksi yang melakukan trip Kota Bharu- Jerteh. Dia adalah yang terawal memasang aircond dalam teksinya. Sejak pasang aircond tak payah tunggu lama di stesen kereta sewa.Sekejap jer dapat empat passenger.Keretanya jadi pilehan.

Pada suatu hari Mat Roni dengan empat passenger telah berlepas dari Kota Bharu menuju ke Jerteh lebeh kurang 40 batu jaraknya.Semua dalam kereta kagum dengan hawa dingin dan ada yang bertanya Mat Roni samada pakai aircond ni makan minyak.

Nak jadikan cherita beberapa batu saja lagi dari Jerteh..sekitat Bukit Yong...salah seorang passenger telah Kentut  diam.Busoknya ...Astagh..mungkin akibatul budu dan petai jerok.

Masing masing buat dok saja...siapa nak mengaku.Tingkap chermin terpaksa diturunkan kerana bau yang amat busok..Mat Roni amat marah tapi dia tak tahu siapa..Namun dia mengaturkan ranchangannya...

Sesampainya di stesen kereta sewa Jerteh masing2 membayar seringgit lapan puloh sen.Sebaik saja ke empat2 berpaling beredar...Mat Roni menghertak:

"" Hok  keertot takdi tak bayar lagi weh!!!""[Yang kentot tadi tu belum bayar]

...lantas seorang dari empat tu berpaling dan berkata; "" Sapo royat gak.Ambor bayar doh!!!!' KANTOI KANTOI

SESUNGGOHNYA KENTOT LAH 
KAMU SEBELUM 
KAMU DI KENTOTKAN






------------------------

IRAQ BERJAYA MENUMPAS ISIS







SYABAS

SALUT KAMARAD

Iraq announces 'victory' over Islamic State in Mosul

Iraq’s prime minister, Haider al-Abadi, has declared victory over Islamic Stateforces in Mosul after nearly nine months of bitter fighting to displace the extremist group from the city where it proclaimed its “caliphate”.
Abadi, dressed in black military uniform, travelled to Mosul on Sunday to formally reclaim the devastated city, now a shadow of the thriving hub seized by extremists in 2014.

WARGA DUNIA

MENGALUKAN

KEJAYAAN IRAQ



---------------

MAT BRO BODEK NAJIB







Najib adalah negarawan sebenar

Khairul Azwan Harun




MANA ILANG

KETUA 

PEMUDA

KHAIRY

KENAPA 

BIARKAN

MAT BRO INI

BERCAKAP

ADAKAH 

KHAIRY

SETUJU 

DENGAN

APA MAT BRO

CAKAP?




-----------------

MANA KHAIRY JAMALUDDIN








KENAPA

MALAON INI

BERSUARA

MANA KETUA

PEMUDA

MALAON INI

TAK SEKOLAH

TAK GI OXFART

Najib adalah negarawan sebenar
Kritikan dan tohmahan dilemparkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib merupakan usaha untuk memanipulasi rakyat supaya membenci kerajaan sedia ada, kata Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.
Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja memalukan, malah ia sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang mantan perdana menteri yang dikenali sebagai antara tokoh negarawan terkemuka di Malaysia. 
HAM DU LIL

NAJIB JADI

NEGARAWAN

SELAMAT 

BETONG KALI

DAH JADI

PANGLIMA

NEGARA

SELAMAT

BOTAK CHINA

DAN JADI

WIRA NEGARA

SELAMAT

MONA FENDI

DAH JADI

SRIKANDI

 NEGARA






---------------

BERI SATU JUTA EKAR TANAH PADA CHINA




PARTI ISLAM

PAS ANTI 

PARTI DAP 

KERANA PARTI

CHINA

TAPI BERI

SATU JUTA

EKAR TANAH

PADA CHINA




Pemuda Amanah mahu MB Kelantan disiasat berkait jualan token cryptocurrency

Satu laporan polis dibuat oleh ketua pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan supaya hubungan kerajaan dengan syarikat yang mengutip wang dengan menjual token cryptocurrency disiasat.
 
"Saya dengan ini memohon dengan agar disiasat hubungan antara Climate Protectors Sdn. Bhd. dan Ecobit serta kerajaan Kelantan kerana mengikut carian rasmi yang saya buat pemilik Ecobit adalah individu yang sama dengan salah seorang ahli lembaga pengarah Climate Protectors.
 
"Aktiviti keduanya secara jelas merujuk kepada kelulusan satu juta ekar yang berkenaan di dalam mempromosikan perniagaan cryptocurrency Ecobit yang tiada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM)," kata Hazmi dalam laporannya.
 
Menurutnya dalam perjanjian pada 9 Januari awal tahun ini, pihak kerajaan negeri menyerahkan kepada Climate Protectors sejuta ekar hutan simpan (HSK) bagi tujuan yang didakwa sebagai program Carbon Climate Change.



LANCHOWE

ANTI CHINA

PUKIMAK 

JENIS APA NI?





----------------

NAJIB LANGGAN BOMOH KEBAL





NAJIB LANGGAN  BOMOH KEBAL


KENYATAAN MEDIA

Salah guna kuasa dalam melanjutkan perkhidmatan Tuan Haji Raus dan Tuan Haji Zulkefli

Perlanjutan perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tuan Haji  Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tuan Haji Zulkefli Ahmad Makinudin selama tiga dan dua tahun dari tempoh tamat perkhidmatan mereka, iaitu 4 Ogos dan 28 September 2017, teramat berkontroversi.
Pada awal Mei tahun ini, Majlis Peguam yang cukup fasih dalam perihal perundangan telah menyatakan dengan jelas bahawa perlantikan sebegini melanggar perlembagaan dan tidak sah.

Majlis Peguam menjelaskan yang peruntukan Perlembagaan jelas bahawa jawatan "hakim tambahan" di bawah Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan berbeza dari jawatan tertinggi di dalam bidang kehakiman, iaitu Ketua Hakim Negara. Hakim-hakim tambahan boleh dilantik Yang Di-Pertuan Agong di atas nasihat Ketua Hakim Negara yang masih berkhidmat, selain daripada jawatan-jawatan yang termaktub di dalam Perkara 122(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, dua Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak serta 11 Hakim Mahkamah Persekutuan.

Maka pengumuman Pejabat Perdana Menteri bahawa perlantikan terbaharu ini dibuat atas nasihat Ketua Hakim Negara yang baru bersara April lalu perlu dipersoal. Amatlah jelas bahawa nasihat (jika benar ia diberikan) tidak terpakai setelah Ketua Hakim Negara yang dahulu tamat perkhidmatan.

Seorang bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad telah mengesahkan pandangan Majlis Peguam dan memberi amaran bahawa melanjutkan perkhidmatan seorang Ketua Hakim Negara yang bakal tamat tempoh perkhidmatannya dengan menggunakan kuasa lantikan "hakim tambahan" bakal menjejaskan kebebasan badan kehakiman. Peguam tersohor dan bekas hakim  Seri Gopal Sri Ram dan ramai lagi pakar perundangan bersetuju dengan pandangan bekas Ketua Hakim Negara ini. Tindakan ini akan mewujudkan duluan (precedent) di mana hakim-hakim akan membuat keputusan untuk memuaskan cabang eksekutif demi mendapatkan habuan iaitu lanjutan tempoh perkhidmatan dengan cara yang meragukan ini.

Perlantikan semula Tuan Haji Raus dan Tuan Haji  Zulkefli sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan wajib, mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agong di atas nasihat Najib selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Umum tidak mengetahui sama ada Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan langkah perlantikan yang terlalu berkontroversi ini.

Saya akan membincangkan perkara ini secepat mungkin dengan pimpinan Pakatan Harapan untuk membuat rayuan kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar satu pendirian tetap boleh dibuat mengenai perkara ini sambil menjunjung kedaulatan undang-undang. Saya juga akan memasukkan usul di dalam sidang Parlimen akan datang untuk membatalkan perlantikan-perlantikan ini. Najib perlu dihalang dari terus merosakkan kebebasan badan kehakiman negara ini.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

8 Julai 2017






---------------

MAKIN SASAU







NEGARA 

HANCUR

LINKUP

LUNKUP BILA

KETUA HAKIM

TIDAK DIYAKINI



Amanah cabar lanjutan 

perkhidmatan Raus 

sebagai ketua 

hakimhakim

AMANAH akan memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan untuk mengekalkan Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara selama tiga tahun lagi.
Timbalan Presiden Salahuddin Ayub berkata, parti itu berusaha untuk "memulihkan integriti" Perlembagaan Persekutuan, menggambarkan pelantikan Raus sebagai "tidak pernah berlaku, tidak berperlembagaan dan mengheret Malaysia ke dalam krisis Perlembagaan baru."
"Najib  jelas tidak mengendahkan Perlembagaan Persekutuan," kata Salahuddin dalam satu kenyataan hari ini.
Raus Sharif akan kekal sebagai Ketua Hakim Negara selama tiga tahun lagi mulai 4 Ogos selepas pelantikannya sebagai hakim tambahan di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat.
BILA NAJIB 
MAKIN  SASAU
MALAYSIA 
MAKIN KACAU


-----------------

YA AMPOON YANG MAULANA





SOKONG

YA AMPOOON

YA MAULANA


TMJ doa negara stabil

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap Malaysia kembali pulih daripada menjadi sebuah negara yang membudayakan rasuah.  
Menurutnya, negara ini menjadi tempat orang kaya semakin kaya, manakala orang miskin semakin miskin.

Katanya, beliau kini juga berada di negara yang mana media melindungi rasuah dan menjadikan orang tidak bersalah sebagai mangsa menjual cerita.

“Rakyat tidak lagi menilai dengan fakta tetapi menghakimi berdasarkan persepsi tentang apa seseorang memakai atau katakan.

HENDAKNYA

HENDAKNYA



------------------