Rabu, 26 Julai 2017

PENJUAL AGAMA BEREBUT KAWASAN





PENJUAL 

AGAMA

BEREBUT

KAWASAN








TOK ARAB TERUS TIPU MELAYU







TAK ABIS

LAGI KES

ARAB TIPU

MELAYU





PROJEK PRASARANA DI ARAB SAUDI KERUGIAN RATUSAN JUTA RINGGIT, BAGAIMANA MAHU MENANGGUNG BEBAN KEWANGAN MRT?


Sementara media propaganda Najib  secara berterusan menjulang MRT1 (Sungai Buloh - Kajang) sebagai lambang kejayaan beliau, sehingga kini pentadbiran beliau masih belum menerangkan bagaimanakah kerajaan akan membayar kos membina MRT, apatah lagi kos operasi tahunan.

MRT akan diserahkan kepada Prasarana Malaysia Berhad sebagai pemilik dan pengendali pengangkutan awam negara.

Oleh itu, Prasarana Malaysia Berhad bukan sahaja akan mewarisi hutang membina MRT yang dijangka mencecah RM120 bilion apabila ketiga-tiga jajarannya siap, syarikat milik penuh kerajaan ini juga terpaksa menampung kos operasi tahunan.

Saya akan mengupas kemampuan kewangan Prasarana Malaysia Berhad untuk mengendalikan sistem MRT dalam sidang media yang akan datang.

Pada hari ini, saya ingin memfokuskan kepada kedudukan kewangan Prasarana Malaysia Berhad yang sedia ada sebelum pun ia mewarisi hutang dan kos operasi MRT.

Sebagai sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Persekutuan, Prasarana Malaysia Berhad tidak mengeluarkan laporan kewangan diaudit yang dikongsi dengan orang ramai. Oleh itu, kedudukan kewangan Prasarana Malaysia Berhad hanya boleh dianggarkan berdasarkan laporan penarafan bon-bon hutangnya dan maklumat yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Berdasarkan laporan penarafan yang dikeluarkan Ratings Agency Malaysia Berhad (RAM) dan SSM, kedudukan kewangan Prasarana Berhad setakat akhir tahun 2015 boleh dirumuskan seperti berikut:

       i.         Bagi tahun 2014 dan 2015, kos operasinya melebihi kutipan tiket dan hasil yang lain iaitu kos lebih tinggi dari hasil sebanyak 30% (2015) dan 13% (2014). Ini bermakna, operasi Prasarana sedia ada memang mengalami kerugian setiap tahun

     ii.         Bayaran faedah atas hutang mencecah sehingga RM551 juta bagi tahun 2015 dan dijangka terus meningkat

    iii.         Jumlah hutang sedia ada Prasarana Malaysia Berhad telah mencecah RM18 bilion bagi tahun 2015. Ini dijangka terus meningkat dalam tahun 2016 kerana Prasarana Malaysia Berhad terus menerbitkan hutang untuk menampung kosnya. Dalam tahun 2013 hingga 2016, pertambahan hutang dianggarkan mencecah RM10 bilion

    iv.         Kerajaan terpaksa menyuntik dana rakyat dari semasa ke semasa, sama ada melalui suntikan dana baru RM2.2 bilion (2013) atau memaafkan hutang sedia ada sebanyak RM475 juta (2015)
  
Sejak tahun 2014, Prasarana Berhad juga terlibat dengan projek keretapi metro di Arab Saudi iaitu bagi projek Al Mashaer Al Mugaddasah Metro Southern Line (MMMSL) dan Maakh Shadow Operator, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Saya telah mendapat maklumat sulit dari pemberi maklumat mengenai kedudukan kewangan projek Prasarana Malaysia Berhad di Arab Saudi ini yang menunjukkan kerugian besar yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Saya sertakan satu paparan skrin laporan kewangan projek-projek Prasarana Malaysia Berhad di Arab Saudi, yang dimaklumkan kepada saya adalah laporan pengurusan (management account) dalaman yang dibentangkan di peringkat pengurusan Prasarana Malaysia Berhad.

Ia boleh dirumuskan seperti berikut (semua angka dalam RM juta dan dibundarkan, dalam [ ] dalam SAR, kadar tukaran 2015/16=1.15, 2016/17=1.09, 2017/18=1.18):


Tahun 1
(6/2015 – 5/2016)
Tahun 2
(6/2016 – 5/2017)
Tahun 3
(6/2017 – 5/2018)
Jumlah
Perolehan dari yuran sebagai perunding
251 [218]
279 [256]
301 [255]
831 [729]
Kos yang dibelanjakan
325 [283]
305 [280]
343 [291]
973 [854]
Kerugian
 (74) [(65)]
(26) [(24)]
(42) [(36)]
(142) [(125)]

  
Untuk memastikan maklumat itu benar dan tepat, saya juga telah bertanya satu soalan bertulis kepada Perdana Menteri mengenai jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Prasarana Berhad bagi projek di Arab Saudi ini berbanding perolehan.

Saya sertakan salinan jawapan Perdana Menteri mengenai perkara ini yang mengesahkan perkara-perkara berikut:

       i.         Jawapan Perdana Menteri bahawa perolehan setakat 30 Jun 2017 adalah RM580 juta padan dengan laporan kewangan pengurusan yang bocor itu. Perolehan dua tahun pertama dari Jun 2015 hingga Mei 2017 adalah RM530 juta. Jika perolehan bagi bulan Jun 2017 adalah RM50 juta, itu mengesahkan bahawa jawapan Perdana Menteri itu tidak lari jauh dari laporan kewangan pengurusan yang dibocorkan

     ii.         Semakan yang sama ke atas jumlah kos yang dibelanjakan juga menunjukkan ada padanan di antara angka yang dilaporkan di dalam laporan yang bocor itu serta jawapan Perdana Menteri. Sejumlah RM630 juta telah dibelanjakan setakat dua tahun pertama sehingga Mei 2017 dan RM49 juta untuk bulan Jun 2017, seperti angka yang dilaporkan Perdana Menteri


Maka, saya boleh simpulkan unjuran pengurusan Prasarana Malaysia Berhad sendiri bahawa projek di Arab Saudi ini akan menyebabkan kerugian sehingga RM142 juta menjelang tahun 2018 adalah benar dan tepat. Ia disahkan melalui angka-angka yang dijawab oleh Perdana Menteri.

Oleh itu, rakyat wajar bertanya soalan-soalan ini:

       i.         Dalam keadaan Prasarana Malaysia Berhad sudah pun mengalami kerugian saban tahun apabila kos operasinya melebihi kutipan tiket, kenapa ia dibebankan dengan projek keretapi metro di Arab Saudi ini?

     ii.         Pada kedudukan kewangan Prasarana Malaysia Berhad sekarang, ditambah pula dengan kerugian sebanyak RM142 juta ini yang dijangka dari projeknya di Arab Saudi, adalah jelas bahawa ia tidak berkemampuan untuk menanggung hutang membina dan mengendalikan MRT 

Saya juga ingin mengingatkan Najib bahawa pendedahan terkini mengenai kerugian Prasarana Malaysia Berhad di Arab Saudi ini sebenarnya memberi gambaran sebenar hubungan Najib dan kerajaan Arab Saudi sejak tercetusnya skandal 1MDB.

Sementara Najib menjual nama kerajaan Arab Saudi kononnya keluarga diraja Arab Saudi mendermakan RM2.6 bilion kepada beliau, rakyat boleh melihat dengan jelas: yang menderma adalah rakyat Malaysia kepada Arab Saudi, bukannya Arab Saudi kepada Najib.

Ini adalah salah satu contoh terbaik bagaimana rakyat Malaysia telah mendermakan sehingga RM142 juta kepada kerajaan Arab Saudi.

Paling teruk, saya dimaklumkan oleh pekerja-pekerja Malaysia di sana bahawa rakyat Malaysia tidak pun boleh menaiki keretapi metro ini kerana dikhususkan kepada kerakyatan tertentu sahaja!


RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN


TOK ARAB

PUTAR ALAM






-----------------

MAHATHIR TAHU NAJIB NAK DITANGKAP







JENG JENG

SUDAH BOCOR

MADEY TAHU

NAJIB NAK

DITANGKAP

Apandi berbohong dan melindungi Najib, kata Dr Mahathir

DR Mahathir hari ini menuduh Peguam Negara Mohamed Apandi Ali berbohong kerana menyimpan laporan 1MDB yang dibuat bekas peguam negara Abdul Gani Patail.

Di dalam blognya chedet.cc hari ini, Dr Mahathir berkata Apandi harus meletakkan jawatannya kerana meletakkan laporan 1MDB itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Saya tahu isi kandungan laporan Bank Negara, SPRM dan Gani Patail yang dihantar kepada Apandi.

"Saya tahu apa yang dilaporkan Bank Negara kerana Gani menunjukkannya kepada Muhyiddin Yassin semasa masih menjadi timbalan perdana menteri.
Kata Dr Mahathir lagi, Apandi masih lagi memegang jawatannya itu kerana dilindungi Najib dan begitu juga sebaliknya.

"Saya tidak akan mencabar Apandi bersumpah jika saya tidak tahu kandungan laporan. Saya tahu Apandi berbohong, sebab itu dia letak laporan itu di bawah OSA. Kami tahu dan Tuhan lebih tahu. Bersumpahlah jika berani." 

Menurut Dr Mahathir, wang tidak boleh dipindahkan daripada satu pemilik kepada pemilik lain tanpa surat-menyurat. Apabila ia melibatkan wang berjumlah berbilion ringgit, tidak mungkin ia disimpan dalam bentuk tunai.

"Sudah tentu ia perlu disimpan di bank," katanya.

"Bank akan memasukkan segala butir berkenaan pemilik akaun, jumlah, mata wang, tarikh ,bahkan kedudukan kewangan dan punca kekayaan orang yang menderma, atau membayar, atau membeli.

"Tak mungkin wang tunai sebanyak itu akan digunakan. Semua transaksi menggunakan cek dan segala-galanya akan ditulis dalam cek berkenaan dan buku akaun bank," kata Dr Mahathir lagi.

Beliau berkata terdapat banyak dokumen yang diperlukan bagi mengesahkan berlakunya segala transaksi, termasuk yang dikeluar dan diterima oleh pihak bank, tetapi tidak diserahkan. Beliau turut menambah yang jejak aliran kertas itu diperlukan jika ingin siasatan dijalankan.

"Tetapi dalam kes US$681 million bersamaan RM2.6 billion yang ada dalam akaun Najib di Ambank, selain dari kononnya pengakuan oleh penderma Arab, tidak ada dokumen lain untuk bukti kesahihan pemindahan wang yang begitu banyak kepada Najib.

"Kita juga perlu diberitahu bagaimana duit ini diperolehi oleh Arab kaya ini.

"Tentulah ia memiliki jauh lebih banyak dari duit yang diberi. Cakap mulut Arab, Najib dan peguam negara tidak cukup untuk menyakini mahkamah atau orang ramai berkenaan punca AS$681 million yang masuk dalam akaun Najib. Juga bahagian yang kononnya dikeluar."

Dr Mahathir berkata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memberikan penjelasan menyeluruh tentang aliran dana daripada 1MDB kepada syarikat dan bank di Kepulauan Cayman, British Virgin Islands, Singapura dan akhirnya Najib. Dana itu kemudian dipindahkan, melalui beberapa bank dan syarikat, kepada Jho Low.

"Jika DoJ membohong, samanlah jabatan ini. Tetapi Apandi atau Najib tidak saman walaupun tuduhan itu kena pada batang hidung mereka."

Beliau berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB, mempersoalkan mengapa jenayah semasa boleh disembunyikan apabila isu 30 tahun, merujuk kepada skandal forex Bank Negara, diperiksa semula.

Beliau berkata, kebimbangan untuk menubuhkan RCI hanya membuktikan terdapatnya perbuatan salah laku. – 26 Julai, 2017.

KAH KAH KAH

PATUTLAH 

MAHATHIR

COOL RELAX

DIA DAH BACA

DOKUMEN ITU

KAH KAH KAH

GUA DAH 

BILANG LU

TAK CAYA

MAHATHIR 

AKAN BOCOR

SEMUA 

LUBANG

KAH KAH KAH


----------------

SUDAH ADA GANTI KHAIRY




KHAIRY

mesti la kj takut..dia makin dilihat sebagai pengecut..yg layak gantii kj ialah jamal baju merah..jamal umno sabak ni berhati berani, berhati waja..walaupun jamal tak sehebat kj yg made in oversea, namun jamal tetap ada hati berani..bukan mcm anak rembau tu..kalo jamal jadi ketua pemuda, semua pemuda umno akan berhati waja..ops silap..

PENAKUT

waja tu brand proton legasi madey..berhati weely..pukul sana pukul sini tp kebodohan akan makan diri..mungkin ali tinju akan frust menoonggeng..atau sepatutnya lai tinju jd ke tua pemuda ..kalo susah2 sgt suruh nik abdoh je ganti tempat kj..abis cite..ada ust porno tontowi, ada ust audi q7.. 
on BERITA BAIK - MUSUH TERUS MENYERANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/26/1






-----------------

PARTI ISLAM PENASEHAT NAJIB








JANGAN

LUPA PARTI

ISLAM PAS

DAH JADI

PENASEHAT

NAJIB


Kenyataan Naib Presiden Pas 'bunuh' Pas

KUALA LUMPUR - Kenyataan Naib Presiden Pas,  Tuan Haji Mohd Amar Nik Abdullah berhubung isu meletakkan calon bertanding di Permatang Pauh hanya membunuh parti itu sendiri.

Bekas Ketua Penerangan Pas,  Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu menunjukkan Pas seolah-olah mahu bertanding di semua kerusi pembangkang.

“Ini kenyataan angkuh daripada Pas yang membina persepsi pengundi. Mereka mengaku sebagai pembangkang, tetapi mereka enggan berunding dengan rakan pembangkang lain, tak boleh bertolak ansur dan mahu membolot semua kerusi.

“Akhirnya pengundi jemu dengan Pas dan putus asa sokong parti tersebut kerana menunjukkan kecenderungan kepada Umno. Saya yakin ahli Pas, bukan sahaja pengundinya, sebahagian besar beralih arah,” katanya.

BILA DEDAK

SUDAH MARI

ITIK AYAM

MENARI NARI

KAH KAH KAH



-----------------

BERITA GUMBIRA KEPADA PEMINAT AIR ANGGUR











CISS 

SELAMA

INI RAMAI

KENA TIPU

TOK LEBAI

KAH KAH KAH


Drinking Liquor Without Getting Drunk Not Sinful: Islamic Scholar


In a sharp contradiction to what is common among Muslims, 
Khaled Al Gendy, 
a famous Islamic cleric and 
a member of the Supreme Council 
for Islamic Affairs, stated 
that drinking liquor without getting drunk is not sinful.

“If the same alcoholic drink was consumed
by one person without getting drunk, 
it is not haram, while being 
consumed by another person 
to drunkenness makes it haram 
[for this person],” 
the sheikh said, highlighting 
the difference between drinking 
liquor and getting drunk.

During a talk show on DMC TV channel, 
Al Gedy said that getting drunk is haram,
sinful and forbidden in Islam,
 and all Islamic sharia laws 
related to the punishment 
apply to getting drunk as
 a consequence of drinking alcoholic beverages.

A drunken person is defined as 
one who cannot tell the bottom 
of a valley from its top, Al Gendy added. 

According to Abo Hanifa, 
a renowned Islamic scholar for 
sharia lawmaking and often 
called the Great Imam, 
drinking alcohol without 
getting drunk is not sinful



NASIB BAIK

GWA DAH

LAMA TAHU

KAH KAH KAH

KENAPA MAPPADULUNG DIKEPONG




KENAPA MAPPADULUNG  
DIKEPONG

Tetiba  pada 16 Jun 2017 Deparment of Justice America - DOJ  - mengeluarkan kenyataan hendak merampas harta-harta yang dibeli oleh Jho Low dan Riza Aziz hasil dari duit rompakan  1MDB.

Kenyataan DOJ ini keluar ketika Najib bercadang hendak mengunakan pilihanraya kecil (PRK) Pujut untuk membuktikan Sarawak masih lagi ‘ peti duit bank simpanan selamat’ untuk Najib dan gerombolan Parti Ketuanan Melayu.
Najib bercadang  PRK Pujuk ini akan digunakan samaksimum mungkin untuk mempersoalkan kesetiaan DAP. Ini kerana wakil rakyat Pujut yang dibatalkan kerusinya ialah  ahli DAP. YB ini memiliki dua kerakyataan.

Tetiba pada  - pada  19 Jun 2017 - tiga hari sesudah kenyataan DOJ keluar - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  terpaksa membatalkan PRK  Pujut ini. 

Lalu timbul persoalan - kenapa DOJ buat kenyataan ini pada saat dan ketika ini? Ini  jelas mensabotaj rancangan PRK Najib.

Dalam kenyataan DOJ pada 16 Jun 2017 ada disebut rantai leher intan berlian yang dibeli oleh Jho Low dengan  menggunakan duit curi dar 1MDB. Rantai intan berlian ini dihadiahkan kepada Rosmah Mansor.  Untuk pertama kalinya nama Rosmah Mansor isteri kepada Najib ada disebut secara hitam puteh dalam kenyataan DOJ.

Hairan dan pelik - kenapa rantai intan berlian ini diselit oleh DOJ? Walhal rantai ini  tidak disenarai sebagai bahan rampasan. 

Maka difahami dunia media - rantai intan berlian milik Rosmah Mansor ini adalah aji-no-moto kepada semua media dunia agar kes 1MDB ini menjadi berita gempar.
Tetiba pada 13 Julai 2017 - kita terbaca berita seorang pegawai bank BSI di Singapura dipenjara selama 54 bulan.  Pegawai bank ini terlibat dalam kes ‘cakar makar’ pemindahan duit 1MDB dalam bank BSI yang beroperasi di Singapura.

Tetiba pada 18 Julai 2017 akhbar Hong Kong - South China Morning Post membuat laporan bahawa Rosmah Mansor adalah kuasa yang sebenarnya dibelakang Najib.

Ini berita lama yang satu dunia sudah mengetahui tentang peranan Rosmah Mansor. 

Kenapa sekarang berita ini dlapor?

Tetiba pada 19  Julai 2017 kes kapal selam Scorpene dibuka dalam mahkamah di Paris. Ini satelah enam tahun laporan rasuah Scorpene yang diajukan oleh SUARAM. 

Kes kapal selam  ini  berkait rapat dengan kes pembunuhan Altantuya yang berlaku pada tahun 2006. Altantuya ini ialah ‘penyedap’ Razak Baginda penasehat dan kawan rapat Najib. Juga dilaporkan sebelum menjadi ‘penyedap’ Razak Baginda model dari Mongolia ini telah menjadi ‘penyedap’ Najib sendiri.

Kenapa  kes ini dibuka di Paris sekarang?

Tetiba pada 20 Julai 2017 - Parlimen United Kingdom telah menerima agenda dari seorang ahli parlimen UK untuk membicangkan peranan Najib dalam 1MDB dan  dasar kerajaan Britain terhadap 1MDB.
Pelik yang melikkan. Kenapa satu persatu berita  yang bersangkutan dengan 1MDB muncul. Semua berita ini bersangkutan  dengan  Najib. Semua menjadi   ledakan berita diseluruh dunia.

Pelik yang menghairankan? Tetapi jika dianalisa dan dikaji tidak ada satu pun yang pelik. Tidak ada satu pun yang ganjil. Tidak ada satu pun yang berlaku secara tidak disengaja. Semua dirancang. Semua disusun.

Untuk saya - jelas dan amat terang - tak perlu bersuluh - bahawa dibelakang semua berita ini telah ada perancngan yang tersusun untuk memastikan Najib Razak dinyahkan dari kerusi Perdana Menteri Malaysia. 

Jelas dan terang ada kesepakatan antara negara-negara ini untuk bergerak sarentak , sairama dengan satu tujuan.

Semua bertujuan untuk mengepong a.k.a isteri… opps suami kepada Rosmah Mansor.. a.k.a Mappadulung Daseng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Razak 

Pada hemat saya amat-amat jelas dari dari tarikh dan saat berita-berita ini dicipta telah wujud satu konspirasi yang disusun rapi untuk memastikan Mappadulung akan ditendang keluar dari tampok kuasa.

Maka satu Malaysia akan bertanya - kenapa dan mengapa Mappadulung ini perlu dikepong  dahulu sabelum disingkir dari tampok kuasa?

Ini ditambah dengan soalan hakiki  - kenapa Mappadulung  perlu dijatuhkan? Kenapa  Mappadulung  perlu disingkir? Siapa yang mahu Mappadulung  dinyahkan dari Putrajaya?

Pertama saya ingin memberi penjelaskan bahawa kerajaan Amerika yang paling utama yang  mahu menerajang  Mappadulung. Amerika Syarikat tidak mahu lagi Najib  terus menjadi Perdana Menteri. 

Saya wajib memperjelaskan bahawa rancangan  DOJ Amerika untuk menendang keluar  Najib  tidak ada sangkut paut dengan demokrasi atau hak asasi manusia.

Rancangan Amerika ini bukan berakidah untuk membantu pengluasan demokrasi di Malaysia. Bukan. Tidak. Dan jangan salah tafsir. Rancangan  - Terajang Mappadulung - ini juga tidak ada sangkut paut dengan hak asasi rakyat Malaysia yang sering diinjak-injak oleh Mappadulung.

Wajib saya nyatakan disini - niat dan akidah Amerika adalah untuk kepentingan Amerika. Presiden Trump telah berkata - America First.  Semua untuk kepentingan Amerika. Amerika didahulukan.

Apakah kini Najib  tidak lagi bersama Amerika? 

Najib  masih bersama Amerika.  Tetapi Najib memerlukan dana yang banyak untuk membebaskan diri dari hutang piutang 1MDB. Dalam keadaan sesak nafas ini masuk China Merah.

Najib memerlukan duit. China Merah datang dengan duit. 

China Merah diberi hak oleh Najib untuk membuat pelabuhan laut dalam  di Melaka. Pelabuhan dalam ini berpotensi untuk menjadi pengkalan tentera laut. China Merah diberi hak untuk membuat landasan keretapi. China Merah dikatakan sedang mengintai kawasan di perairan Sabah untuk menjadi pelabuhan tentera laut China.

China Merah ialah musuh Amerika. Kawan kepada musuh adalah musuh kita. Justeru Amerika melihat Najib ini sebagai merbahaya. Dasar dasar Najib sedang dikemudikan untuk kepentingan ekonomi dan ketenteraan China Merah.

Amerika membaca kini Najib telah masuk ke dalam saku  China Merah. Perbuatan dan dasar Najib ini  bahaya untuk kepentingan  ekonomi dan ketenteraan  Amerika di rantau Asia. 

Justeru Mappadulung Najib wajib di terajang.

Bagaimana pula dengan  keterlibatan UK, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Peranchis?

Singapura, Switzerland  dan Hong Kong - kota peniagaan. Singapura dan Swiss berniaga mata wang. Ekonomi mereka bergantung pada keyakinan  kerajaan atau individu untuk membawa dan menyimpan duit dalam bank-bank di negara mereka.

Untuk mempersenangkan pemahaman  biar saya umpamakan pada hari ini ekonomi Switzerland , Hong Kong dan Singapura bergantung pada perniagaan  jual beli satay halal yang terbesar dan tertua dalam dunia.

Tiga  negara ini memiliki jaringan satay halal di seluruh dunia. Ibu pejabat satay halal dunia berpusat di Zurich. Tanpa satay halal ekonomi Switzerland dan Singapura dan Hong Kong akan runtuh.
Tetiba masuk seorang Lanun Bugis yang  mengakui bahawa Syarikat Bugis  International  boleh membekalkan daging lembu, kambing dan rusa untuk Singapura dan Swiss. 

Syarikat Lanun Bugis ini mula membawa masuk daging-daging rusa yang dijanjikan. Perniagaan menjadi rancak, lumayan dan amat menguntungkan.

Tetiba seorang pemilik MekDi penjual  burger telah membongkar rahsia  dan menuduh daging rusa dari Switzeland dan Singapura sabenarnay ialah daging babi. Berita babi ini dilapor diakhbar New York Times.  Dunia perniagaan halal menjadi gempar.

Selidik punya selidik didapati sah  bahawa Lanun Bugis pembekal daging rusa telah menipu. Daging rusa yang dibekalkan kepada Swiss , Hong Kong dan Singapura sabenarnya ialah daging babi. 

Untuk Switzerland dan Singapura - membawa Lanun Bugis ke mahkamah pengadilan amat-amat penting. Ini bertujuan untuk mengembalikan keyakinan pembeli  bahawa satay halal Swiss dan Singapura bukan satay babi. 

Mengembalikan keyakinan bahawa Switzerland dan Singapura adalah pusat bank dan wilayah menyimpan duit yang selamat. Di Switzerland dan di Singapura tidak ada putar belit. Tidak ada rasuah - cakar makar. Semua berjalan mengikut buku. Kes daging babi dari Syarikat Lanun Bugis  International tidak akan berulang lagi.

Kenapa sekarang berita Najib dan 1MDB ini mucul di Paris, Amerika, Hong Kong, Singapura dan London?

Jawabnya - masa. Pemilihan masa yang stratejik. Detik dan saat yang stratejik. Amerika sedang mengemudikan rancangan Terajang Mappadulung ini.  

Bulan Jun  dan Julai 2017 dipilih kerana  Amerika tahu tahun ini atau tahun depan PRUI4 wajib diadakan. Maka ketika ini Amerika mencelah masuk. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada parti pembangkang agar cukup masa untuk menghuraikan dan menerangkan kes penjualan daging babi oleh Syarikat lanun Bugis International kepada bakal pengundi.

Tetiba timbul satu soalan. Kenapa tidak ada apa-apa berita  dari Zurich atau Geneva?  Media Swiss senyap menyepi.

Sabar dahulu. Ingatkan kembali. Apa terjadi pada tahun pertama apabila kes daging babi dari Syarikat Bugis ini terbarai?  

Ini ketika Peguam Negara kita masih lagi Ghani Patail. Ketika Gobenor Bank Negara kita  masih lagi Zeti Aziz. Ketika pengarah SPRM kita masih lagi  Abu Kassim. Ketika Hamid Bador masih lagi orang kedua dalam cawangan Khas (SB).
Ingat atau tidak  Micheal Lauber Peguam Negara Swiss telah datang ke Kuala Lumpur untuk mencari maklumat.

Saya ulangi - Peguam Negara Swiss - yang datang mencari maklumat tentang 1MDB di Kuala Lumpur. Bukan   Inspektor Clouseau yang datang. Peguam Negara Swiss mengangap kes 1MDB ini amat penting untuk reputasi Switzerland sebagai wilayah perbankan dunia.

Justeru - saya cukup yakin akan muncul tindakan dari Switzerland. Saya juga cukup yakin DOJ Amerika tidak akan berhenti dan rampasan harta rompakan  milik Jho Low dan Riza Aziz akan diteruskan.

Untuk Datuk Seri Mappadulung jangan lupa pepatah Bugis - kuasa datang dari tiga cara iaitu hujung lidah, hujung kemaluan dan hujung keris. 

Hujung lidah tertipunya warga Felda dengan FGV. Hujung kemaluan mangkatnya Altantuya. Yang tinggal ialah hujung keris.   Mahathir Muhamad tahu apa dia  hujung keris ini. Nak tahu hujung keris? Tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



------------------