BILA NAK
TANGKAP?
------------------
Majlis mengangkat sumpah Tun Haji Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara pada 4 Ogos 2017 telah menjadi satu titik hitam di dalam lembaran sejarah kehakiman dan perlembagaan negara kita.
Tindakan terbaru ini terus menjadi bukti bahawa selagi Najib dan BN berkuasa, selagi itu nama baik negara dan kebajikan rakyat berada di dalam bahaya.





Jika hari ini hari Jumaat tetapi orang nak kata hari Khamis, apa boleh kita buat? - razak kawan anak razak. OK, jom kupas ayat putar ni. Ya, ini lagi satu contoh ayat putar untuk terlalu ramai yang lurus bendul dalam dunia. Dari muka depan, ayat ni sangat jujur dan menarik kepercayaan serta simpati pendengar yang lurus.
Kalau razak cakap a tapi ada orang lain kata b bukan a, razak takde daya upaya nak lawan orang tu, razak cuma seorang manusia biasa yang kurang bernasib baik terpaksa berdepan orang berjawatan tinggi dan berkuasa yang membuli dirinya yang innocent. Ceh! Tengok balik setiap perkataan dengan lebih teliti.