Selasa, 10 Oktober 2017

SIDANG ROH






KASSIM

1933- 2017


SIDANG ROH
I
perlu sesuatu di perhitungkan kembali
hari ini kita dewasa
tanpa tuhan tanpa impian
karena besok mungkin terlalu lewat
bagi kiamat yang telah ditangguhkan.
bukan aku sinis
kau jangan mengatheis
beritaku dari mereka yang lupa bagaimana untuk hidup
maka demikian perlu katakata
supaya maut kita bukan karena bisu.
kalau kau percaya kepada manusia sejahtera
jangan kau bergembira mengikut hidup
(karena kemenangan)
kalau kau percaya kepada manusia bebas
jangan kau berkata mengikut hukum
(kerena taatsetia)
karena tidak ada hukum yang akan berlaku
(namun digubal dalam pi bi bi)
yang tidak berpelembagaan di hati.
II
sudah datang berita paling kejam
bagi mereka yang lagi hidup karena bisa berharap
dunia ini penjara
nasi kita akan cukup di sorga
diatas belakang Dajjal
telah diperdagangkan hidup
gelak dan hilai bukan karena bahagia
gelak dan hilai karena papa.
Akan bersidang segala ruh
anakmu hari ini makan apa
nasi atau beer
ketawanya palsu tangisnya tanpa suara
III
nanti akan padamlah dengan sendiri
lampu dari menara tinggi
karena dibawahnya orang kian mabuk
dan Tuhan sudah mati.

CAKAP TERANG DAN JELAS







CAKAP
ayat mudah, message simple, bukan wasatiyah, bukan al.arabi, bukan sotong, bukan alphard, bukan vellfire, cerita mudah, kalau tak faham lagi...entah lah BEER= Che Det 

UNTUK

1. Saya diberitahu ramai yang marah saya kerana tidak menyatakan sokongan saya terhadap bantahan perayaan beer (beer festival – Oktober Fest) oleh orang bukan Islam. 

SEMUA

2. Bagi saya kalau orang bukan Islam yang tidak haramkan minum alkohol atau beer hendak minum beer sampai pengsan, itu masalah mereka. Yang penting mereka jangan timbul masalah kepada orang lain, atau memandu kereta di waktu mabuk. 

ORANG

3. Yang saya amat dukacita ialah penyalahgunaan dadah oleh anak orang Islam sehingga menyebabkan kematian 23 murid sekolah tahfiz apabila mereka membakar asrama sekolah.

FAHAM

4. Ternampak seolah-olah orang Islam menerima pembunuhan murid ini sebagai perkara biasa. Ya. Memang ada mereka yang berpendapat ini semua takdir. Oleh itu terima sahajalah. Seperti yang telah dinyatakan oleh guru tahfiz, anak yang mati setelah ke sekolah on 
ESOK MALAM - DEWAN CHINA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/10/17





-------------------

TUMBUK RUSUK



ALANG ALANG

BIAR SAMPAI 

SENAK
Simpulan Bahasa...Tumbok Rusok amatlah jarang sekali diungkapkan kebelakangan ini. Jika pembacha2 Tukar Tiub  yang budiman kurang arif  akan istilah ini,jangan bimbang .Kita sama2 cuba rungkaikan..

Jarangnya ungkapan Tumbok  Rusok amatlah memeranjatkan.Kerana apa Tumbok Rusok ada lah budaya Melayu sepanjang zaman yang bermaksud SUAPAN atau RASUAH...

Chontohnya kalau nak chari Fail di Pejabat Tanah memakan masa.Anak muda yang tadi berurusan di Pejabat Tanah kembali ke rumah hampa dan memberi tahu orang tua nya Fail hilang.Lantas orang tuanya berkata :

"Hai kau ni Leman maseh lagi mentah... kalau nak jumpa fail itu Tumbok Rusok lah."

Leman ;"Apa dia  Tumbok Rusok tu Abah?'

Abah   : "Tumbok Rusok tu makna nya engkau kenalah suapkan sagu hati pada kerani rendah di Land Opis tu...barulah terang mata nya charikan Fail tanah kita."

Leman : "Bukankah itu salah Abah....dan berapa pulak  jumlah yang harus diberi?"

Abah :"Engkau ni Leman  memang mentah. Dunia ini lumrahnya yang kuat tindas yang lemah.Kita memerlukan sesuatu terpaksa lah kita bayar ...kalau tak sampai  sudah memang tak jumpa fail itu.

       Pasal jumlah suapan tu Abah pikir engkau pikirlah sendiri.Nasi champor pun  dah lebeh pada sepuloh ringgit.Tak kan pulak nak bagi kurang dari itu...Teringat pulak Abah akan  Atok engkau dulu.Masa  Abah mentah macham engkau Abah yang bertanyakan Atok engkau berapa suapan yangg harus di sediakan untok Pegawai Kupon Getah....kata Atok engkau pada Abah:

     "Hai kau ni Basit maseh lagi mentah....kalau nak suap Pegawai Kupon Getah itu mesti lah berbaloi bagi dia. Alang 2 Tumbok Rusok biar sampai senak"

KAH KAH KAH



-----------------

SELAMAT JALAN KAWAN



SELAMAT

 JALAN

 KAWAN

Sidang Ruh
I
perlu sesuatu di perhitungkan kembali
hari ini kita dewasa
tanpa tuhan tanpa impian
karena besok mungkin terlalu lewat
bagi kiamat yang telah ditangguhkan.
bukan aku sinis
kau jangan mengatheis
beritaku dari mereka yang lupa bagaimana untuk hidup
maka demikian perlu katakata
supaya maut kita bukan karena bisu.
kalau kau percaya kepada manusia sejahtera
jangan kau bergembira mengikut hidup
(karena kemenangan)
kalau kau percaya kepada manusia bebas
jangan kau berkata mengikut hukum
(kerena taatsetia)
karena tidak ada hukum yang akan berlaku
(namun digubal dalam pi bi bi)
yang tidak berpelembagaan di hati.
II
sudah datang berita paling kejam
bagi mereka yang lagi hidup karena bisa berharap
dunia ini penjara
nasi kita akan cukup di sorga
diatas belakang Dajjal
telah diperdagangkan hidup
gelak dan hilai bukan karena bahagia
gelak dan hilai karena papa.
Akan bersidang segala ruh
anakmu hari ini makan apa
nasi atau beer
ketawanya palsu tangisnya tanpa suara
III
nanti akan padamlah dengan sendiri
lampu dari menara tinggi
karena dibawahnya orang kian mabuk
dan Tuhan sudah mati.





------------------------

TERBAIK DIMINUM








TERBAIK
Gambar bekas Bapa Kemerdekaan negara kita yang merasmikan Kilang Arak pertama di Malaysia.Kilang Guinness Malaysia Bhd ini dirasmikan pada tahun 1966. 3 tahun selepas pembentukan Malaysia yang sebelum itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya. Tahniah Malaysia. 

DIMINUM

Dari sejak kita merdeka lagi pembangunan dan pelaburan terus pesat membangun. Walaupun ia datang dari sumber yang haram tetapi tidak mengapa. Ini sejarah. Fakta dan benar. sila rujuk gambar2 dalm posting disini: http://mymokshasp3.blogspot.my/2010/04/ on BAIK UNTUK ANDA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/6/17






----------------

KES RASUAH JABATAN KJ






FACE BOOK



DULU di kementerian Khairy KJ pon kena songlap LEBIH 100 JUTA..
KINI RM100 juta lagi kena songlap di kementerian lain pula ??!
Malah duit2 yg disonglapnya adalah dana2 peruntukan untuk orang miskin dan kebajikan rakyat..
APA SEBENARNYA DAH JADI dalam pentadbiran Najib Razak skrg ini ??!



Fendi Fieza Dato boy iman sudah....KJ bile...
Manage
Suara Rakyat dato Iman baru direman, blom didakwa lagi.. last2 semuanya dilepaskan kerana takda cukup bukti.. ha ha ha.. Itulah Malaysiaku !!!
Manage
Carrot Lim Mana pernah ada menteri kena tangguhjawab perkara macam ni?
Manage
John Smith Malaysia boleh ðŸ¤£ini menunjukkan pentadbiran negara penuh dgn kleptocracy dan terbesar dlm sejarah tamadun manusia abad ini ialah 1mdb n MO1 ....banyak negara luar dah ambil tindakan undang undang hanya di Malaysia je yg anggap ia halal sebb donation ta...See More
Manage
Akhi Sunan Nan Begini lah maruah dan pimikiran pada sebahgian orang politik melayu...mereka berjuang bukan lagi untuk membela rakyat...tetapi demi masa depan kocek harta mereka...nak kaya dgn jalan mudah...jahanam bila kuasa politik di beri pada mereka..
Manage
Jamaludin Din SPRM yang ikut telunjuk Najibrazak biar kanlah tapi yang menegakan hukum jalankan tanggungjawab anda dengan iklas Allah sentiasa melihat keiklasan hambanya,Allahuakbar
Manage
Deru Angin Fadilah tapi terlalu ramai pertahankan mereka...kekadang rasa pelik...tapi tak mustahil kerana terlalu ramai jkkkk mereka.yg menadah imbuhan...ada org kampung mati pun dapat imbuhan..cuma perlu mengadu sikit...bila halal haram tolak tepi.



--------------------

SATU SOALAN SAJA






HANYA

SATU SOALAN

ADAKAH

GURU INI

SEORANG

ATEIS?


Guru berdepan 14 tuduhan cabul 5 pelajar

 | October 9, 2017
Lai Chee Hiang, 37, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas semua pertuduhan.

KUCHING: Seorang guru sekolah rendah di Serian didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini dengan 14 pertuduhan mencabul kehormatan 5 pelajar bawah umur antara Mei dan Ogos tahun ini.
Lai Chee Hiang, 37, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas semua pertuduhan.
3 pertuduhan dibuat terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun di pejabat hal ehwal pelajar sekolah berkenaan di Serian dalam tempoh itu.
Dia turut berdepan 3 pertuduhan menyentuh alat sulit mangsa di sebuah bilik darjah di sekolah sama dalam tempoh sama, mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.


ATEIS TAK

CAYA TUHAN

APAKAH INI

HASILNYA

----------------------