.

Rabu, 14 Februari 2018

AL-FATIHAH


AL-FATIHAH

Azmil Mustapha meninggal dunia ketika sedang tidur

PELAKON popular era 80-an yang dikenali menerusi filem Ali Setan, Azmil Mustapha meninggal dunia sekitar jam 1 tengah hari tadi di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam.
Beliau yang berumur 64 tahun meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Memetik Utusan Malaysia, adik kepada Allahyarham, Aziq Mustapha berkata, arwah difahamkan meninggal dunia sewaktu tidur kerana tidak terjaga ketika dikejutkan.


-------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inna Lillah... Moga Allah masukkan beliau dalam golongan beriman yang sebenar dan mendapat rahmatNya di akhirat. Moga keluarga tabah dan redha dengan pemergian arwah