.

Sabtu, 24 Februari 2018

BACA SEKALI LAGI - PROJEK JARUM






PROJEK JARUM

Jam 1.43 pagi - Sabtu 24 hb Febuari 2018.

Saya wajib menuliskan kesah ini agar ianya tidak akan saya lupakan. Juga untuk menjadi ingatan dan ajaran kepada semua  pembaca yang membaca blog saya ini. Inilah sahaja  bentuk amal jariah yang dapat saya sumbangankan.

Pada awal malam saya bertandang ke PJ Lama. Saya bertemu dengan kawan yang tingggal disana. Saya tidak ada kereta. Saya juga tidak pandai memandu. Maka saya datang ke PJ Lama dengan seorang kawan yang ada kereta dan pandai memandu.

Saya sudah berhenti merokok semenjak 26.12.1998 dahulu. Kini tidak mengusik rokok lagi. Tiga bulan dahulu saya ada menghisap kayu  resdong. Kini resdong saya telah kering. Saya tidak perlu lagi menghisap batang resdong.

Saya juga tidak menghisap ganja atau menggunakan apa-apa bentuk dadah kecuali Panadol.

Kawan yang saya  tumpang keretanya adalah seorang perokok. Kerana rokok mahal maka kawan saya ini membeli rokok seludup atau rokok cap ayam. Saya sudah tidak ambil pot lagi tentang jenama rokok atau harga rokok. Jadi saya tidak tahu lagi jenis rokok apa yang kawan saya hisap.

Kawan saya ini saheh bukan pemadat. Saheh bukan Mat Pet.

Dari PJ Lama kami menyimpang masuk ke wilayah Taman Seputeh. Saya menyewa flet  Le Chateau   yag terletak  disebelah  Jirat Kwantung. Kawasan  ini sunyi  penuh dengan belukar dan  pokok-pokok. Kawasan yang hijau sehat.

Sesampai di hadapan bangunan Le Chateau Blok 2 kawan saya mematikan kereta. Kami masih duduk dalam kereta di tepi jalan. Kami terus bersembang tentang  itu ini dan itu lagi. Tak habis-habis.

Tetiba sebuah kereta Peronda Polis sampai. Cermin pintu kereta Polis betul betul disebelah pintu kereta kawan saya. Polis Melayu 1 dalam kereta  bertanya apa kami buat. Saya kata nak pulang ke rumah. Polis Melayu 1 meminta kami keluar dari kereta. Kami keluar dari kereta.

Kereta Polis mengundur ke belakang. Kini kereta polis terletak disebelah belakang kereta kawan saya. Dari kereta keluar 2 orang Polis Melayu. Mereka agak  muda. Polis Melayu 1  tanya sekali  lagi apa saya buat. Saya nyatakan  sekali lagi yang saya nak pulang  ke rumah. Saya tunjukan itu blok flet saya.

Dia meminta kad pengenalan. Katanya ini SOP jika kereta ada berhenti ditepi jalan maka polis akan siasat. Saya berikan kad pengenalan.

Polis Melayu 1 melihat kad pengenalan dan besuara. ‘ Macam pernah tengok… Incek ini orang politik ke?’

‘Tidak. Saya orang jahat selalu masuk jil…’ Saya melawak. Kad pengenalan saya masih di tangan Polis Melayu 1.

‘ Masuk jil pun bukan bermakna orang jahat…’ Jawapan bijak dari Polis Melayu 1.

Kemudian dia mengambil walkie talkie. Polis Melayu 2 muncul dan terus meminta buka belakang kereta. Semua pintu kereta dibuka. Bonet belakang kereta juga terbuka.

Tetiba muncul Polis India yang tadinya duduk dalam kereta. Dia mengambil kad pegenalan  saya. Kawan saya juga telah memberikan kada pengenalan pada Polis India ini

Kereta kawan saya ini bukan kereta mahal. Diruang kosong belakang ada beberapa botol plastik besar. Ini  botol  air sejuk. Bukan untuk minuman. Kereta kawan saya ini memerlukan air setiap jam dalam perjalanan.

Tempat duduk belakang telah koyak digigit oleh Tak Tak. Ini berlaku pada hari pertama Tak Tak pergi ke sekolah di PJ One  bulan Ogos tahun lalu.

Polis India membelek dan membaca kad pengenalan saya.

‘ Awak ini penulis…’ Dia memandang muka saya.

‘ Mana tahu…. ada dalam kad pengenalan ke?’ Saya bertanya.

‘ Saya polis saya tahu lah….’

Polis  Melayu 2 terus memereksa kereta dengan rapi. Setiap lubang dibuka. Semua celah diraba. Beg selendang kawan saya juga diambil dan dibuka..

Tetiba dilantai belakang ada PLASTIK terlantar. Polis Melayu 2 dan Polsi India ada membawa lampu picit kecil. Saya datang menjengok.

Kami tak ambil pot. Kami tak tahu apa benda itu. Dari mana BENDA  ini datang kamu pun TIDAK TAHU.

Tapi saya telah sedar akan mondus operandi ini. Ini KALI KEDUA kawan saya berhadapan dengan JARUM. 

Semua  sedang berulang.  Kali PERTAMA berlaku di malam hari dua minggu dulu di Taman Tun. Kawan saya telah menceritakan apa yang berlaku di Taman Tun kepada saya. Justeru pada malam ini saya tidak terperanjat. Tidak ambil pot dan tidak peduli.

Saya TIDAK melayan kerenah Polis. Tidak bertengkar. Kami dah tahu mondus operandi ini. Kami TIDAK AMBIL POT. Kerana saya tahu apa yang sedang berjalan dihadapan mata.

Bila BENDA itu ditemui maka Polis Melayu 1 mula berhubung  sekali lagi dengan walki talkie. Saya tidak tahu siapa yang dihubungi.

‘ Hubung sapa…’

‘ Balai Brickfeild…’

Polis India meminta saya mengeluarkan semua barang dalam poket seluar dan baju. Dompet, kamera kecil dan talipon Nokia. Dompet saya digeledah. Lubang diselongkar.

‘ Kena chek urine…’ kata Polis Melayu 1.

‘Saya merokok pun tidak..”

Polis  India bertanya ‘ Sapa punya ini? Matanya memandang ke  BENDA dilantai kereta..

‘ Mana saya tahu  apa  bendanya itu…..” kawan saya menjawab.

‘Kereta sapa ini..’

‘Ini kereta saya…’ tegas kawan saya.

Polis India memereksa rapi dompet saya. Ada tujuh  bilah pencungkil gigi yang saya simpan untuk kegunaan salepas makan jika restoran atau warung itu tanpa pencungkil gigi.

' Ni apa ni..' Polis India  beri tekanan buat buat tak kenal pengcungkil gigi.

'Mustahil tak kenal. Pencungkil gigi...' Saya mengayakan macam mana keguanannya.

Polis Melayu 1  yang telah mengambil borang. Dia mula menulis. Saya hampiri dan lihat apa yang ditulis. Nama dan alamat saya yang direkodkan.

‘ Ini SOP…. kerana  BENDA TU… kena urin test ..’ Ini satu tekanan.

Dari jalan raya saya mendongak melihat banguan 17 Tingkat Le Chateau Block B. Saya ternampak bayangan kepala Ezi dan Tak Tak. Dari balkoni  pasti mereka telah mendengar suara saya.  Mereka amat kenal akan suara saya. Ketika arwah Jai masih hidup bila terdengar suara   saya di jalan raya - arwah Jai akan menyalak gumbira.

Malam ini saya amat yakin Ezi dan Tak Tak sedang  menunggu Mereka dengan setia  akan menunggu dengan jilatan dan dakapan dan cinta kaseh sayang yang TIDAK berbelah bagi.

Dari balkoni pasti Ezi dan Tak Tak hairan dan tidak faham melihat at apa yang sedang berlaku.

Ketika ini  sebuah kereta datang nak masuk ke Le Chateau.  Kereta ini berhenti di Gate masuk. Seorang Tetangga Gadis Cun keluar dan terus datang kearah kami.

‘ Are you all right.. What is happening?

‘ All cool… they are checkin…’

Saya tidak tahu Minah Cun ini dari  tingkat berapa. Saya duduk ditingkat 9 dari bangunan 17 tingkat.

‘ Anything I could help…’

‘ Not to worry… Gong Hee Fai Chai…’ Minah Cun tersenyum dan terus  beredar. Pintu gate terbuka. Kereta meluncur masuk.

‘ Itu tetangga saya… ‘ Saya terangkan pada Polis  India. Dan saya tunjukan balkoni saya. Ternampak bayangan kepala  Ezi dan Tak Tak.

‘ Itu anjing saya… ada dua ekor…’

‘ Boleh pilihara anjing..’

‘Dalam blok ini jika terbakar ada.. 40 ekor anjing akan keluar. Le Chateau Blok 2 ini adalah tempat paling selamat untuk pencinta anjing… ‘

Polis Melayu 2 langsung TIDAK BERSUARA. Dan MAMAT inilah yang  PERTAMA ternampak BENDA itu diatas lantai kereta. Benda yang TETIBA muncul dalam kereta kawan saya.

Polis Melayu 1  cuba bercakap di walkie talkie. Polis India datang memberi tekanan yang kami akan dibawa ke rumah pasong untuk ambil air kencing.

‘ Kena pergi balai..’ Polis India memberi tekanan.

Polis  India meminta kawan saya mengosongkan poket baju dan seluar. Dompet , kunci , kotak rokok, talipon bimbit semua keluar. Semua ini adalah taktik untuk memberi tekanan. Polis India membelek belek  dompet dalam usaha untuk memberi tekanan.

Saya teringat akan dompet saya yang masih terletak di atas bonet depan kereta Polis.

‘Boleh ambil…’

‘ Ok.. boleh..’

Tetiba Polis India mengarahkan kawan saya membuka lengan panjang baju kawan saya. Dia ingin melihat tanda suntikan dilengan.

Dengan pantasaya saya bersuara… ‘ Tengok kat telor. Telanjangkan.  Cari  celah kang kang juga…dulu saya dalam lokap..saya terlihat Mat Pet cucuk  celah peha..’  Saya menganjing.

Ini kesah benar. Diawal REFORMASI - Siva Rasa, Dr Hatta, Azmin Azli  dan termasuk saya dan dua lagi kawan telah ditahan di Rumah Pasong Stadium Negara. Kami direman 6 hari. Saya dalam satu sel dengan 12 OKT. Salah seorang OKT ialah Doktor lulusan Serenti.  Tempat sempit kami berasak-asak. Cuaca dalam sel amat panas. Kami semua tak pakai baju.

Si Doktor ini memakai sleuar dalam puteh. Saya ternampak ada darah dikedua celah pehannya. Bila saya tanya dia menerangkan bahawa dia cucuk heroin disini kerana lengannya dah lunyai. Di lengan agak bahayaa kerana polis dengan cepat akan kenal dia seorang Doktor.

‘ Tanah Balai Polis Brickfeild... apa jadi…sapa dapat?’  Saya mengubah perbualan. Saya bertanya kerana kawasan Rumah Pasong dan  kuaters polis Brickfeild  telah diruntuhkan duatahun dulu.

‘Saya dengar wanita  UMNO Cheras yang dapat...’  Saya memulakan ceramah politik.

‘ Bukan Cheras.. tapi Bukit Bintang.. 270 juta…kontrektor projek MRCB..’ Polis India membetulkan maklumat.

Wau.  Polis ini tahu pulak yang tanah mereka telah kena rembat. Saya hanya mahu menduga apakah mereka sedar apa yang sedang berlaku.

Saya menunggu apakah kami akan dibawa ke balai untuk ujian air kencing.

Kad pengenalan kami dipulangkan.  BENDA itu masih terdampar tinggal dalam kereta. Polis  berdedar.

Ini kali kedua  KES JARUM ditemui dalam kereta kawan saya. 

Saya rasa ini adalah MONDUS OPERANDI  baru. Cara-cara Polis memberi tekanan. Jika kami Mat Pet maka pasti kami gelabah.  Mungkin duit bertukar tangan. Tapi kami cool. Malah kain  rentang  ANAK MUDA CARI JHO LOW berlipat terletak di jalan raya tidak pula dipereksa. Polis ini tidak mahu melihat lambakan baner ini.

Saya menunggu arahan untuk  baner diibuka. Jika baner ini dibuka maka inilah peluang saya untuk berdakwah. Saya akan bersurah kepada TIGA ORANG POLIS ini bahawa dalam masa 5 tahun negara ini akan tergadai kepada China Merah. Najib akan jualkan negara ini kepada China  Merah.
  
‘ Kamu ini semua akan jadi hamba kepada China Merah…’

Malam telah lewat. Saya menapak masuk ke flet saya. Ezi dan Tak Tak sedang menunggu dipintu. Kawan saya pusing kereta dan pulang ke Bangsar.

Ini kesah yang wajib saya tulis agar memberi  pengajaran kepada kita semua. Saya beri ingatan kepada pembaca semua awas dan waspada akan MONDUS OPERANDI ini. Jaga kebersihan kereta.

 Saya tidak ada lagi FB - siapa yang baik hati sila masukkan kesah ini ke dalam FB masing masing. Janganlah kita terperangkap dengan OPERASI JARUM. Amin. 

NOTA:
JARUM ini ada dalam simpanan saya. Satu hari nanti saya akan lelong untuk dana DAPUR JALANAN.

JAM 3.53 pagi - saya selesai menulis dan akan masukkan ke dalam TUKAR TIUB - selamat subuh.




---------------

2 ulasan:

pok amid littor berkata...

Kenapa Tukaq Tiub tk bilang itu jarum sapa punya!! Hehehr

Anonymous Anonymous berkata...

serangkap pantun untuk tt

Kalau ada jarum yg patah,
jangan di simpan didalam bonet depan,
ekonomi malaysia sudahlah parah,
Ayuh kita undi parti pakatan Harapan