.

Rabu, 14 Februari 2018

NAJIB BERI ZIONIS MASUK




KENYATAAN MEDIA

Bagaimana Diplomat Israel Boleh Masuk Malaysia?

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa satu delegasi dari Israel yang terdiri daripada diplomat-diplomat kanan telah dibenarkan masuk ke Malaysia untuk menyertai World Urban Forum (WUF) ke-9 di Kuala Lumpur. Difahamkan bahawa delegasi ini telah memasuki Malaysia dengan menggunakan pasport Israel.

Jika benar perkara ini berlaku, ia merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara kita. Bukan sahaja satu delegasi diplomat kanan Israel telah mendakwa memasuki Malaysia, tetapi David Roet yang mengetuai delegasi tersebut mendakwa secara terang-terangan dalam media sosial bahawa beliau telah memasuki negara kita dengan menggunakan pasport Israel.

Ini merupakan satu cabaran kepada maruah negara, memandangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel dan langsung tidak mengiktiraf Israel. Malah Malaysia sering mengecam rejim Israel yang sentiasa menzalimi rakyat Palestin, dan terbaharu Malaysia juga mengecam cadangan Presiden Amerika Syarikat untuk memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Jerusalem. 

Jika benar diplomat Israel memasuki Malaysia, ini adalah satu hipokrisi atau kemunafikan yang amat besar oleh Putrajaya. Atau adakah kehadiran mereka ini bermaksud Malaysia bakal mengubah pendirian berhubung Israel? Saya gesa pihak Wisma Putra untuk memberikan penjelasan segera.

Berkenaan kebenaran memasuki Malaysia, memandangkan ia melibatkan bidang kuasa pihak Imigresen, saya menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memberikan penjelasan sama ada benar atau tidak satu delegasi diplomat Israel telah dibenarkan masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport Israel untuk menyertai program WUF. Jika benar, siapa yang telah memberikan kebenaran untuk mereka masuk?

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN




----------------------

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Biarkan Yahudi datang.. kita belajar dengan Yahudi.. ngapa Yahudi tak tipu Yahudi.

Tak mcm Melayu pusing keliling tipu Melayu ..kan syok Kok Melayu tipu Cina ke, Keling ke?

Tanpa Nama berkata...

Najib mungkin nak gunakan lobi yahudi utk mpengaruhi siasatan DOJ dlm kes 1mdb.

Tanpa Nama berkata...

ini kerja zahid hamidi..zahid hamidi adalah kementerian yg bertangungjawb..tolong jgn salahkan haji najib ibni rosmah..kalo tak nanti masa tahun baru cina, korang kena minta maaf dari najib..nape media tak soal zahid? mana zahid? g indon minta tambah ilmu tahan jawatn tpm supaya tak jadi no 3 ke..ilmu jawa ini handal..lebih handal dari ilmu bugis..sehebat2 bugis melanun, namun tiada satu pun menjadi preseden indonesia..semuanya presiden asal tanah jawa..