Ahad, 25 Mac 2018

KUMPULAN SUCI









SALUT

SAHEH INI 

KUMPULAN

YANG CINTAKAN

TANAH AIR


Tidak mungkin berlaku ‘serangan pada minit terakhir’, kata Patriot

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menolak kemungkinan berlakunya serangan pada minit terakhir sewaktu pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti untuk membuat kekacauan seperti kenyataan yang dibuat Ketua Polis Negara dan Menteri Pertahanan beberapa hari lepas.

Pihak berkuasa dilaporkan telah mengenal pasti kira-kira 1,100 individu dan organisasi yang berpotensi untuk melakukan ‘serangan kejutan pada minit terakhir’ untuk mewujudkan kekacauan pada PRU14.

Presiden Patriot, BG  Mohamed Arshad Raji (B) berkata, Patriot mendapati kenyataan tersebut agak pelik.

Katanya, kenapa sesiapa sahaja, mana-mana warganegara Malaysia yang waras mahu melakukan serangan ‘minit terakhir’?

“Apakah motifnya? Melainkan mereka berada di bawah pengaruh dadah ataupun berhalusinasi, tidak ada sesiapa yang waras mahu melakukan perbuatan bodoh dan keganasan bersenjata melampau untuk mengganggu pilihan raya.

“Dengan ketidakmungkinan berlakunya insiden ini, kami mempunyai keyakinan penuh dengan pasukan polis kita untuk mengambil tindakan segera membenteras dan menahan para pelaku.

“Hukuman terhadap keganasan bersenjata dan hukuman mati tidak dapat dipisahkan di negara kita,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Malah jelasnya, kemungkinan serangan ISIS yang sering disebut, Patriot berpendapat bahawa modus operandi dan motif mereka adalah tidak sesuai untuk mengganggu pilihan raya kita dengan ‘serangan minit terakhir’.

Menurutnya, anggota perisikan polis dan tentera kita mempunyai rekod cemerlang dan mampu membenteras sebarang aktiviti khianat seperti ini.

“Mengetahui dan memahami anggota perisikan kita, mereka tidak akan gagal. Sebarang pelanggaran keselamatan, apa-apa kegagalan, adalah perencanaan untuk gagal.

“Bagi kakitangan tentera, Patriot penuh yakin bahawa para pegawai dan anggotanya berdisiplin dan mematuhi undang-undang tentera.

“Adalah sukar dibayangkan untuk sesiapa sahaja dalam tentera, melancarkan serangan gila ‘minit terakhir’, kecuali jika, seseorang itu tidak siuman, atau pun tidak siuman buat sementara waktu kerana dipengaruhi dadah,” kata beliau.

KAKI  BUAT

KACAU

MEREKA YANG

MENIPU UNTUK

MENANG DALAM

PRU14


-------------------

3 ulasan:

  1. Jamal jamban masuk tak dlm kumpulan tu. Jk tidak, adakah maklumat ini tepat dan boleh dipercayai krn selama ini kumpulan jamal yg sering buat kacau

    BalasPadam
  2. patriot yg berpegalaman sila jgn jadi bangang..polis, fru telah melakukan latihan..dalam beberapa tahun yg lalu, belum pernah ada latihan dibuat utk pru..kalo 13mei bole digunakan oleh tun razak ayah najib sbg api perkauman dari perak melalui geng silat selempang merah, apakah najib tidak akan mengikut lurah dan cara yg sama..andai razak ada sarimah, najib sudah ada altantuya..kalo berlaku kekecohan, apa plan patriot? nak babitkan agong? sudah la, agong sendiri meyaksikan syarikat2 china tandatangai perjanjian jual beli tanah melayu salah satunya petronas dgn aramco..mana ada local company bole ada saham 49persen berbanding warga asing memiliki 51persen..gamaknya polis pencen dan askar pencen ni sumenya sama je..

    BalasPadam
  3. bila duit pencen diusik baru nak bersuara..kalo duit pencen askar tidak diusik, barangkali tiada kisah pun kalo negara tergadai kat china..

    BalasPadam