.

Isnin, 18 Jun 2018

SATU PANDANGAN




Hisham saran 

Mahathir PM 

satu penggal, 

Anwar jangan gopoh



KUALA LUMPUR, 17 Jun — Walau asalnya pengkritik tegar  Dr Mahathir Mohamad, aktivis politik Hishamuddin Rais berpendapat beliau wajar diberi peluang memimpin negara selama satu penggal.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 itu turut mengingatkan  Anwar Ibrahim, sebagai perdana menteri menunggu, agar “tidak gopoh” untuk mengambil alih jawatan itu.

Mendekati Dr Mahathir menjelang perhimpunan besar Bersih 4, bagi menentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Ogos 2015, Hishamuddin percaya Dr Mahathir sedia berundur setelah beliau menggariskan langkah menyelamatkan negara.

“Saya punya pandangan satu penggal. Tempoh ini OK, satu penggallah,” katanya, yang terlibat sangat dekat dalam kempen pilihan raya Pakatan Harapan (PH), dalam wawancara dengan ProjekMM hujung bulan lepas.

“Kita mesti ingat, Anwar tidak akan [arah isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri] Wan Azizah [Wan Ismail] berhenti pula. Ia nampak gopoh. Jadi tidak perlulah.”

Hishamuddin berkata rancangan gerakan rakyat mengangkat Dr Mahathir dulu demi kebaikan Anwar juga apabila mengambil alih jawatan itu kelak.

“Anwar di dalam penjara [sejak Februari 2015 hingga Mei lalu], beliau tidak tahu perjanjian kita dengan rakyat. Kita hendak menobatkan beliau juga, beliau tidak sedar, beliau prasangka.

“Beliau ingat kita hendak tinggalkan beliau, itu yang berlaku,” katanya, bekas pemimpin mahasiswa era 1970-an yang dekat dengan Anwar, khususnya ketika mendukung Gerakan Reformasi hujung 1990-an.

Kenyataan aktivis ini dibuat sebelum bekas timbalan perdana menteri itu menyatakan “ada hikmah” tidak memimpin negara saat ini yang terpaksa mendepani pelbagai masalah berat.

“Ada hikmahnya juga saya bukan perdana menteri sekarang kerana tugasnya sangat mencabar, terpaksa bertempur hadapi kekuatan lama, rasuah besar, seluruh sistem kena betulkan,...” katanya dalam satu wawancara dengan Invoke Malaysia awal bulan ini.

Sebulan lalu, sejak Anwar diberi pengampunan penuh, tercetus pelbagai tanggapan beliau tergesa-gesa mahu menggantikan Dr Mahathir walau perdana menteri sejak berkempen awal tahun ini memberi tempoh lebih kurang dua tahun.

Sementara Dr Mahathir pula, hujung minggu lalu, tidak ingin menetapkan tarikh khusus, boleh jadi tidak sampai tempoh tersebut atau mungkin juga lebih panjang.

Kenyataan berbolak-balik ini mencetuskan keresahan di kalangan penyokong Anwar dan PKR tentang sejauh mana Dr Mahathir bersedia melepaskan jawatan teratas itu.

Namun Anwar sendiri Isnin lalu dilaporkan menyeru agar memberi masa sesuai untuk Dr Mahathir mentadbir negara selepas kemenangan luar jangka pembangkang sebulan lalu.

Bercakap kepada The Star sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir itu dalam wawancara dengan Sinar Harian, Anwar berkata beliau sendiri tidak meletakkan tempoh masa khusus untuk Dr Mahathir.

Awal tahun ini, sewaktu PH melancarkan kempen pilihan rayanya, Dr Mahathir dinamakan calon perdana menteri dan Dr Wan Azizah pula sebagai timbalannya.

Dalam perisytiharan PH awal Januari lalu, Anwar dinamakan sebagai perdana menteri kelapan sebagai meneruskan “legasi misi tertangguh” sebelum krisis Dr Mahathir-Anwar pada 1998.

Tempoh dua tahun itu dinyatakan Dr Mahathir dalam kenyataan awalnya, namun baru-baru ini beliau menyatakan tempoh itu “hanya satu cadangan”.

Spekulasi persaingan Anwar dan Mahathir ini mula berkembang sejak kemenangan PH pada 9 Mei lagi apabila perdana menteri gagal mengangkat sumpah jawatan di depan Yang di-Pertuan Agong secepat yang mereka jangka.

Dalam wawancara yang sama, Hishamuddin berkata Dr Mahathir sendiri sudah dapat menghidu kemungkinan percaturan politik dalaman gabungan itu sejurus selepas PH mendapat majoriti mudah menjelang tengah malam hari mengundi.

“Malam itu [9 Mei], Mahathir kata kalau kita dapat 112 [kerusi], kita kena berarak ke istana malam itu juga [untuk angkat sumpah]. Saya cakap Tun, kalau kita sudah dapat 112 [jumlah kerusi majoriti mudah], kita sudah menang.

“Saya hanya nampak 112 [kerusi] itu kita menang, tetapi Dr Mahathir rupa-rupanya sudah tahu perkara ini. Beliau tahu dua perkara; satu sikap Yang di-Pertuan Agong, sebab itu Mahathir cadangkan kita berarak malam itu juga.

“Saya terperanjat, saya tidak mahu berarak, buat apa berarak [lagi], kita sudah menang. Dr Mahathir sudah nampak, satu lagi masalah ‘sailang menyailang’ [pelantikannya], betapa tajamnya pemikiran beliau. Beliau sudah nampak,” cerita penulis blog Tukar Tiub lagi.



Majlis angkat sumpah Dr Mahathir berlangsung lewat malam 10 Mei lalu sehingga menimbulkan tanda tanya dan keresahan di kalangan ramai penyokong PH walau mereka tidak menyedari drama di belakang tabir gabungan tersebut.

Walau Hishamuddin tidak menyebut secara khusus, spekulasi yang muncul adalah Dr Mahathir tidak dinamakan perdana menteri pilihan gabungan tersebut dalam saat-saat genting tersebut.

Selepas dibebaskan, Anwar bagaimanapun dilaporkan berkata Dr Wan Azizah menolak namanya diangkat sebagai perdana menteri sewaktu Yang di-Pertuan Agong menitahkan sedemikian kerana simbol PKR mendapat kemenangan besar.

“Azizah jawab patik tidak bersedia sebab kita sudah membuat perjanjian dalam Pakatan Harapan bahawa Dr Mahathir akan dilantik sebagai perdana menteri,” kata Anwar dalam perhimpunan besar menyambut pembebasannya di Petaling Jaya.

Belum reda spekulasi ini, Anwar pula menghadap beberapa sultan sehingga ia menjadi bahan kritikan beberapa tokoh yang dekat dengan Dr Mahathir. Malah, Hishamuddin sendiri di blognya menyindir keras tindakan Anwar waktu itu.






-----------------------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cis apa barang TT petik The Star? Apa yang dibaca mesti baca terbalik! Ini real politik ajaran TT. Choiiiii punya TT... dah tak pandang Malaysiakini dan petai. Masuk Guinnes Stout dan Carlsberg je. Petik akhbar arus perdana. HAHAHA. Lo sudah dibangsawankan dan dibongsaikan!

Nazrio Dond DoLLa berkata...

sedaK Lah sungguh hidangan tuhan Allah untuk ummat manusia di duniya ini. Di maLaysia hidangan terkini isu ini Lah. Kita boLeh Lihat geLagat orang tuN M. Kita boLeh Lihat geLagat orang Anwar. Kita boLeh Lihat geLagat orang tuN najiK semoga semuanya mendapat cahaya petunjuk pencerahan enLighten Dan wake up tuhan Allah saja wujudiyah yg sejati hakiki really exists. Yang Kita hadapi ini cuma iLusi pikiran kerana Kita Tak pernah wujud sebab tu makan biLyong-biLyong pun Tak kenyang-kenyang

panglimo potaseh berkata...

Gwa punye pendapatan Tun M nampak yg org lain tak nampak.. sangat hebat. Agong yg punye pandangan sgt jauh.. sejauh Ukraine pun tak boleh main-main dgn Tun M. Bayangkan semasa UMNO diharamkan 31 thn dulu. Semua Melayu nangis mengelupur sedih. Tapi Tok Madey gumbira guling-guling.. gitu lah cerdiknye dia.

DIDI KOTA BELUD berkata...

Lepas anwar bebas. . Apa.. .Lepas mahathir sepenggal.. Apa... Lepas badak kehilangan elaun saloon... Apa... Lepas najib ditangkap.. Ditangkap lepas dibubut bubut... Apa.... Abang besar ni kompom takder bende dah nak hasut. .amaran aku. .Jgn kira dinding batu bata di bangunan sultan abdul samad key.... Hehehhe... Kakakakakak... Dia penat.. takder bende nak hasut dah. .. Kakakakakakakakakakak...chemon nah... Kakakakakkaka

Tanpa Nama berkata...

Anwar takut Mahathir mainkan dia lg.2 kali kena kes liwat.Satu zaman Madey, 2 Zaman Najib. Ingat kenyataan Madey masa jadi PM dlm Umno dulu. " Anwar ganti dia sebagai PM".Akhirnya Polis(Madey) ada bukti liwat. Pengalaman dan permerhatian adalah ilmu Isham ( Keganasan , Penipuan dan Internet)

Tanpa Nama berkata...

ramai tak percaya che det udah berubah, tapi percayalah, beliau pernah menjadi PIEM selama 22 tahun dulu, now extra time, apa dia tidak buat untuk melayu ? tapi melayu tak kenang jasa dia PON...semua itu tidak penting lagi..apa yang penting...PERUBAHAN... ianya hanya boleh dibuat oleh Che Det..Nuar PON tidak dapat...ramai sangat terhutang budi, hati maybe longlai...kesian...ramai juak keliling kiri kanan mengampu...kan budaya UMNO dulu, kini dan selamanya...kah kah kah...setuju jangan gopoh, biar Che Det atur semua atas landasan betul..kalau dulu Nuar rosak pasal konco yang tikam belakang...sejarah boleh berulang kembali...awas...waspada abang Nuar...bukan mudah tapi tidak mustahil... tak payahlah kenyataan demi kenyataan...rakyat semakin cerdik...ombong kosong hentikan...buat kerja kebaikan...ubah diri dulu...salam harapan...kah kah kah

Gishella Hilmiansyah berkata...

Satu perkara yang saya mahu menggariskan, Dr. Wan Azizah secara terbuka menyatakan bahawa dia diankat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri, bukan sebagai seat-warmer dan setakat ini dia telah melakukan tugas sebagai TPM dengan sangat baik.

Meminta Dr. Wan untuk meletak jawatan supaya Anwar dapat menjadi PM dalam tergesa-gesa, bukan sahaja ia akan menjadi sangat buruk bagi Anwar tetapi juga PH terutamanya dalam pengundi wanita

Tanpa Nama berkata...

Apa cerita mb Selangor ni?.PKR hantar Nama Idris Ahmad kenapa Yang jadi mb orang lain? TT cube story skit