.

Ahad, 22 Julai 2018

INDERA MAHKOTA

 
 
 
Cabang KEADILAN Indera Mahkota Menyokong Ketua Cabang Indera Mahkota bertandingan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN

 
Cabang KEADILAN Indera Mahkota mencadangkan Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota untuk bertandingan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat untuk pemilihan parti yang akan datang.
 
Dalam mesyuarat Cabang KEADILAN Indera Mahkota yang diadakan semalam, Ahli-ahli Jawatankuasa dengan sebulat suaranya mencadangkan Ketua Cabang Indera Mahkota selaku ADUN Semambu untuk bertandingan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat.
 
Saya bersyukur dan berterima kasih atas sokongan penuh yang diberi oleh ahli-ahli Jawatankuasa peringkat Cabang KEADILAN Indera Mahkota dan akan bertimbangkan cadangan untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat.
 
Parti KEADILAN Rakyat akan menyambut pemilihan parti yang terbesar sekali dalam sejarah parti dengan ahli yang mencecah 900 ratus ribu. Parti KEADILAN Rakyat merupakan satu-satunya parti yang memberikan hak mengundi kepada setiap seorang ahli untuk memilih presiden, timbalan presiden, pimpinan-pimpinan pusat dan cabang.
 
Saya juga akan terus bertanding untuk kerusi Ketua Cabang KEADILAN Indera Mahkota untuk pemilihan yang akan datang bersama pasukan saya. Kami akan memastikan Cabang KEADILAN Indera Mahkota akan menjadi salah satu cabang yang terbaik di dalam parti kami.
 
Lee Chean Chung
Ketua Penerangan
 Angkatan Muda Keadilan Pusat
ADUN Semambu







-------------

Tiada ulasan: