.

Rabu, 17 Oktober 2018

LANUN PEROMPAK BERGADUH









APA MAKNA 

BERITA INI?

MAKNANYA

LANUN DAN

PEROMPAK

SEDANG GADUH

BILA KAPAL 

DAH TENGGELAM



Saman 1 - Deepak mahu Najib, Rosmah bayar RM676 juta


Peniaga permaidani, Deepak Jaikishian memfailkan saman RM676 juta terhadap bekas perdana menteri Najib , isterinya, Seri Rosmah Mansor dan dua syarikat kerana didakwa berkonspirasi dan mengenakan tekanan yang tidak wajar ke atasnya berhubung tiga bidang tanah berhampiran Bukit Raja.

Tanah 180 hektar itu dikatakan lokasi Pusat Kajian Pertahanan Negara yang sepatutnya dibina di sana pada tahun 2007.

Selain menamakan Najib dan Rosmah, Deepak juga menamakan syarikat senaraian awam, Boustead Holdings Bhd dan anak syarikatnya Bakti Wira Development Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam penyataan tuntutan Deepak yang difailkan oleh firma Haniff Khatri dan Co, beliau mendakwa perjanjian yang dimeterai pada 8 Jun 2005 itu melibatkan Awan Megah Sdn Bhd untuk membina sebuah pusat pertahanan.

Berikutan penswastaan, Awan Megah menawarkan Astacanggih Sdn Bhd, yang majoriti sahamnya dimiliki oleh Deepak, untuk membeli tanah berkenaan pada harga RM118.57 juta dan berikutan ini, perjanjian pemerolehan dibuat pada tahun 2007.

Susulan pengambilalihan itu, Astacanggih membayar Awan Megah RM13 juta dan menaikkan jaminan bank kepada RM72.5 juta untuk digunakan sebagai bon tanah bagi projek yang diswastakan.

Beliau mendakwa bahawa Ketua Wanita Umno Selangor, Hajjah Raja Ropiaah Raja Abdullah, yang memiliki Awan Megah, adalah proksi Najib dan Rosmah.

Katanya, Raja Ropiaah memeterai satu lagi perjanjian lain pada 2010 untuk menjual tanah itu kepada GuppyUnip Sdn Bhd dan ini bertentangan dengan perjanjian asal yang dimeterai dengan Astacanggih.

Deepak mendakwa bahawa Raja Ropiaah tidak sepatutnya menjual tanah itu apabila dia mempunyai perjanjian awal dengan Astacanggih.

Hasilnya, ahli perniagaan itu memfailkan saman terhadap Awan Megah dan memohon ia dibicarakan.

Namun Deepak mendakwa beliau terpaksa menarik balik samannya terhadap Awan Megah apabila ditekan oleh pihak berkuasa.

Ahli perniagaan itu mendakwa bahawa masalahnya itu tidak berakhir dan mendakwa bahawa Najib dan Rosmah menggunakan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk membeli 80 peratus saham Astacanggih melalui Boustead menerusi anak syarikatnya, Bakti Wira.

Deepak berkata, pada akhirnya, beliau hanya dibayar RM30 juta pada tahun 2012 untuk 80 peratus sahamnya, manakala syarikat itu kini bernilai lebih berikutan pengambilan tanah tersebut.


Apr 6, 2011 - Setelah sekian lama cuba dijejaki, dengan tidak semena-mena usahawan DeepakJaikishan muncul bagi menepis dakwaan yang ...
Apr 7, 2011 - "Saya kenal (Rosmah), saya anggap dia seperti seorang kakak. Tetapi dalam perniagaan permaidani, sekali sekala dia akan telefon dan dia ...


NASIB BAIK

KITA BERJAYA

TERAJANG NAJIB

KALAU GAGAL

KITA TAK TAHU

KESAH PEROMPAK

KESAH PENYAMUN

HARTA NEGARA


------------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalo kita gagal terajang najib bermakna anwar tidak akan mjd perdana menteri..maka mat songel dan minah songel masih berkurung rapat agar isham rais tidak mendengar bisikan angin port dickson..

panglimo potaseh berkata...

Abam Nuar eeee yg hentam dia ..Nalla. Puti Reno Rosmah pun eeee ..Deepak. Kah kah kah TT pun kono dengan eeee ..Ramesh

NoManNoCry berkata...

...biasa lah tu, tak pelik,memang adat/adab penyamun, tapi yg pelik nya la ni lu bergaduh dgn anwar n nak lagakan anwar dgn madey, apa hal ?

Mohamad Fadzli Mohd. Noor berkata...

Bro..berita begini tidak mencapai pun tahap kesedaran hakiki mahupun pemahamam sejati ke dalam kepala hotak puak puak pembangkang sekarang ni.Hatta ke tahap geli sekalipun tidak tersampai dek pikiran mereka akan kebenarannya. Kecuali ..kecuali ..kecuali kisah kisah labun pasal lubang lubang, LGBT, oct fest tetapi tidak pula gawai fest..sudah tentu barang pasti akan meresap jauh kedalam naluri qalbu urat saraf mereka. Anggapan mereka,nescaya, justeru itu, justeru itu hal inilah yang menjadikan negara hancur sebab ianya tuntutan ajaran Islam..yang lain boleh ditangguhkan dulu..demikianlah petikan dari kata kata mereka..

Kah kah kah

Kata org tua tua

Jangan suka jaga tepi kain orang kerana kain sendiri banyak yang berlubang