BUKTI
KONSPIRASI
TERAJANG NAJIB
REGIME CHANGE
PENDEDAHAN TERKINI AKHBAR THE SYDNEY MORNING HERALD 27.01.2018 KAITKAN PIHAK KERAJAAN NAJIB RAZAK & UMNO DENGAN GUBAHAN WANG HARAM DALAM PEMBELIAN HARTANAH DI AUSTRALIA !!
NAJIB RAZAK & UMNO MESTI JAWAB & 'SAMAN FITNAH' AKHBAR THE SYDNEY MORNING HERALD TANPA MENANTI MANA-MANA HARI SELASA YANG TIDAK PERNAH KUNJUNG DATANG !!
1. Kian lama, kian buruk lagi terbitnya berita-berita luar negara melalui sumber-sumber akhbar terkenal di sana, tentang pembabitan secara terus oleh pihak dari Kerajaan NAJIB RAZAK dalam pelbagai ketirisan DANA RAKYAT, melalui transaksi jual-beli hartanah di luar negara yang pada hakikatnya tergolong sebagai aktiviti JENAYAH GUBAHAN WANG HARAM (MONEY LAUNDERING CRIMES), di mana sebahagian dari DANA RAKYAT hasil dari transaksi jual-beli hartanah terbabit, kemudiannya lesap dari dinikmati sebagai DANA RAKYAT !!
2. Pada hari ini, 27.01.2018, sebuah akhbar Australia, THE SYDNEY MORNING HERALD telah menerbitkan sebuah Artikel di bawah tajuk "The Australian building that made almost $20m for corrupt Malaysians", yang jika diterjemah berbunyi "Bangunan Australia yang hasilkan hampir $20 juta untuk si-korup Malaysia" !!.
3. Intipati Laporan THE SYDNEY MORNING HERALD 27.01.2018 itu, seperti yang dimuat naik dan dipaparkan di Ruang Bawah, jika diterjemahkan berbunyi :
(a) " Cabang luar pesisir agen hartanah gergasi di Australia, 'Raine and Horne' adalah terbabit dalam satu skandal rasuah global yang melibatkan penjualan hartanah utama di Melbourne, pegawai-pegawai Malaysia yang korup dan pembocoran 'Panama Papers'. " !! (terjemahan Perenggan 1),
(b) " Skandal itu berpusatkan penilaian yang sangat melambung berkaitan sebuah bangunan pangsapuri bandar 280-bilik, 'UniLodge', yang kebanyakannya dihuni oleh para pelajar luar negara di 'Swanston Street', dekat Universiti Melbourne. " !! (terjemahan Perenggan 2),
(c) " Ianya adalah berlanjutan pendedahan bahawa wang kotor dari Malaysia sedang digubah secara haram melalui pembelian-pembelian hartanah Australia yang cuma memberi sedikit kesan kepada mereka yang memudahkan kegiatan rasuah itu. " !! (terjemahan Perenggan 3), dan
(d) " Ianya adalah satu masalah yang Kerajaan Australia menegaskan negara itu sedang atasi, namun selepas dua tahun siasatan yang dijalankan oleh Polis Persekutuan Australia (Australian Federal Police) dan janji untuk mendedahkan penipuan itu oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, tiada sesiapa yang menghadapi pendakwaan di kedua buah negara itu. " !! (terjemahan Perenggan 4)
4. Selepas pembutiran dan penghuraian lanjut berkaitan kronologi ringkas transaksi jual-beli hartanah itu di beberapa Perenggan lanjut di dalam Artikel berkenaan, yang saya tidak berhasrat untuk terjemahkan di tahap ini, Artikel itu telah melaporkan di Perenggan 12 dan 13 :
(a) " Kemudiannya, ketiga-tiga syarikat itu telah digunakan untuk memudahkan pengubahan ("flipping") hartanah 'Swanston Street' itu untuk $41.8 juta, berbeza dari harga sebenar. Transaksi itu telah lepaskan keluar $18.3 juta yang merupakan milik pembayar cukai Malaysia dan sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara itu. Sebaliknya, jumlah itu telah diagih-agihkan antara mereka yang berkonspirasi itu. " !! (terjemahan Perenggan 12), dan
(b) " 'Panama Papers' dan fail-fail lain yang didedahkan menzahirkan yang pegawai-pegawai Malaysia yang korup itu ada kaitan dengan parti pemerintahan Perdana Menteri Najib Razak, Umno, termasuk seorang pemimpin politik kanan Mohammad Lan Allani, adalah pihak di sebalik penipuan kedua-dua hartanah itu dan syarikat-syarikat luar pesisir. " !! (terjemahan Perenggan 13)
5. Terjemahan beberapa petikan Perenggan dalam Artikel yang diterbitkan oleh Akhbar THE SYDNEY MORNING HERALD 27.01.2018 yang telah dibutirkan di atas, dan yang telah juga dirujuk dan dilaporkan di Malaysia oleh THE MALAYSIAN INSIGHT 27.01.2018 bertajuk "Local firm rigged Mara’s Melbourne purchase, says report", adalah LEBIH DARI CUKUP untuk meWAJIBkan akan NAJIB RAZAK dan UMNO, memberi penjelasan kepada Rakyat Malaysia berkaitan kandungan Laporan tersebut, tanpa pilihan langsung untuk NAJIB RAZAK dan UMNO berdiam diri dan sunyi membisu lagi !!
(Link Laporan THE MALAYSIAN INSIGHT 27.01.2018 : https://www.themalaysianinsight.com/s/34604/)
6. Walhal, sekiranya NAJIB RAZAK dan UMNO ingin menafikan keseluruhan kandungan Artikel yang diterbitkan oleh Akhbar THE SYDNEY MORNING HERALD 27.01.2018 itu, maka sekali lagi, NAJIB RAZAK dan UMNO, tidak mempunyai pilihan melainkan untuk SAMAN FITNAH pihak Akhbar THE SYDNEY MORNING HERALD itu dengan serta-merta, tanpa perlu menanti mana-mana hari SELASA yang tidak pernah kunjung datang sebelum ini !!
BERANI KERANA BENAR
Haniff Khatri
Peguam Dr Mahathir
MAKIN JELAS
MAKIN TERANG
AAMERIKA JADI
KEPALA
KONSPIRASI
TERAJANG NAJIB
-----------------