PRU14
APA KATA MAHATHIR
Semua pelabon dan tukang karut politik bertanya. Semua pemerhati politik dari pelbagai jenis kangkong juga bertanya. Mereka bertanya: Kenapa Najib tidak bubar Parlimen 8 bulan dulu dan adakan PRU14.
Ini soalan yang masih belum dapat jawapan yang tuntas. Apakah duit 1MDB sudah habis? Apakah Najib belum mendapat mimpi? Apakah Rosmah masih belum puas bershopping? Tidak ada satu jawapan yang dapat mententeramkan jiwa sesiapa sahaja yang bertanya.
Tapi satu jawapan yang amat-amat meyakinkan. Pru14 belum dijalankan kerana wujudnya ‘ gaduh dalaman’ yang maha hebat antara ketua-ketua bahagian. Lebih dari 70 bahagian parti United Malays National Organisation sedang bergaduh sesama sendiri.
Pergaduhan dalaman untuk merebut kerusi Why Be hinggakan bekas MB Perlis Tuan Haji Shahidan Kassim terpaksa memberi amaran. Si Shahidan ini telah memberi ingatan kepada ahli United Malays National Organisation agar jangan bergaduh secara terbuka. Gaduh senyap-senyap dan tikam-tikam dalam gelap agar jangan dicium oleh media.
Tikam gelap-gelap ini menyebabkan Tuan Haji Zambry MB Perak menjadi mangsa. Tuan Haji Adnan MB Pahang dilaporkan juga sedang menggelupur. Tuan Haji Idris Harun Ketua Menteri Melaka juga sedang merana takut. Dan paling jelas ialah Tuan Haji Khalid Nordin sedang kena tibai apabila kawan baiknya Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan ditangkap SPRM.
Tidak cukup dengan ini Sabah dan Sarawak mahu menilai dan mengkaji kembali Perjanjian Malaysia 1963. Senang senang cakap - Sabah dan Sarawak melihat Najib ini lemah maka dua wilayah ini mahu merdeka.
Amat jelas jika PRU14 diadakan tahun lalu tim gerombolan penyamun pimpinan Najib akan menang dengan senang. Ini ketika Pakatan Rakyat sedang bernafas dalam lumpur. Ini sebelum anak-anak muda memanggil Tuan Haji Hadi Awang dengan nama Eddy Wang yang bunyinya lebih cool. Ini sebelum kes saman Tuan Haji Hadi Awang dibuka di London. Ini sebelum bini ke tiga Al-Ustad Wal Takiri mendapat kereta Audi baru
Sekarang - bila masuk tahun 2018 - semuanya sudah berubah. PAKATAN HARAPAN (PH) telah wujud. Mahathir Muhamad telah dilantik sebagai Pengerusi PH. Mahathir telah juga menjadi calon PH untuk menyandang tugas Perdana Menteri.
Hantu Raya dan Kumpulan Kugiran Mak Lemper yang heboh ke hulu ke hilir memukul rebana dan tetawak di Konveshen Pakatan Harapan bulan lalu telah dapat dipaku. Polong-polong Tak Bertuan yang masih berkeliaran telah hilang taring. Ada polong tak bertuan telah dimasukkan kembali ke dalam kotak. Apa yang jelas polong polong ini telah tidak lagi dapat menakut sesiapa pun.
Pakatan Harapan secara perlahan-lahan mengenap, mengeras , membeku dan menjadi kompak dalam satu organisasi tersusun. Kelam kabut semakin reda. Agihan kerusi hampir selesai. Bak kata Orang Puteh - Pakatan Harapan is on the move.
Jika sekarang PRU14 dijalankan jawabnya amat jelas - Barisan Nasional akan bungkus. Najib dan Rosmah tidak akan sempat lari ke Kazakhtan. Najib dan Rosmah akan ditangkap. Kapal terbang Kazakhtan yang diheboh-hebohkan oleh Datuk Kadir Jasin akan jadi labon kosong.
Diriwayatkan ada sebuah kapal terbang dari Kazakahtan yang sedang berlabuh di KLIA. Pesawat ini sentiasa bersedia untuk membawa Najib dan Rosmah lari. Apakah ini berita benar atau palsu tidak ada kepastian.
Tapi apa yang jelas jika pesawat ini wujud mustahil ianya akan dapat naik terbang. Ini kerana tayar pesawat ini akan lebih awal akan dibocorkan oleh para buruh KLIA. Percayalah - para buruh di KLIA ini amat gila babi taksub kepada Mahathir Muhamad. Dan mereka amat benci kepada Najib da Rosmah. Khalas.
Jika minggu depan PRU14 diadakan maka pada pagi ini Jabatan Kerja Raya akan mendapat arahan baru. Bilik penjara Sungai Buluh yang telah dikosongkan oleh Anwar Ibrahim akan diubah suai sadikit. Satu katil besi akan dipesan dari Korea. Katil besi khas untuk menampong berat badan Rosmah Mansor. Sebuah sel akan dipecah untuk dibesarkan pintunya. Ini untuk memastikan Rosmah Mansor dapat masuk ke dalam sel dengan selesa tanpa mengereng. Amin.
Lalu timbul persoalan jika dalam PRU14 Najib dan United Malays National Organistian akan kalah - apa yang nak dirisau. Kenapa heboh-heboh. Bukankah ini yang dimimpi-mimpikan oleh 30 juta rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia mahu melihat Najib dan Rosmah ditangkap, didakwa dan dipenjarakan. Khalas.
Sabar dulu.Bagini kesahnya.
Mahathir Muhamad Pengerusi PH telah lebih dari dua kali berkata bahawa kemungkinan PRU14 akan dibatalkan. Pada 6 Januari 2018 dalam Ucapan Penutup Konvensyen PH di Shah Alam ini Mahathir telah menimbulkan pekara ini.
‘ PRU14… mungkin tidak ada…’
Pada petang Sabtu 3 Febuari 2018 dalam Dewan Yayasan Perdana di Putra Jaya sekali lagi Mahathir telah menimbulkan pekara yag sama. Dihadapam hampir 400 orang anak muda Mahathir memberi ingatan bahawa Najib sedang merancang.
Apa rancangan Najib ini?
Mengikut pandangan Mahathir jika Najib melihat sokong terhadap Barisan Nasional dan kuncu-kuncunya semakin susut dan TIDAK menjamin kemenangan maka PRU14 akan dibatalkan.
Mahathir juga berkata - jika sesudah PRU14 Najib menang tipis maka Najib sedang merancang membuat huru hara untuk memastikan Najib terus berkuasa.
Mengikut pandangan Mahathir Si Najib ini akan menggunakan kuasa Majlis Keselamatan Negara dan kuasa Darurat.
Apakah kata-kata Mahathir ini tepat? Apakah ini benar? Apakah kenyataan sabagini masuk akal?
Apa yang penting ialah kita wajib menggunakan akal dan fikrah untuk menilai apa saja kata-kata Sang Politikus. Kita sebagai warga negara yang bertanggung jawab wajib terus berwaspada. Kita wajib melihat dari semua sudut sebelum membuat satu-satu keputuasan.
Apatah lagi kali ini tentang darurat dan keselamatan negara.
Pencerahan Mahathir tentang rancangan jahat Najib di Forum Anak Muda Sabtu lalu telah dijawab oleh Menteri Salleh Kerouk. Si Salleh ini pasti telah di arahkan untuk menjawab. Kalau dahulu ada Azalina dan ada Rahman Dahlan untuk menjadi benteng Najib. Kini nampaknya yang tinggal hanya Salleh sebatang kara.
Kenapa perlu Salleh menjawab dan menafikan? Kalau semua ini hanya ‘ ngong’ dari Mahathir. Kalau labon ini hanya putar alam dari Mahathir kenapa Salleh bertegang lidah menafikan? Apakah ada buaya disebelah bangkai. Apakah ada Rosmah disebalik Birkin?
Kebiasaan di Malaysia ini apa sahaja yang dinafikan oleh Perdana Menteri, Menteri, atau Menteri Besar atau oleh Mufti atau oleh sesiapa sahaja - ertinya pekara yang dinafikan itu wujud. Ini cara kita membaca media dalam negara dunia ketiga yang bernama Malaysia ini.
Justeru, mari kita renungkan betul-betul dan leraikan apakah Mahathir ini berkata benar.
Pertama : Si Mahathir ini telah menjadi PM selama 22 tahun. Ini bermakna sosok ini masih lagi memiliki jaringan penyokong dalam kerajaan Najib. Mustahil tidak ada pegawai polis, pegawai tentera, pegawai risikan - yang hati perut mereka telah lama terikat kepada Mahathir.
Lihat sahaja Jeneral Bersara Ketua-ketua Angkatan Bersenjata yang mara ke hadapan apabila Najib menghapuskan pengawal pribadi Mahathir. Kumpulan NGO Patriot ini semuanya penyokong tegar Mahathir.
‘ Tun… boleh berjumpa… ada hal…’
Pasti ada juga ahli-ahli perniagaan yang menjadi kaya raya kerana Projek Tun. Jika Si Kaya ini terdengar gosip atau tercium kentut busuk Najib atau dengar khabar-khabar angin pasti mereka juga akan membuat sesuatu.
‘ Ello Sopi… could you arrange a meeting with Tun…rather urgent..’
Malah terbukti jelas Mahathir juga masih ada hubungan lagi dengan sosok-sosok bekas Menteri. Pasti masih berhubung dengan gedebe-gedebe dalam United Malays National Organisation sekarang. Kecuali Khairy, Azalina, Rahman Dahan dan Salleh Kerouk - semua kabinet Najib yang sekarang ini tahu bahawa Najib ini seorang pencuri dan penyamun.
Menteri dan para gedebe United Malays National Organisation sedar dan tahu siapa sabenarnya Najib. Mulut mereka disumbat dedak. Jadi amat susah untuk bercakap. Tetapi jika ombak Melayu mengampoh dalam PRU14 ini semuanya akan berubah.
Contoh terbaik ialah Isa Samad yang tahu apa yang telah berlaku di Port Dickson. Dan kenapa 6 orang Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan diberhentikan bertugas. Justeru - jika kaki Isa Samad terus dipijak oleh Najib maka Si Katek ini pasti akan menalipon Tun Mahathir.
Contoh paling afdal yang terbaru ialah Ketua Orang Asli Gua Musang Tengku Razaleigh telah mengakui kepimpinan Mahathir. Dan ini disambut baik oleh Samy Velu yang juga telah membeli insuran dengan mengakui ketrampilan kepimpinan Mahathir.
Kedua: Najib ini sedang disiasat di Singapura, di Luxumbourg, di Hong Kong di Peranchis , di Switzerland dan di Amerika. Di Peranchis kes rasuah Scorpene. Dilain negara kes 1MDB.
Hakikatnya Najib TIDAK… diulangi sekali lagi….TIDAK… Najib tidak akan dapat melarikan diri dari kes 1MDB ini. Hanya menunggu masa bila kes ini akan meledak terbarai. Di Amerika kes 1MDB telah bertukar dari kes sivil menjadi kes jenayah.
Yang menyelamatkan Najib dari di tangkap dan didakwa pada hari ini ialah kerana Najib ini masih lagi Perdana Menteri Malaysia. Najib tidak akan ditangkap kerana Ketua Polis adalah lantikan Najib. Najib tidak akan didakwa kerana Peguam Negara adalah lantikan Najib. Najib tidak kan berhadapan dengan kes rasuah kerana Pengarah SPRM adalah lantikan Najib.
Hakikatnya - selagi Najib terus menjadi Perdana Menteri Si Najib ini akan terus kebal.
Maka cuba bayangkan apa dalam otak Najib dan Rosmah. Apa yang sedang mereka fikirkan sekarang apabila melihat ribuan warga Felda datang mendengar ceramah Mahathir. Apa dalam benak Najib apabila melihat bendera merah Bersatu mememagari kampong-kampong di seluruh Kedah.
Apa yang sedang difikirkan oleh Najib apabila setiap pagi laporan SB masuk menyatakan semakin ramai pegawai kerajaan belot. Pegawai kerajaan amat menyampah melihat perangai Rosmah. Semakin ramai Cik Gu dan Cik Gi merasa tidak puas hati dengan kerajaan. Mereka akan mengundi Pakatan Harapan.
Laporan risikan ini menghuru harakan fikrah Najib. Maka apakah huru hara ini akan menjadi jalan selamat untuk Najib dan Rosmah? Tunggu minggu hadapan. (tt)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
--------------------