RABU
KERAJAAN BARU
KECUALI ...
Saya ulangi lagi ayat yang saya tulis minggu lalu.
Jelas. Semakin jelas pada pagi 10 Mei 2018 - Pakatan Harapan (PH) akan menubuhkan sebuah kerajaan baru menggantikan kerajaan Najib Rosmah dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional.
Kecuali ditipu. Kecuali disabotaj.
Penipuan dan sabotaj telah berjalan berbulan bulan. Saya tidak perlu melakar pekara yang sama. Umum - anak semua bangsa - bangsa semua agama - telah tahu perkara penipuan ini.
Dari persempadan semula, peralihan pengundi, penambahan pengundi, undi awal, undi pos dan dan dan. Semua ini adalah jenis penipuan yang telah dijalankan secara resmi. Secara tersusun.
Justeru - abang, adik dan kakak - jangan lupa dengan Si Minah yang bernama Fatimah Ismail. Dimana agaknya 900 ekor Si Fatimah ini akan mengundi? Pelik lagi benar inilah hakikat piliharaya di Malaysia kita ini.
Siapa Fatimah ini dan hantu mana yang akan muncul sebagai Fatimah. Tidaklah saya dapat meramalkan. Saya hanya berani berkata ..walhualaam bisawab.
Walau pun ada Fatimah. Walau pun ada hantu muncul mengundi. Walau pun ada yang hilang nama. Walau pun ada yang gagal mengundi, yakinlah pada Rabu ini kemenangan masih jelas didalam tangan Pakatan.
Menafikan fakta ini adalah menafikan bahawa air laut itu masin. Menafikan fakta kekuatan sokongan rakyat terhadap Pakatan sama saperti menafikan Saloma dan P.Ramlee adalah suami isteri.
PRU14 kali bukan tsunami China. Ini bukan - apa lagi China mau. Ini bukan apa lagi India mau. Ini bukan lagi Melayu takut berubah tanpa Ketuanan Melayu.
PRU14 adalah tsunami anak semua bangsa - bangsa semua agama. Tsunami ini berniat , bertekad dan berakidah untuk meghumbankan Najib Rosmah ke dalam tong sampah sejarah. Kecuali ditipu. Kecuali disabotaj. Kecuali. Kecuali. Kecuali.
Lalu persoalan timbul. Kenapa dimunculkan KECUALI ditipu. Kecuali disabotaj.
Kecuali ini muncul dari pengalaman. Kecuali ini bukan muncul dengan tidak sengaja. Kecuali ini memiliki sejarah dan fakta. Kecuali ini bukan kecuali sawenang-wenang.
Belum pun Rabu sampai - ketika mengundi pos dijalankan - kita telah terbaca berita bagaimana seorang anggota polis yang tidak dapat mengundi. Ada ‘malaon’ lain yang lebih awal telah datang mengunakan nama Si Polan ini. Ini bukan berita palsu. Fakta Laporan Polis telah tersebar luas.
Ini satu KECUALI yang kita tahu. Berapa ratus ribu kecuali yang lain yang kita tidak tahu. Malah pada Rabu ini kecuali ini akan menjadi lumrah. Kecuali ini bukan satu yang ‘rare’ - satu yang ganjil. Satu yang diluar jangkaan.
Pada Rabu ini kecuali ini akan menjadi pendekatan yang akan digunakan oleh aparachik Najib untuk memastikan Pakatan Harapan gagal ke Putra Jaya.
Abang, adik kakak - ingat tidak dengan PRU13. Ingatkan kembali dakwat kekal kecuali dakwat itu tidak kekal. Berapa puluh ribu agaknya undi dua kali telah dijalankan kerana dakwat tidak kekal. Tidak ada siapa yang tahu. Kecuali… Pakatan berkuasa di Putrajaya.
Sayugia dingati kembali kesah lampu padam ketika undi dikira. Tetiba tak ada kuasa leterik. Tetiba peti baru sampai. Tetiba tertiba.. kecuali kita tahu apa makna lampu padam. Tetiba borang 14 hilang… kecuali kita semua telah bersedia untuk menangani semua ini.
Hakikatnya dalam PRU13 - Pakatan Rakyat telah menang dengan mendapat 52% undi popular - termasuk dari Sabah dan Sarawak. Kecuali ditipu. Maka Pakatan Rakyat telah dinafikan Putrajaya. Apakah ini akan berulang…kecuali kita bersedia.
Saya telah mengikuti Jelajah Harapan. Jelajah adalah ceramah besar dimana kesemua atau hampir semua empat pemimpin tertinggi Pakatan akan hadir sama. Melaka - di Alor Gajah, Perak di Taiping, Pulau Pinang di Padang Kota, Kedah di Gua Chempedak, N.Sembilan di Seremban, Perlis di Utan Aji, Johor di Pasir Gudang, Kelantan di Bachok, Terengganu di Dungun, Pahang di Kuantan dan ditutup kembali di Melaka.
Puluhan ribu warga yang datang. Puluhan ribu anak semua bangsa yang datang menjengok mendengar. Saya yakin ramai diantara mereka - kerana terlalu ramai - tidak dapat mendengar buah butir yang diucapkan oleh pucuk pimpinan Pakatan.
Tapi yang penting ialah mereka hadir. Tubuh badan mereka sama berasak-asak di padang atau di jalan raya. Kehadiran rakyat biasa, kehadiran orang biasa ini adalah tanda bersetia kawan dan menunjukkan sokongan mereka kepada Pakatan.
Semua menyimpan niat pada petang Rabu ini sebuah kerajaan baru akan wujud. Pada hari Khamis dan Jumaat - seluruh negara telah diberi cuti. Ini kenyataan dari Mahathir Muahamad - Pengerusi Pakatan Harapan dan juga Perdana Menteri baru Malaysia. Kecuali….
Kecuali…. penipuan muncul kerana selama 60 tahun ini kita tidak pernah ada pengalaman bertukar kerajaan. Selama 60 tahun ini kita hanya dikawal oleh United Malays National Organistion.
Parti Ketuanan Melayu ini adalah hegemon - kuasa besar - yang selama 60 tahun ini telah berkuasa. Berkuasa dengan kuasa yang melebih kuasa sahinggkan kita tidak tahu dimana kuasa gerombolan bermula dan dimana kuasa ini akan berakhir.
Segala bentuk kecuali telah dilakukan oleh gerombolan Ketuanan Melayu ini. Segala bentuk kekuasaan telah dijalan oleh gerombolan Ketuanan Melayu ini dengan kerja sama kuncu-kuncunya.
Rampokan demi rampokan. Penjarahan demi penjarahan telah dijalankan. Segala bentuk kejahatan telah dilakukan. Semua dilakukan tanpa dakwa dakwi. Semua dilakukan secara terbuka dihadapan mata 28 juta anak semua bangsa.
Kerana bagitu lama berkuasa. Kerajaan tidak pernah ditukar ganti. Maka telah lahir satu budaya dimana orang ramai cuba ditakut-takutkan hanya dengan menyatakan bahawa negara Malaysia tanpa gerombolan Ketuanan Melayu akan lingkup dan hancur.
Bani Melayu dikatakan tanpa parti Ketuanan Melayu akan hilang lenyap dari dunia ini. Kalau pun Hang Tuah dan Hang Jebat muncul sekali lagi - Bani Mleayu tidak akan dapat diselamatkan. Tanpa United Malays National Organisatioan maka Bani Melayu akan mati - kehilangan punca oxygen. Ini naratif rahai yang telah dijual… kecuali. Amin.
Parlimen dan Perlembagaan bukan lagi rujukan. Kuasa telah mengambil alih segala-galanya. Malah Najib dengan falsafah - Cash is King - Duit Itu Raja - telah dan sedang menyediakan Tanah Melayu ini untuk menjadi tanah jajahan China Merah. Kecuali….
Kecuali… pada Rabu ini anak semua bangsa bersedia, berwaspada untuk berjuang merebut kemenangan.
Projek Najib dengan China Merah akan digagalkan. Projek parti cukong MCA dengan China Merah akan digagalkan. Kecuali… kita tidak memahami betapa bahaya besar yang akan dibawa oleh China Merah. Kecuali.. kita tidak sedar bahaya ini sedang berada dihadapan pintu rumah kita.
Mengambil alih kerajaan dari Najib bermakna Pakatan berjaya menyelamatkan Tanah Melayu kita ini dari jatuh ke tangan China Merah. Kemenangan Rabu ini bermakna Tanah Melayu dapat diselamatkan dari menjadi provinsi China Merah.
Menyelamatkan Tanah Meayu dari China Merah sebenarnya adalah inti pati PRU14. China Merah adalah latar belakang PRU14. China Merah sentiasa bersedia untuk menjamin dan mengdukong Najib dan MCA sebagai agen hartanah yang akan menggadaikan Tanah Melayu.
Pertempuran Pakatan dengan Barisan sebenarnya adalah pertempuran untuk menyelamatkan Tanah Melayu dari menjadi tanah jajahan China Merah. Ini juga adalah isi ceramah kempen Jelajah dari Pakatan Harapan.
China Merah disebut disana sini. Ada yang meyebut China Komunis. Tapi hakikatnya semua tahu negara makna yang dimaksudkan.
Peranan China Merah diterangkan. Malah ceramah Jelajah membawa pencerahan tentang peranan China Merah. Tentang agenda China Merah terhadap Tanah Melayu.
Fakta ini ramai yang tidak sedar. Ramai yang tidak faham.. kecuali…
Kecuali… cuba kita membuka mata. Lihat kain rentang BN. Ada nama syarikat China Merah tertera sama. Ini memberi makna , memberi implikasi bahawa kain rentang ini ditaja oleh syarikat China Merah. JIka tidak menaja kenapa nama syarikat China Merah ini perlu atau wajib ada ditulis sama dalam kain rentang. Apa pentingnya syarikat China Merah ini?
Apakah syarikat China Merah ini tidak sensitif terhadap perasaan ahli Parti Ketuanan Melayu? Kecuali… semua ahli parti telah lok lak.. telah mabuk syabu.. telah mabuk ice hingga tidak lagi faham akan tanda tanda ini. Wahahhu alam.
Berani berjuang dan berani menang akan menjadi laungan kosong. Sama saperti melaungkan - lawan tetap lawan - lawan sampai menang. Ianya juga akan menjadi laungan kosong kerana laungan ini tidak memiliki apa-apa cadangan. Kecuali…
Kecuali pada Rabu ini semua penyokong Pakatan Harapan telah bersedia. Mereka melaungkan - Berani Berjuang Berani Menang. Dan tahu bagaimana untuk menang.
Wajib kita semua bersedia untuk memerhatikan akan perangai, kelakuan dan lengok Suruhan Pilihan Raya. Pasti akan ada kerenah merenah baru yang akan dimunculkan. Pasti ada peraturan baru, undang undang baru - yang dimunculkan disaat akhir untuk menyusah dan untuk menghalang pengundi Pakatan mengundi.
Kita perhatikan dengan badan tegak berdiri siap siaga kecuali SPR membuat projek penipuan yang besar. Kita perhatian dengan dada terbuka kecuali…..apa lagi yang SPR akan buat.
Ramai berani berjuang. Tapi gagal merampas kemenangan kecuali… kali ini pemimpin Pakatan Harapan dengan jelas tahu arah mana lengok Najib.
Kemana lengok Najib mengarah kesana Pakatan Harapan akan sampai. Kemana lengok Najib menjalar ke sana orang ramai akan menunggu. Sebanyak 28 juta mata sedang memerhatikan Najib kecuali..
Membaca tulisan saya ini adalah membaca sejarah yang sedang dilakar. Pada RABU ini kita bukan lagi membaca sejarah. Kita bersama membuat sejarah menubuhkan kerajaan baru. Kecuali ditipu. Kecuali disabotaj. Selamat mengundi. Selamat Datang Kerajaan Baru. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45
-----------------------