KENYATAAN MEDIA AMCJL
(ANAK MUDA CARI JHO LOW)
TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA ATAS KEPULANGAN EQUANIMITY
1. Kepulangan bot mewah milik penjenayah Jho Low ‘Equanimity’ ke negara hari ini merupakan detik baru dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang begitu komited mahu menyiasat skandal mega 1MDB. Kepulangan bot mewah ini merupakan satu milestone sebuah kerajaan baru yang berasaskan prinsip integriti dan good governance. Siasatan ke atas skandal 1MDB akan membuka satu petunjuk baru kepada pasukan penyiasat SPRM untuk menyiasat secara holistik skandal mega ini.
2. AMCJL menyokong penuh kenyataan kerajaan untuk melelong bot mewah ini setelah siasatan dan prosiding kes ini selesai. Hasil lelongan ini perlu dikembalikan kepada rakyat kerana perolehan bot mewah ini adalah hasil pengubahan wang haram yang diseleweng daripada dana 1MDB. Justeru, pemburuan ke atas Jho Low perlu dipertingkatkan bagi membolehkan siasatan dan pendakwaan terhadap Jho Low dilakukan seberapa segera. Pembayaran hutang 1MDB oleh kerajaan sebanyak RM7 bilion adalah bukti kerugian serius yang ditanggung oleh rakyat. Maka, pilihan yang dibuat rakyat dalam PRU ke-14 lalu adalah tepat.
3. Sudah pasti kepulangan bot mewah ini adalah atas kehendak rakyat yang menolak Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB. Usaha AMCJL selama ini dalam menyedarkan rakyat berkaitan jenayah curi Jho Low termasuk isu bot mewah Equanimity melalui wacana forum dan perhimpunan aman pada 14 April yang lalu tidak sia-sia kerana rakyat telah berani bersuara menolak pencuri demi menyelamatkan Malaysia tercinta ini.
Terima kasih rakyat Malaysia.
FAIZ FADZIL
JURUCAKAP AMCJL
7 OGOS 2018
------------