Rabu, 19 September 2018

HANYA SATU MALAM






ALAMAK

HANYA 

LOKAP SPRM

GUA TAK

PERNAH MASUK

TAK ADA SAPA

NAK RASUAH GUA




Najib akan bermalam di lokap SPRM, berdepan kes RM2.6b esok


SPRM hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah menahan bekas Perdana Menteri, Najib Razak berhubung kes1MDB yang berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

Dalam satu kenyataan media, SPRM memaklumkan penahanan itu dibuat pada jam 4.13 petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

“Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (20 September), jam 3.00 petang untuk pertuduhan di mahkamah," katanya.

KALAU LOKAP

DANG WANGI

JINJANG

JALAN STADIUM

LOKAP PULAPOL

GUA BOLEH 

BERI MAKLUMAT

BILIK MANA 

YANG BISING

BILIK MANA

YANG OKAY

DAN TEKNIK

NAK KAUTIM

DGN CIK GU


---------------------

PENCERAHAN







PENCERHAN

ramai but komen
ramai anta surat
pasal merakam sejarah
tulisan ini tak habis habis
ngapa tak tulis panjang panjang

diberiatyhu disini
tulisan ini juga muncul
dalam suara keadilan cetak
maka
tak boleh lebih 
dari 1500 patah perkataan
juga
dari segi teori internet
kalau terlalu panjang
pembac akan akan bosan

gau aras gua wajib
menuliskan semua
agar iaya jadi bahan sejarah
peranan watak watak gelap
pernan media asing
untuk untuk memberi kefahaman
bahawa
united malays national organisation
dijatuhkan
melaluyi teori united front
dengan usaha kerja
banyak pihak
bukan oleh
mamat ini
atau
mamat itu

bukan 
kerana minah ini
atau
minah itu

bukan 
kerana sosok ini
atau
sosok itu
AMIN
----------------

WAJIB DITANGKAP







TANGKAP 
ORANG ORANG  INI
WAJIB DITANGKAP
UNTUK MEMBAWA
KEADILAN KEPADA
TANAH MELAYU

SENARAI AKAN
DISAMBUNG
PEMBACA TT
SILA BERI 
CADANGAN


---------------

TANGKAP TANGKAP







TANGKAP 

TANGKAP

SATU DUNIA

DAH LAMA

TUNGGU


Najib ditangkap berhubung 'derma' RM2.6 bilion

NAJIB Razak dijangka akan didakwa kerana penyalahgunaan kuasa berhubung “derma” RM2.6 bilion yang didakwa diterima dari keluarga diraja Arab Saudi, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM berkata pihaknya telah menahan bekas perdana menteri berhubung perkara itu di ibu pejabatnya kira-kira jam 4.13 petang hari ini.

“Najib akan berdepan beberapa dakwaan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Najib akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis jam 3 petang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut SPRM kini bekerjasama dengan polis untuk merakam keterangan Najib sebelum dibawa ke mahkamah esok. 

INI BARU BETUL

ORANG JAHAT 

NAK JUAL

TANAH MELAYU

PADA 

CHINA MERAH

EEE...EEHH

SAPA BAGI

ARAHAN

BUNUH

ALTANTUYA

SAJE TANYA

JANGAN LUPA



---------------------------

CARI SAMPAI DAPAT



CARI CARI

SAMPAI DAPAT
Bkn malas tt. Kami ni warga working class. Buruh bawahan. 8 pagi sampai 8 mlm mencari makan.8 mlm sampai 12 mlm masa utk anak2. Lps tu romen bini 15 mint. Then tdo. Kol 6 pagi bgn subuh siap2 anak, hantar skolah, kejaran naik transport p keroje. Itulah kisah keluarga b40 zaman edan. Tuan tt budiman tlg la lengkapkn hidup kami dgn berita maklumat. 
on CARAI SAMPAI DAPAT
Publish | Delete | Spam
Nope
on 9/19/18






------------------

PERUBATAN



PERUBATAN

pak TT dont play play.. nurul izzah anuar dan tun madey pun dah bagi green light utk legalised weed ni.. biar le ank muda kembali ke zaman woodstock mengenali spiritual dan holistic supaya jiwa lebih merdeka cam pak tt.. kohkohkoh puffffff hembusssss on 
SAPA MAT PET ITU?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 4:57 PM

----------------

MERAKAM SEJARAH LAGI









MERAKAM 

SEJARAH

Mendatar cerita minggu ni TT..tulis pjg sikit. Selang seminggu banyak lama maa... on MERAKAM SEJARAH - DISINI IANYA BERMULA
Anonymous
on 9/19/18
Bosan tol TT. Memang terpengaruh drama indon la kao neh.kah kah kah kah.. Mau jadi 345 episod ni. on MERAKAM SEJARAH - DISINI IANYA BERMULA
Publish | Delete | Spam
air gunung
on 9/19/18


----------------------

FITNAH FITNAH




FIRST LADY

DIFITNAH LAGI
First Lady kena fitnah,kena tuduh macam2... salah kah kalau terima duit husband...? salah kah kalau terima hadiah good friend...? Melayu ni memang kuat dengki..! Suka jaga tepi kain orang... suka tengok kak Rose masuk penjara...! Why..apa dosa kak Rose...? on 
TER NOWW TER HOTT
Publish | Delete | Spam
Whiteeagle Brando
on 9/19/18



-------------------

MERAKAM SEJARAH - DISINI IANYA BERMULA




MERAKAM SEJARAH  

DISINI IANYA BERMULA

Untuk berlaku adil kepada sejarah saya wajib merakamkan juga beberapa babak latar belakang  yang menuju kepada 9 Mei 2018. Saya wajib menuliskan pertemuan-pertemuan gelap dan  watak-watak gelap yang  memainkan peranan untuk membidani kelahiran 9 Mei.

Pada 5 Mei 2013 - Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya. Penipuan yang dirancang  licik  oleh SPR  cukup jelas. Penipuan SPR ini bertujuan untuk  memastikan Najib Rosmah dan United Malays National Organisation terus berkuasa.

Contoh terbaik ialah dakwat kekal  yang TIDAK kekal. Anak semua bangsa ditipu bulat-bulat oleh Najib dan SPR. Ketika ini penipuan dijalankan dengan angkuh sekali. SPR merasakan United Malays National Organisation  ini akan terus berkuasa hingga  dunia kiamat. Tidak ada kuasa dalam dunia ini yang dapat mengalahkan Najib Rosmah. Amin

Kemenangan yang dirampas dalam PRU13 cukup menyakitkan hati. Pada  malam Rabu 8 Mei 2013 satu berhimpunan besar telah diadakan di Stadium Kelana Jaya. Ini tanda bantahan terhadap penipuan SPR dalam PRU13.

Pada petang 6 Mei 2013 kawan lama saya Zahid Hamidi yang kini  menjadi orang kanan Najib telah manalipon saya. Zahid meminta saya mengalihkan perhimpunan ini ke Stadium Merdeka. Zahid Hamidi  tanpa diminta telah menyewa Stadium Merdeka dengan menggunakan duit poketnya sendiri. Saya  dengan sopan telah menolak permintaan Zahid.

Anak semua bangsa telah berbondong-bondong turun dari awal petang ke Stadium. Paling jelas ialah kedatangan anak anak muda. Paling jelas ialah sokongn ampoh anak muda China. Semua turun membantah.

Angka 300 ribu  yang turun ke stadium cukup menakutkan Najib. Tapi perhimpunan malam itu telah gagal kerana ini hanya bantahan yang tidak bergerak ke mana-mana. Tersadai dalam stadium. Akhirnya ianya hanya   menjadi berhimpunan melepas geram. 

Polis dan FRU tidak kelihatan pada malam itu. Ini cara Zahid yang tidak  mahu berkonfrantasi. 

Saya berpendapat pada  malam itu seharusnya Anwar Ibrahim bukan hanya labon  berceramah tetapi membawa  300,000 anak semua bangsa bergerak ke  ke Putrajaya. Saya yakin malam itu juga Najib dan Rosmah akan lari lintang pukang.

Satelah gagal di Kelana Jaya anak-anak muda turun pula ke Padang Merbok  - berhimpun bermalam - terus  membuat bantahan penipuan SPR.  Sasaran anak muda ialah bangunan Parlimen. Semangat lawan anak muda sesudah PRU13 cukup kental. 

Najib mengambil tindakan  menangkap berbelas-belas anak muda . Mereka  yang ditangkap dihadapkan ke mahkamah.

Najib dengan licik telah menggunakan hukum dan hakam untuk mengalahkan musuh politik. Niat anak muda untuk membatalkan upacara angkat sumpah para YB di Parlimen telah digagalkan.

Sesudah semua ini berlaku maka ada semacam rasa kecewa. Ada semacam rasa ‘keletihan politik’. Ada semacam rasa putus asa. Ada semacam rasa mustahil untuk menumbangkan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya. Dalam bahasa politik telah wujud ‘ political fatique’.

Tetiba pada 27 Januari 2014 tenaga dan kegairahan politik muncul semula. Rafizi memulakan ‘Langkah Kajang’. Saya menjadi penyokong awal memberi analisa tanda dan makna ‘Langkah Kajang’. Rafizi, Aru  PSM dan saya telah berforum di UBU Bangsar. Saya menyokong stratiji ini untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Khalid  yang semakin tidak mengindahkan kepentingan Pakatan Rakyat wajib  digantikan dengan Anwar Ibrahim. 

Rancangan ini juga telah digagalkan. Kes Anwar ‘berjahat’ dengan Saifol dipercepatkan. Akhirnya Langkah Kajang gagal. Khalid digantikan oleh Azmin Ali. Kemuramam politik bertambah-tambah.

Dalam suasana keletihan politik ini Anwar telah didapati bersalah dan dimasukkan ke penjara untuk kali ke dua pada 20 Feb 2015. Seolah-olah jalan buntu telah ditemui.

Saya sendiri merasakan keletihan politik. Ini bukan letih pisikal tapi letih emosi. Satu demi satu saya bertemu dengan kegagalan. Malah saya telah menyatakan kepada Anak Muda Bangsar  - kita wajib tunggu  30  tahun - untuk sekali lagi pusingan politik anti kerajaan sampai. 

Pada ketika ini Mahathir Muhamad masih lagi  Mahafiraun. Saya yang terlibat dalam menyusun politik jalanan Reformasi98 telah berjaya mengcap Mahathir sebagai ikon kezaliman. Tulisan-tulisan saya telah menggariskan siapa dia si Mahathir ini. Hingga ke hari ini tulisan saya itu masih dirujuk untuk digunakan sebagai kutukan bahawa  Hishamuddin Rais hari ini telah ditimbus dedak.

Dalam suasana keletihan politik   saya mula terdengar sok seh sok seh  Mahathir telah mula mengkritik Najib. Sebab musabab masih tidak jelas.

Inilah latar  dimana saya mula merisik untuk mencari kawan baru. Masanya telah sampai untuk  memperbanyakkan kawan. Membuat pensejajaran semula  dan memencilkan musuh. Saya yang bermazhab kiri cukup yakin dengan teori ‘united front’ atau Barisan Bersatu. 

Saya bukan ahli parti. Dan saya juga bukan ahli mana-mana NGO. Saya hanya menjadi ‘sosok rujuk’ untuk BERSIH2.  Saya sedar bukan semua ahli Pemandu Bersih itu cekap politik. Malah banyak NGO dalam jaringan Bersih ini amat-amat bebal politik. Mereka tidak faham hal stratiji dan taktik untuk menjatuhkan kerajaan.

Saya terlibat dalam BERSIH hanya dengan satu tujuan. Untuk menyusun gerakan jalan raya. Mengumpulkan orang ramai  untuk menjatuhkan kerajaan. Pilihan raya bersih dan adil ialah stratiji untuk mengolah persetujuan orang ramai agar turun ke jalan raya. Dalam hal ini saya cukup jelas.

Kritikan Mahathir terhadap Najib makin lantang. Para aktivis Ngo dan parti politik masih melihat ‘pertelingkahan’ ini  hal dalaman parti. Untuk saya bunyi biola yang digesek oleh Mahathir ini amat menyegarkan.

Saya berkhayal dan membayangkan betapa indahnya  Si Mahathir  yang mengkeritik Najib dapat diajak bersama untuk menggalang barisan bersatu.

Justeru untuk menglunaskan niat, saya telah meminta pandangan dan bantuan Amin Blak seorang wartawan MalaysianInsider. Pada ketika ini portal ini  belum diarwahkan. 

Sebagai wartawan Blak  memiliki jaringan yang luas.  Dia memiliki hubungan dengan pemimpin parti politik dari kerajaan dan pembangkang. Blak juga ada hubungan dengan  sosok-sosok  ahli perniagaan. 
Lalu saya  menyatakan  keinginan saya untuk bertemu dengan Orang Tun. Maksud saya ialah berbincang dengan sosok yang memiliki hubungan intim dengan Mahathir Muhamad.

Perbincangan untuk   mencari Orang  Tun ini berlaku pada awal tahun 2015. Hakikatnya saya sebenarnya  sedang merancang Bersih4. Justeru saya wajib memperbanyakkan kawan dan mengurangkan  lawan.

Saya tidak memilik mandat dari Bersih atau dari sesiapa pun untuk memulakan perbincangan gelap ini.  Maria Chin atau Ambiga tidak mengetahui apa yang saya lakukan. Saya melakukan ini kerana saya yakin dengan teori United Front. Saya mahu menggalang barisan bersatu yang luas.

Malah saya tidak tahu siapa Orang  Tun yang akan saya temui.  Blak melontarkan beberapa nama. Semua nama-nama yang dilontar  saya tidak tahu atau kenal. Maka saya pulangkan proses penapisan ini kepada  Blak.

Pada bulan  Feb 2015 Blak membawa berita baik. Dia telah berjaya menghubungi Orang Tun. Sosok ini telah bersetuju untuk bertemu dan berbincang.  

Biasanya saya akan mengadakan perbincagan di Old Town Brickfield.  Dalam dunia romantik,  saya anggap Old Town Brickfeild ini sama   saperti kedai kopi yang amat terkenal dalam dunia ini - Cafe de Flore St. Germain Paris. 

Cafe de Flore ialah tempat Jean-Paul Satre bertemu dengan buah hatinya Simon de Beauvoir. Tempat ahli falsafah ini menulis falsafahnya. Ianya juga tempat lepak Albert Camus. Kedai kopi ini telah dan masih menjadi  tempat lepak para aktivis politik dan intelektual kota Paris. 

Dalam kedai kopi ini garis politik  pemberontakan anak muda dan pelajar di Paris pada tahun 1968 telah dibincangkan. Kedai kopi ini telah menjadi salah satu simbol Paris.

Manakala di Old Town Cafe Brickfeild saya telah membincangkan keputusan untuk mengadakan Bersih 3, 4 dan 5. Disini juga pertemuaan awal merancang  antara Mat Sabu dan saya untuk mengadakan Himpunan Kebangkitan  Rakyat.

Rafizi, Mat Sabu, Rahim Ghaus, Tian Chua, Latifah Koya, Eli Wong, Salehuddin Ayub,  Suhaizan Kayat, Saifuddin Nasution, Sivarasa, Malek Husin, Rara, Jamaliah, Sheikh Omar, Dr S.Husin, Dr Jeya adalah  diantara nama-nama orang politik yang pernah datang berbincang dengan saya  di Old Town Cafe. 

Old Town saya pilih kerana saya boleh sampai dengan berjalan kaki dari bilik sewa saya. Sabenarnya nama Old Town itu hanyalah nama tempat bertemu. Kami  selalu duduk berbincang disebelah Old Town. Kami memesan minuman dari Restoran Husin atau membeli  chee cheong fun dari kereta tolak   dipermulaan  Jalan Thambypillay. Ini sejarah. Amin.

Justeru saya mencadangkan kepada Balak untuk bertemu Orang Tun di Old Town. Cadangan telah ditolak oleh Blak. Blak merasakan kedai kopi ini tidak sesuai. Maka dipersetujui untuk bertemu di Strawberry Cafe di Petaling Jaya. Ini lebih ‘up market’ berbanding  Jalan Merah Thambypillay.

Kami memilih hari bekerja agar tidak ramai pelanggan dalam cafe. Pertemuan jam 9.30 malam. Saya  dengan Blak datang awal dan menunggu.  Tepat jam 9.30 malam sosok ini sampai. Saya tidak akan menuliskan nama sosok ini. Kerana sosok ini adalah sosok belakang tabir yang pasti tidak mahu namanya diwar warkan.

‘ Datuk… saya berniat nak bekerjasama dengan Tun… ok ke?  Saya membuka gelangang.

‘ Kerja sama macam mana?

Saya terperangkap dengan soalan yang datang. Sabenarnya saya cuma merisik-risik.

‘ Dengan Bersih… kalau kami buat himpunan lagi… ‘

Pada ketika ini tidak ada sesiapa pun bersuara tentang Bersih 4. Tapi saya telah mula merisik secara gelap tanpa pengetahuan Maria Chin yang ketika ini menjadi Pengerusi Bersih.

‘ Kita tengok macam mana.. kita bincang nanti…’

Risikan saya tamat disini. Kemudian kami berlabun politik. Saya terus mengcungkil kesah politik Mahathir dengan Najib. Orang Tun ini juga berkesah itu dan ini. Pertemuan pertama mesra.  Apa terjadi sesudah pertemuan ini. Tunggu  minggu hadapan.  (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45

------------------

PAK HAJI MULA BERGADUH







 HAMDUL



SERONOK

RAKYAT AMAT

SUKA HATI

PAK AJI

GEROMBOLAN

MULA GADUH

Salah Zahid, Mustapa keluar Umno, kata Khairy

PRESIDEN Umno Tuan Haji Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab kerana Mustapa Mohamed keluar parti, kata Tuan Haji Khairy Jamaluddin.

Bekas ketua Pemuda Umno itu merasakan tindakan Tuan Haji Mustapa yang juga ahli Parlimen Jeli itu disebabkan hala tuju semasa parti.

BERITA BAIK

BILA KUASA

HILANG

MULA TUDUH

MENUDUH

TIKAM JANGAN

TAK TIKAM

CARI BOMOH

PAKAI RACUN

BUNUH TIBAI


SAMA SENDIRI

KAH KAH KAH


-----------------

TOK PA LETAK JAWATAN



KENYATAAN MEDIA: 
PERLETAKAN 
JAWATAN SEBAGAI AHLI UMNO

1. Semenjak PRU 14 melabuhkan tirai, seperti orang lain juga, saya telah membuat beberapa pemerhatian tentang lanskap politik Malaysia, hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta masa depan negara.

2. Berdasarkan kepada beberapa perkembangan mutakhir ini, saya berpandangan bahawa usaha-usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin sukar. Tidak ada tanda-tanda bahawa majoriti rakyat berbilang bangsa dan agama akan kembali meyakini perjuangan parti ini.
3. Untuk menjadi relevan dalam dinamika politik nasional hari ini, UMNO selaku peneraju Barisan Nasional tidak boleh bergantung kepada sokongan orang-orang Melayu dan Bumiputera semata-mata.

4. Secara prinsipnya, pendirian politik saya adalah UMNO harus menjadi sebuah parti yang inklusif, moderat dan berhaluan tengah. UMNO mesti terus memperjuangkan kepentingan Bumiputera dan Islam, namun tanpa sesekali mengenepikan kepentingan kaum dan agama lain. Saya percaya bahawa inilah jalan terbaik dalam kerangka negara Malaysia yang majmuk. 

5. Namun pada pandangan saya, hala tuju yang diambil UMNO pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

6. Maka atas dasar inilah, setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini.

7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari Jeli, Kelantan dan seluruh negara yang banyak membantu sepanjang saya berkhidmat untuk UMNO, dari kepimpinan parti sehinggalah akar umbi. Insya-Allah saya akan terus menyumbang buah fikiran ke arah membangunkan sebuah negara Malaysia yang terbilang. 

8. Saya mendoakan agar negara kita akan terus aman, makmur dan disegani di peringkat antarabangsa. Semoga lembaran baharu Malaysia ini akan mewujudkan budaya politik lebih matang dan inklusif, di samping meletakkan tadbir urus serta integriti sebagai keutamaan. Sudah tiba masanya semua pihak tanpa mengira fahaman politik dapat mencari satu titik persamaan demi kepentingan rakyat. Kepada Allah SWT jua kita berserah.

Mustapa Mohamed
Ahli Parlimen Jeli
18 September 2018





-----------------

SAPA MAT PET ITU?







SAPA

MAT PET 
YANG SELALU

DIAGUNGKAN

OLEH MAJALAH

NEW MUSICAL

EXPRESS UK





----------------

APA JADI DENGAN BAUKSIT





YB FAUZIAH

APA KHABAR?

Gua mmg pelik pasal bauskit...dulu melaung bagai nak gegar satu nusantara...sekarang sonyappp semacam... TT tak Tanya YB Kuantan ke pasal bauskit..? Ke TT malu-malu?kahkahkahkah... TT, Gua cadang lu buat dokumentari bertajuk,
 Ada apa dengan bauskit kuantan...??? kahkahkahakahakah. P/s: kirim Salam pada mat pet, mat songel, mat syabu...tambah satu lagi mat gopoh. Kahkahakakhkah. Tak lama lagi mesti Mat kebuloq projek muncul.kahkahkah. 
on BUKAN REKAAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/19/18


---------------

BODEK RAJA









BODEK RAJA
Mamak2 itam nie la antara yg jadi anai2 yg mereputkan UMNO...! Puak macam ni la yg sedia tonggeng di pantai Tanjung Keling dan punggung di sapu kapur...nak bodek Raja...! on
 TUAN HAJEE AZEEEZ
Whiteeagle Brando
on 9/19/18


-------------------

CARAI SAMPAI DAPAT







CARI CARI

JANGAN MALAS
Blog ni utk pencerahan dan maklumat soheh, pembaca mana ada masa nak cari.. cari.. cari. Kau dpt info, kau terus share la. Sebab tu gamaknya najib belum masuk jel. Polis dan pimpinan kerajaan baru pun ikut style kau tt, kasi info sekerat sekerat. Phuiii! on 
BUKAN REKAAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/18/18


----------

KAWIN GELAP GELAP



KAWIN GELAP
Kawin kawin gelap tu biasala bro ahlil politics juga ada cinta berahi alaa mutut mutut oil dari melayan kekasih gelap video calls je noty noty hahaha lebih baik kawin alaa mutut mutut oi dari sudut penafian politics melayu soal menzakar mula mula nafi dgn dalal dan dalil bila bukti sudah ada hihihi bukan taknak Cita keadaan memaksa begitulah seterusnya on
 BUKAN REKAAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/19/18



----------------------