WOIT
HADI TIBAI
DASAI
KAU KAU
PASAI APA?
Anwar pandai berlakon, kata Hadi
ANWAR Ibrahim bukan seorang pemimpin yang baik kerana suka mengambil kesempatan dan tidak mempercayai kaumnya, dakwa Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Dalam ceramah kempen pertama parti Islam itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson malam tadi, Hadi berkata Anwar juga mampu berlakon mengikut keadaan semasa dan tidak konsisten.
“Islam ada adab dalam memilih pemimpin, memilih pemimpin amanah yang sangat besar, tidak boleh diberi kepada mereka yang anggap ini peluang dan berprinsip oportunis.
“Depan tok lebai dia sembahyang, tempat Hindu dia menari Hindu, tempat Buddha dia menari Buddha. Seorang Islam kena konsisten, ini orang boleh berlakon dengan semua puak.
“Kalau sekiranya seorang itu saya terpaksa sebut, ini kawajipan kita, yang tidak percaya pada kaum dia, agama dia sendiri, tak percaya kaum sendiri macam mana kaum lain nak pilih dia,” kata Hadi.
Dalam ucapan di hadapan kira-kira 200 penyokong parti itu, Hadi mendakwa itu sebab Anwar memilih bertanding di kerusi yang mempunyai nisbah pengundi campuran.
“Yang nak jadi perdana menteri ini melompat ke sana ke mari, dari Permatang Pauh lompat ke Kajang, melompat ke Port Dickson.
“Memilih kawasan 60% bukan Islam. Kenapa tak berani tanding di kawasan majoriti Islam?” soal Hadi.
Pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson adalah persediaan PH untuk membolehkan Anwar ke Parlimen bagi menggantikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Parlimen Port Dickson mempunyai 75,212 pengundi berdaftar dengan majoriti 42% adalah pengundi Melayu, Cina 33%, dan India 22%.
Hadi turut mendakwa Anwar hanya “menumpang” pentadbiran Dr Mahathir apabila menyertai politik.
“Calon perdana menteri ini seorang yang menumpang Dr Mahathir dulu, berkhidnat bawah Dr Mahathir dulu,” katanya.
Ketika mempromosi calon partinya, Hadi berkata pengundi perlu memilih Mohd Nazari Mokhtar kerana veteran tentera itu bebas daripada sabitan kes mahkamah.
“Calon kita tidak terikat kes mahkamah atau terikat lembaga pengampunan,” katanya, menambah orang yang bergantung kepada belas lembaga pengampunan adalah tidak bermaruah.
“Saya tak mahu perkecilkan orang tapi jangan mudah pilih orang yang lihat ini (PRK) sebagai peluang, bukan amanah besar,” katanya.
Sementara itu, pada sidang medianya Hadi berkata PAS menyertai pertandingan dalam PRK Port Dickson secara bersendirian tanpa penglibatan Umno.
Beliau berkata tiada perbincangan dilakukan antara kepimpinan kedua-dua parti seperti mana PRK Sungai Kandis dan Seri Setia apabila kedua-dua parti bekerjasama menentang calon PH.
“Kita terima siapa saja sokong kita, kita bersendirian, bila Umno tak tanding maknanya tiada kerjasama dengan kita,” katanya.
Dua calon yang dikaitkan dengan Umno, Isa Samad dan Saiful Bukhari Azlan bertanding sebagai calon Bebas dalam PRK Port Dickson.
Bekas menteri dan bekas menteri besar Negeri sembilan itu mengumumkan keluar parti minggu lalu susulan keputusan Umno untuk tidak bertanding dalam PRK Port Dickson.
Saiful Bukhari pula merupakan individu yang bertanggungjawab membuat dakwaan diliwat Anwar – yang membawa kepada sabitan dan hukuman penjara ke atas bekas majikannya itu.
Saiful Bukhari aktif dalam kempen Umno sebelum ini untuk memburuk-burukkan Anwar dan juga parti pembangkang, sebelum kerajaan Barisan Nasional tumbang 9 Mei lalu. – 1 Oktober, 2018.
TOK SHEIKH
PANDAI
BERLAKON
WOW
SIANG JADI ALIM
MALAM JADI
MALIM
SIANG STR8
MALAM RAID
KAH KAH KEEH
-------------------