KAH KAH KAH
MAT SAIPOL
BUKA KESAH
KAH KAH KAH
Saiful mula ceramah di PD, bangkit kes Liwat II
SAIFUL Bukhari Azlan menyentuh isu dakwaan kes Liwat II buat kali pertama malam tadi dalam kempen Pilihan Raya Kecil Port Dickson yang masuk pertengahan kedua.
Dalam pertemuan di Kampung Teluk Pelanduk itu, beliau ditanya seorang penduduk sekiranya kes yang menyebabkan Anwar Ibrahim dipenjara benar-benar berlaku.
“Perkara itu benar-benar berlaku. Kalau tak berlaku, saya tak akan berdiri di sini,” dakwanya ketika berucap kepada beberapa belas orang yang hadir dalam pertemuan di taman perumahan rakyat itu.
Tambahnya lagi, beliau juga sudah bersumpah mengenai kebenaran kes tersebut dan membuat laporan polis, sedangkan Anwar tidak bersumpah.
Walaupun Anwar diampunkan, ia juga bermakna bekas majikannya itu bersalah kerana pengampunan dibuat ke atas kesalahan, kata calon Bebas itu lagi.
Ketika ditanya selepas itu, Saiful berkata beliau akan mengadakan satu ceramah setiap malam sehingga ke malam terakhir sebelum hari pengundian.
Ini merupakan kali pertama Saiful membangkitkan dakwaan berkenaan dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.
Pada hari penamaan calon seminggu lalu, Saiful yang muncul untuk mengemukakan borang penamannya berjanji untuk tidak membangkitkannya isu tersebut dalam kempen pilihan raya.
Dakwaan liwat yang didakwa berlaku pada 2008 itu menyebabkan Anwar diheret ke mahkamah dan seterusnya menjalani hukuman penjara selama lima tahun.
Beliau yang mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei lalu bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini untuk membolehkannya menyertai semula Parlimen.
Anwar, 71, bakal menggantikan Dr Mahathir Mohamad, 93, sebagai perdana menteri sekiranya berjaya menang pilihan raya kecil ini.
Selain Saiful, Anwar ditentang bekas menteri besar Negeri Sembilan Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas dan juga calon PAS, Nazari Mokhtar.
Turut bertanding adalah tiga calon Bebas, Lau Seck Yan, Stevie Chan, dan Kan Chee Yuen.
Pada 12 September lepas, Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil.
Danyal yang meraih 36,225 undi menang dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional V Mogan dari MIC dan calon PAS Mahfuz Roslan yang hanya dapat 6,594 undi. – 7 Oktober, 2018.
PERSOALAN
IALAH DAPATKAH
MAT SAIPOL UNDI
APAKAH ANWAR
AKAN DAPAT
UNDI TOP
MANAKALA
SAIFUL DAPAT
UNDI BOTTOM
KAH KAH KAH
----------------------