EEE
KERANA EEE
Polis siasat Hishamuddin Rais tuduh SPRM disogok
AKTIVIS Hishamuddin Rais akan disoal siasat polis petang ini berhubung tulisan di blognya yang dikatakan mendakwa Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim memberi rasuah pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup kesnya
Hishamuddin mengesahkan beliau akan berada di ibu pejabat polis daerah Sentul petang ini tetapi menegaskan apa yang disiarkan dalam blognya diperoleh daripada kumpulan chat WhatsApp.
“Ya, saya akan dipanggil untuk disoal siasat dan ia mengenai pos pada blog yang menghubungkan Azeez dengan penyalahgunaan kuasa,” kata aktivis sosial itu kepada The Malaysian Insight.
“Bagaimanapun, butiran di blog itu bukan milik saya, ia adalah daripada kumpulan chat Whatsapp yang dihantar kepada saya.”
Dalam blogt itu, ia turut mendakwa Azeez menyogok Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki untuk menutup siasatan terhadapnya.
Azeez yang merupakan bekas pengerusi Tabung Haji ditahan dua minggu lalu oleh SPRM dan ditahan reman selama 10 hari.
Beliau dilaporkan disiasat berhubung wang tunai RM500,000 dan RM1.2 juta dalam pelbagai mata wang yang disita dalam serbuan di rumahnya di Selangor dan Kedah pada Mei.
Hishamuddin mendakwa beliau tidak mengenai siapa Azam.
“Siapa Azam Baki? Saya tidak kenal siapa dia,” kata aktivis itu.
Dalam blog itu, Hishamuddin juga menggesa Putrajaya menyiasat hubungan rapat Azeez dengan Djoko Tjandra (Mulia Group), Mohd Irwan Serigar Abdullah, Gulzar Mohamad, Gnanaraja Gnanasundram (Yayasan Usaha Ventures Malaysia), Tony Fernandes (AirAsia), D Ramesh (Pelita Group ) dan Habibur Rahman Kadir Shah (MAS).
Peguam Hishamuddin, Zaid Malek berkata pihak polis memanggil Hishamuddin selepas menerima laporan yang dibuat oleh Ramesh, pengarah Kumpulan Pelita yang merupakan rangkaian restoran nasi kandar terbesar di negara ini. – 16 Oktober, 2018
----------------