Rabu, 7 November 2018

IMAM KAKI ROGOL






KES IMAM PALSU
satu lagi kes imam palsu
mendakwah atas agama islam
menyusahkan hidup orang
melarang orang lain bersetubuh
haram sana haram sini
tapi
imam ini sendiri  hantu buret

TETIBA BERITA PECAH
ada tudunan iman ini merogol
awalnya  imam ini menafikan dia  merogol
bila bahan bukti muncul
iman ini mengakui
bahawa entot itu dilakukan
atas  suka sama suka
bila ditahan dalam jil
imam ini menuduh ada konspirasi
anti islam
kah kah kah
macam pernah dengar di malaysia




SAPU BALAK



SAPU BALAK
kaum2 kerabat kata jasa soltan2 melayu ni adalah terlalu banyak lebih banyak dari lombong - balak yg disapu oleh yang mulia...betulke? on MERAKAM SEJARAH - GM2 PERTAHAN KEMENANGAN
Publish | Delete | Spam
nizam bakar
at 5:27 PM



-----------------

AJENDA YAHUDI







TAK ADIL

TAK TELUS

INI AJENDA YAHUDI

Shafie kekal ketua menteri Sabah

MAHKAMAH Tinggi Kota Kinabalu hari ini memutuskan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal adalah ketua menteri Sabah selepas menolak saman difailkan oleh bekas ketua menteri Musa Aman.

Hakim Mahkamah Tinggi Yew Jing Kie membuat keputusan itu selepas meneliti hujah kedua-dua belah pihak.


TOK IMAN

KATA APA

KONSPIRASI KE?

-------------------

CASH IS KING



CASH IS KING
Najib dalam rollercoaster Jho Lo. Suka atau tidak Najib kena teruskan kan menjerit mengaung pun tak guno . Kena terus kan juga hingga tamat Mana pergi Cash is king Dan King is Cash atau raja kapur 
Babak lama tapi baru akan muncul Bontot is king koil Airskream is king koil Tua is king koil And cash is tua Rakyat no cash no talking talking Rakyat in king kong Guna kasut sekolah hitam on BODOH TAK MAKAN TEMPE
Publish | Delete | Spam
saffron rice
on 11/7/18


---------------

JUAL MINYAK WANGI







WOIT


LAT KOYA

TAK FAHAM 

INI BUKAN GUNA

DUIT GAMIN

UNTUK KEMPEN

PARTI

Pemimpin PKR persoal lawatan Wan Azizah ke Julau

SEORANG pemimpin PKR mempersoalkan lawatan presiden partinya Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Julau, Sarawak semalam, atas kapasiti timbalan perdana menteri, ketika pemilihan parti di negeri itu bakal berlangsung hujung minggu ini.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya berkata lawatan itu tidak sesuai memandangkan 29 cabang di Sarawak akan mengundi pada 10 November ini.


DR WAN AZIZAH

NAIK AIR ASIA

BUKAN NAIK JET

SAMSENG CHINA

DR WAN AZIZAH

PAKAI DUIT ABAM

MANA ABAM

DAPAT DUIT?

ABAM DAPAT

DUIT KOMISEN 

JUAL 

MINYAK WANGI 


LU TAK CAYA?
----------------------

TEMBAGA APA?








PADANG TEMBAGA
TT dulu gelar AA ni tembaga. Apa yang tembaganya TT? Cuba bagi pencerahan sikit. on SOKONG KARTEL
Remove content | Delete | Spam
azam
on 11/7/18

---------------

ZAHID BUKAN KANCIL





ZAHID 

BUKAN KANCIL
Mana bisa Zahid mahu umpamakan dirinya sama sang kancil...kerna si kancil itu cerdik sedangkan wak jahid yang satu- satu ini udah la bodoh....lagi gampang orangnya kah kah kah.... on
 ZAHID TUNGGU GAJAH MATI
Publish | Delete | Spam
Jigit
on 11/7/18

-------------------

NAJIB TIDAK MENYALAK




JANGN TUDUH

NAJIB MENYALAK

Syukurrrr hari hari najib ulas dlm fb. Tea talk. Harii hari dia maki bangkang kerajaan baru.hari2 tulisan dia akan keluar dlm arus media perdana, gua bersyukurrrrr! Kahkahkah. Sehbabnye sebabyeee..selagi dia menyalak mcm anjingg selagi itulah umno akan dihina. Kahkahkah. Yamno makin kojol. 
Terima kasih pemimpin yamno skrg. Nk tegur najib takottt.kahkahkah. elok lah tuu! Mari kita layan najib menyalak konon kita termkan teknik propaganda media dia. Sampai yamno mati woii! Kahkahakah. on 
DULU ANAK JANTAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/3/18



-----------------

ADA APA APA KE?







WOIT!

ADA APA APA KE

ANTARA 

MAHATHIR

DENGAN
NOAM CHOMSKY




-------------

ADA APA DENGAN MAHATHIR






HAH!

ADA APA DENGAN

MAHATHIR





-------------

ADA APA DENGAN CHOMSKY




HAH!

ADA APA DENGAN
NOAM CHOMSKY




-------------------

MERAKAM SEJARAH - GM2 PERTAHAN KEMENANGAN






MERAKAM SEJARAH

GM2 PERTAHAN 

KEMENANGAN


Pada jam 10.32 malam bersamaan hari Rabu 9 Mei 2018 anak semua bangsa warga Malaysia telah berjaya menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Ini babak  kemenangan hasil dari  perjuangan dan pengorbanan  anak semua bangsa.

Kejayaan 9 Mei ini  saya takrifkan  kepada kejayaan apa yang saya namakan perjuangan GM2 - Gerakan Merdeka Dua.

Pada ketika ini GM2 wajib bertanya  - apa yang wajib kita lakukan? Apa yang seharusnya kita lakukan?  Apa tugas sejarah GM2 pada tahap ini? Siapa dan apa dia GM2 ini?

Untuk memahami GM2 ini maka kita wajib melihat kembali perjuangan masa lampau dalam usaha untuk menghumbankan United Malays National Organisation.

Perjuangan yang kita sambut dengan kemenangan 9 Mei ini adalah sambungan perjuangan anti-kolonial yang dimulakan oleh datuk nenek moyang kita yang terdahulu. Semenjak penjajah Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun menjejakkan kaki ke Tanah Melayu - para wira patriot dan nasionalis Melayu telah  bangun menentang penjajah.

Kita dari GM2 adalah penyambung  garis perjuangan Tun Fatimah, Tun Ali, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Maharaja Lela, Mat Kilau, Mat Indra, Datuk Sagor,  Tok Gajah dan pahlawan wira  yang lain. 

Justeru kita dengan bangga memanggil diri kita  GM2 atau Generasi Merdeka Kedua. Kita adalah penyambung perjuangan GM1 - kaum nasionalis Merdeka Pertama. Boestamam, Pak Sako, Rashid Maidin, Abdullah Sidi, Aziz Ishak, Shamsiah Fakeh dan Chin Peng adalah diantara nama-nama nasionalis dan patriot pertama yang berjuang untuk merdeka.

Perjungan GM2 ini  bermula pada tengah malam 31 Ogos 1957. Pada tarikh ini malapetaka telah menimpa Tanah Melayu apabila kuasa kolonial Inggeris telah memberikan kuasa pentabiran Tanah Melayu kepada United Malays National Organisation. Tanah Melayu dari tanah jajahan beralih menjadi tanah jajahan bentuk baru. 

Tanah jajahan bentuk baru ini  membolehkan  United Malays National Organisation menjadi barua dan budak suruhan Inggeris. Bersekongkol bersama gerombolan  Melayu ini  ialah para cukong dari Malayan Chinese Association (MCA) dan dari Malayan Indian Congress (MIC). 

Gerombolan ini telah  menjarah dan merompak Tanah Melayu  selama 60 tahun. Para cukong menjadi kaya raya. Kaum feudal Melayu menjadi lupa daratan. Elit politik Melayu menjadi pekakas para cukong.

Kenapa kuasa kolonial Inggeris berundur?

Dari kajian sejarah - kuasa kolonial Inggeris tidak ada pilihan. Britain telah jatuh muflis kerana terlibat dalam  Perang Dunia Kedua. Tanah-tanah jajahan Inggeris di Asia dan Afrika mula berjuang menuntut merdeka. Kaum nasionalis mula bangun menentang penjajah. India lubuk emas Inggeris telah  bangun menentang penjajah  dan bebas merdeka pada tahun 1947. 

Di Tanah Melayu semenjak Darurat diistihar pada 20 Jun 1948 -  dibawah kepimpinan Parti Komunis Malaya ( PKM) gerila bersenjata anak semua bangsa telah  bangun membantai dan menyerang soldadu upahan  kolonial Inggeris.

Untuk terus menyelamatkan ladang getah , lombong bijeh dan harta pusaka maka Tanah Melayu dijadikan neo-colony. Jika Inggeris tidak berundur maka  perjuangan bersenjata anak semua bangsa akan lambat laun mencapai kemenangan. Kuasa kolonial Inggeris akan tumpas.

Memberikan kuasa kepada United Malays National Organisation  adalah jalan paling selamat untuk Inggeris. Jalan terbaik untuk menyelamatkan harta kekayaan penjajah.

Satelah Inggeris berundur Parti Komunis Malaya terus memimpin  perjuangan bersenjata dari bawah tanah. Garis politik  - united front - barisan  bersatu diteruskan melalui anak-anak syarikat and kaum kerabat Parti Komunis dalam usaha menentang  penjajahan bentuk baru.

Angakatan Pemuda Insaf (API) Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) - yang telah diharamkan  meneruskan  perjuangan dibawah payung Parti Buruh dan Parti Rakyat.  

Justeru semenjak 31 Ogos 1957 - GM2  anak  semua bangsa - warga Tanah Melayu telah   bertekad untuk terus melawan budak suruhan Inggeris -  United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Perikatan (UMNO,MCA, MIC).

Pada Rabu 9 Mei GM2 berjaya. Maka pertanyaan sejarah kepada GM2 ialah  apa tugas sejarah kita hari ini?

Kejayaan utama 9 Mei ialah terbukanya ruang demokrasi. Membuka dan merampas ruang demokrasi ini adalah kejayaan  utama.

Untuk sarjana politik, pakar kaji masyarakat, penulis  sejarah dan para aktivis politik - mereka akan faham bahawa  perjuangan ini   bertahap tahap. Kadang kala mengelembong, kadang kala kempis dan kadang-kadang macet. Ini adalah  watak perjuangan. 

Jika kita  melihat  sejarah Revolusi Peranchis apabila kepala Louis ke16 dipenggal pada 21 Januari 1793 kita diajar bahawa tugas pertama revolusi rakyat ialah menghapuskan  kaum feudal. Tugas kedua ialah mendirikan  negara republik.

Bagitu juga dengan Ravolusi Oktober 1917 di Rusia dan Revolusi Tiongkok  1949 di China. Tahap pertama menghapuskan kaum feudal dan tuan tanah.  Kemudian membuka ruang demokrasi baru. Dan tahap ketiga ialah berusaha untuk mendirikan negara republik rakyat berasaskan sistem ekonomi sosialis.

Jangan sesekali silap baca. Silap baca maka kita akan membuat silap langkah. Kemenangan Parti Pas di Terengganu  pada 1999 bukan kerana Islam tetapi kerana Anwar Ibrahim. Kemenangan Dr Jeya di Sungai Siput pada PRU12 bukan kerana sosialisma tetapi  kerana Anwar Ibrahim. Silap baca maka garis politik kita akan  menajdi Lokman Adam. Amin.

Mempertahan ruang demokrasi ini adalah tugas utama kita hari ini. Ajenda perubahan - reform ajenda - wajib terus bermain bukan hanya dibibir tetapi dalam perbuatan dan kerja politik.

Dalam perjuangan ini garis politik ialah numero uno - awal wahid. Mempertahankan ruang demokrasi ini adalah ajenda numero uno. Gagal mempertahankan  ruang demokrasi akan membawa malapetaka yang lebih menjahanamkan dari 60 tahun pentadbiran gerombolan Ketuanan Melayu.

Lihat apa terjadi kepada - People’s Power - kuasa rakyat - di Pilipina? Rakyat Pilipina bangun ke jalan raya menumbangkan Marcos (1986). Kejayaan Curazon Aquino disambut hebat. Muncul  Ramos, Estrada, Arroyo, Banigno Aquino - dan kini muncul Duterte.

Apa latar, apa naratif yang telah berlaku hingga rakyat Pilipina kini berhadapan dengan Duterte. Sosok ini dikatakan ‘pembunuh berlesen’. Dari laporan media,  dunia telah diberitahu lebih dari 5000 warga Pilipina telah  gugur akibat  dasar dan arahan Duterte. Ini menakutkan. 

Apa terjadi dengan kuasa rakyat? Bagaimana kuasa rakyat  tergelincir hingga  menjadi kuasa laras senapang?

Mari kita lihat Indonesia. Kemenangan menjatuhkan Suharto (1998) telah membuka politik baru. Ruang demokrasi terbuka. Di Indonesia hakikatnya - ada kejayaan dan ada kegagalan. Harapan untuk melestarikan ajenda reform masih berjaan. Indonesia tidak seburuk Pilipina. 

Maka  anak semua bangsa dan GM2 wajib meneliti dan memberi perhatian rapi terhadap pengalaman  Indonesia dan Pilipina. Kita wajib belajar dari pengalamn terdahulu mereka. Waspada - kemungkinan Malaysia terjerumus ke dunia Duterte bukan satu yang mustahil. Amin

Mempertahan dan memperluas ruang demokrasi  bertujuan untuk mengusulkan agenda perubahan kepada anak semua bangsa. Mempertahankan ruang demokarsi ini bermakna memperkasa agenda perubahan.

Apa itu agenda perubahan?

Apa yang tercatat dalam Manifesto PRU14 itu jelas sebagai janji Pakatan Harapan kepada para pengundi. Tujuan manifesto adalah untuk mengolah persetujuan agar anak semua bangsa bangun dan menghumbankan Najib dan Rosmah. Ini telah berjaya kita lakukan.

Ada lagi agenda  perubahan yang wajib dilakukan. Ini bukan hanya memansuhkan GST. Atau melupuskan  hutang PTPTN. Ada yang lebih penting dari semua ini.

Apa dia?

Pekara yang lebih penting ini  tidak dapat dipegang atau dibayar atau dibeli. Pekara ini ialah  bagaimana melalui  ruang demokrasi yang telah dimenangi  kita dapat mewujudkan  superstruktur politik atau pembudayaan politik yang akan menjamin keadilan sosial untuk anak semua bangsa.

Ini memerlukan perancangan dan fikrah untuk mewujudkan dasar dan superstruktur arah tuju tanah air kita ini.  Mewujudkan supertsruktur ini adalah ajenda politik yang  paling penting. 

Superstruktur  wujud berlandaskan agihan ekonomi. Hubungan antara daulah dengan rakyat. Hubungan antara kaum pekerja dengan pemilik kilang. Hubungan nelayan dan pesawah dengan pembeli dan pengguna. Hubungan kita dengan kaum feudal. Hubungan rakyat dengan penguasa. 

Superstruktur hanya akan lahir jika dilakukan perubahan struktural. Ini bermakna dengan adanya ruang demokrasi  barulah dapat dilakukan   perubahan struktural. 

Perubahan struktural bermakna ada lembaga daulah akan diubah, akan dilupus, atau akan diwujudkan lembaga baru. Semua ini dilakukan demi  memperkasa , memperluas agenda perubahan.

Menilai, melupuskan dan mewujudkan lembaga-lembaga daulah yang baru  amat penting. Sayugia dingatkani bahawa lembaga daulah inilah yang mewujudkan pembudayaan kita hari ini.

Jakim mengetuk pintu dan masuk ke ruang pribadi kita kerana kuasa daulah. Kuasa ini boleh dilupuskan.  Bagitu juga dengan kaum feudal.  Kalau kita mahu terus mencium tangan kaum feudal maka kaum feudal akan terus menghulurkan tangan sambil mereka merembat pasir, tanah dan balak. 

Wajib diingatkan bahawa kewujudkan kaum feudal ini berlandaskan perlembagaan. Perlembagaan inilah yang kita kenali sebagai superstruktur. Perlembagaan boleh diubah dan diganti. 

Jangan sesekali silap baca. Jangan silap tafsir.  Saya yakin GM2 memiliki fikrah yang bukan jenis  Lokman Adam. Justeru sibuk-sibuk dengan labon siapa menjadi Perdana Menteri salepas Mahathir atau apakah Mahathir akan memberikan kerusinya kepada Anwar atau Si Anu dan Si Anu - adalah projek membuang masa. Ini labon politik yang  remeh lagi temeh.

Apa yang penting bukan siapa salepas Mahathir. Pada ketika ini Mahathir sedang menjalankan beberapa perubahan struktural. Mahathir sedaang membuka  politik baru. Contoh terbaik dalam politik baru ini  ialah tulisan Kadir Jasin dan Tamrin Baba. Dua sosok ini menulis  tentang peranan kaum feudal dalam  Malaysia Baru. 

Tulisan Kadir dan warkah Tamrin mustahil dapat disebarkan  dizaman Najib. Inilah yang saya tafsirkan  sebagai contoh agenda perubahan struktural. 

Perubahan struktural ini  akan juga mengubah cara kita melihat dunia. Cara Bani Melayu melihat peranan Raja Melayu. Mengubah cara kita berhubung sesama manusia. Menilai kembali peranan aum feudal adalah contoh terbaik perubahan struktural dalam Malaysia Baru.

Anak semua bangsa - bangsa semua agama dan GM2 -  ketika kita berjuang pedoman kita ialah - berani berjuang berani menang. Kemenngan 9 Mei  ini wajib terus dipertahankan. 

Ada jenis  politikus yang sibuk ke hulu ke hilir berkempen dengan mengunakan nama Allah tetapi tidak pernah melakar atau berniat untuk membawa perubahan  struktural. Para politikus jenis ini hanya berupaya berfikir tidak jauh dari lima tahun. 

Anak semua bangsa dan GM2 tidak memikirkan  pilihan raya lima tahun lagi. GM2 memikirkan agenda yang lebih besar dari kerusi YB. Agenda kita ialah mewujududkan keadilan sosial dan kesejahteran umat negara bangsa  dalam Malaysia Baru.

Sila tunggu. Minggu depan ada  epilok. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45

----------------

CISS MAHATHIR






CISS
MAHATHIR 

BERANI KAU


Perdana Menteri terima Anugerah Tertinggi daripada Maharaja Akihito

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, hari ini dianugerahi “Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” daripada Maharaja Akihito dari Jepun.
Penganugerahan tertinggi Jepun itu diberi berdasarkan sumbangan besar perdana menteri dalam usahanya mengukuhkan hubungan dua hala.
Majlis penganugerahan itu berlangsung di Imperial Palace semalam, lapor Bernama


INI BUKAN RAJA

BUKAN SULTAN

BUKAN AGONG

KENAPA TAK CIUM

TANGAN

INI MAHARAJA

MATAHARI TERBIT

INI BUKAN 

MAT PET

CHEESE MAHATHIR

------------------

TOK LEBAI WAJIB BELAJAR







TOK LEBAI WAJIB

 BELAJAR LAGI
Suruh tok lebai pergi ke sekolah balik... Belajar fakta fakta ..berlakunya bencana alam...... Jangan dok sebar...pembelajaran yang diluar alQuran..... Salah tu...Ini yang membuat orang benci dan menyampah... Nak berpolitik...berpolitiklah. .. Jangan sesekali campur adukan dengan agama.. on SEBAB SAIFOL
Publish | Delete | Spam
zaharuddin ahmad
on 11/6/18

----------------

ZAHID TUNGGU GAJAH MATI







ZAHID MENUNGGU

GAJAH MATI 


Zahid berjuang demi kelangsungannya dalam Umno


Zahid terus memberi bayangan bahawa parti itu “akan kembali berkuasa” tidak lama lagi.

“Mereka  ( Mahathir dan Anwar) bergaduh sesama mereka sekarang. Dan bila dua gajah bergaduh, kancil perlu ke tepi. Salah seekor gajah akan akhirnya kalah dan bila itu berlaku, mereka akan datang pada kita untuk minta bantuan,” katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan wujudnya pertelingkahan antara Dr Mahathir Mohamad dan bakal presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung jawatan perdana menteri.


ZAHID TUNGGU

GAJAH MATI 

TAPI UMUR GAJAH

144 TAHUN

MAKA  ZAHID

TERUS  JADI 

SORANG LAGI

TOK PENUNGGU

KAH KAH KAH


------------------

JANGAN FITNAH NAJIB







SOKONG
DATUK SERI NAJIB

BUKAN PENYAMUN

BUKAN PENCURI

JANGAN FITNAH

Saya bukan pencuri perompak penyamun’


SHAH ALAM - Datuk Seri Najib  menegaskan bahawa beliau bukan seorang pencuri, perompak dan penyamun.

Kenyataan itu dibuatnya melalui perkongsian di Facebook Live sebentar tadi berkenaan dakwaan dan tohmahan mengenai dana RM 2.6 bilion ke atas dirinya.

Najib berharap mudah-mudahan apabila sampai pada masanya kebenaran akan muncul dan segala tuduhan serta tohmahan ke atas dirinya akan lenyap.

"Tidak ada sesiapa yang tidak akan tersinggung apabila dilempar dengan pelbagai tohmahan seperti itu.


DATUK SRI NAJIB

WARAK 

PERGI MEKAH

BERI SALAM 

PADA KUBUR NABI

BUKAN SEMUA

ORANG DAPAT

BERI SALAM

DIREK PADA KUBUR

DATUK SERI

PEJUANG ISLAM

SEMBAHYANG

TAK TINGGAL

DI MEKAH

DATUK SERI

HANTUK KEPALA

PADA BATU ITAM

MULUT BERBUIH2

BACA SALAWAT

PUNDEK WARKAK

SIAPA FITNAH

INSAN SYUMUL?

INI MESTI DENGKI

CEMBURU 

KERANA TAK ADA

ISTERI

GEMOK MONTOK

HOTOK DEPOK

MACAM

DATIN ROSMAH

----------------

MAKIN TEROK




MAKIN TEROK
bro..ketika fukusima dilanda gempa, maka berkokok hajah rosmah suami najib insan suci muci persis buah koci mgatakan gempa adalah disbkan dinegara jepun tiada sebuah masjid pun dibina..gempa2 diindon pula dikatakan akibat dari kesan maksiat asbab dari aktiviti perlancongan menurut pak jawa mengaku aceh zahid komiidi..
apa yg kita perlu buat hanya la menunggu fakwa2 hebat dan pandangan tembus dari wali2 alam melayu..
sesunguhnya wali2 songo telah gagal menislamkan pulau terbesar indonesia..
harapan hanya tinggal pada waris wala dari benih wali2 melayu tanah melayu..sejak ahok dipenjarakan ini, maka teruk islam indonesia dilanda bala..err..haji hadi mana?si kritian penghina islam sudah dipenjara, ngapa bala semakin ngada2.. on JANGAN BUAT FITNAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/5/18



-----------------