CONTOH TERBAIK
BERITA PALSU
Pejabat CEO GLC Terengganu dikunci kerana disiasat, kata menteri besar
SEBUAH anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu sedang disiasat secara dalaman dan kerana itu pejabat ketua pegawai eksekutifnya dikunci, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata tindakan kunci pejabat Eastern Pacific Industrial Corperation (Epic) itu adalah proses biasa mengikut prosedur.
“Maka langkah sedemikian (kunci pintu) itu dibuat oleh kerana ia melibatkan siasatan yang sedang berjalan dalam beberapa perkara yang saya tak dapat bagi lebih lanjut,” katanya seperti dipetik Sinar Online.
Samsuri bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran siasatan di Epic itu.
“Siasatan apa, siapa yang disiasat, bagaimana, bila, kenapa disiasat itu adalah persoalan yang masih awal untuk diumumkan pada tahap ini.
“Biarlah proses itu berjalan. Selesai barulah kita maklumkan pada awam,” katanya.
Sebuah blog kelmarin memuat naik foto pejabat sebuah GLC di Terengganu dikunci dengan rantai, kononnya kerana perebutan kuasa antara pemimpin PAS Terengganu yang masing-masing mahu meletakkan orang mereka di pejabat itu.
Pejabat CEO itu dipercayai dikunci pada hujung minggu lepas tanpa sebarang notis dan disedari apabila beliau datang ke pejabat pada Ahad, menurut blog itu. – 19 Disember, 2018.
MUSTAHIL
ADA RASUAH
ADA SALAH
GUNA KUASA
DALAM
NEGERI ISLAM
PEGAWAI WARAK
SEMBAHYANG
TAK TINGGAL
PERGI UMRAH
HANTUK KEPALA
PADA BATU ITAM
INI BERITA JAHAT
DARI DAP DAN
LIM KIT SIANG
CEMBURU PADA
NEGERI ISLAM
---------------