Isnin, 26 Ogos 2019

BERSELINDUNG DIBELAKANG AGAMA









SATU CONTOH

TERBAIK 

BAGAIMANA

ROGOL DAN ENTOT

BERSELINDUNG

DI BELAKANG 

AGAMA 

DAN KUASA

Tuduhan rogol baharu terhadap Tariq Ramadan


CENDEKIAWAN Islam terkemuka Tariq Ramadan yang didakwa merogol dua wanita di Perancis kini berdepan tuduhan baru iaitu merogol secara beramai-ramai seorang wartawan, kata sumber kehakiman semalam.

Sumber itu mengesahkan laporan di radio Europe 1 dan akhbar Le Journal du Dimanche yang menyebut seorang wartawan berusia 50-an menuduh Tariq, 56, dan pembantunya merogol wanita itu ketika mewawancara ahli akademik itu di sebuah hotel di Lyon pada Mei 2014.

Wanita berkenaan membuat laporan pada Mei 2019 dan menuduh Tariq mengugut supaya tidak membuat laporan polis, kata sumber itu lagi.

Wanita itu berkata Tariq mengugutnya dengan berkata “Anda tidak tahu betapa berkuasanya saya” dan menyifatkan kejadian tersebut adalah keganasan yang dahsyat.

Tariq, bapa kepada empat anak dan cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslim adalah profesor di Universiti Oxford sebelum diarahkan bercuti ekoran timbulnya tuduhan rogol terhadapnya pada lewat 2017. Tuduhan muncul ketika gerakan “Me Too” memuncak.

Tariq menafikan tuduhan merogol seorang wanita kurang upaya pada 2009 dan seorang aktivis wanita pada 2012.

Beliau ditahan selama sembilan bulan pada Februari 2018 sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Pihak berkuasa Switzerland juga menyiasatnya selepas menerima dua laporan di negara itu.

Peguamnya, Emmanuel Marsigny enggan mengulas mengenai laporan semalam. – AFP, 26 Ogos, 2019.


APA NAK ROYAK

SATU DUNIA 

DAH TAU

-----------

Tiada ulasan: