Isnin, 19 Ogos 2019

UTUSAN LINGKUP











AGAMA HINDU

PERCAYA KARMA

BUAT BAIK

DAPAT BAIK

BUAT JAHAT

PASTI LUNGKUP

MAKA LINGKUP

AKHBAR SUARA

KETUANAN MELAYU


Utusan berisiko ditutup, kata NUJ

KUMPULAN Utusan Melayu Berhad, syarikat penerbit akhbar Utusan Malaysia berisiko ditutup selagi pihak pengurusannya gagal melupuskan aset bagi membayar gaji kakitangannya, kata Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohd Taufek Razak.

Taufek yang juga pengerusi NUJ cawangan Utusan Melayu Bhd berkata, masalah utama yang dihadapi syarikat itu adalah asetnya yang tidak boleh dilupuskan kerana kebanyakannya tidak memiliki sijil layak menduduki (CF).

“Pagi tadi kami adakan perjumpaan dengan pihak pengurusan termasuk Pengerusi Eksekutif Abd Aziz Sheikh Fadzir. Mereka buat keputusan Utusan memang tiada duit untuk bayar gaji, gaji yang tertunggak dan gaji pada masa-masa akan datang. 

“Mereka tiada wang dan gagal lupus aset Utusan yang ada.

“Mereka ugut kami, mereka akan tutup Utusan, tak nak lagi beroperasi sebab tidak ada duit,” kata Taufek, kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas hampir 100 kakitangan syarikat akhbar berbahasa Melayu mengadakan piket di perkarangan pejabat Utusan susulan gaji yang tertunggak lebih tiga bulan.

Menurut Taufek, dalam pertemuan di pejabat Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya pagi tadi, Abd Aziz juga tidak menolak kemungkinan akan menutup operasi Utusan sekiranya gagal memperolehi dana dalam tempoh beberapa minggu lagi.

“Mereka akan tutup operasi Utusan sekiranya tak dapat wang dalam beberapa minggu ini. Mereka nak tutup operasi, tak nak tanggung lagi beban. 

“Dia (Abd Aziz) juga memang tidak boleh buat apa, dia juga kata nak lepaskan jawatan sebagai pengerusi eksekutif,” kata Taufek.

Tambah Taufek, sekiranya perkara itu berlaku, ia merupakan satu tamparan kepada masyarakat Melayu kerana Utusan merupakan suara Melayu sejak 80 tahun lalu.

“Utusan sudah wujud selama 80 tahun lalu. Kalau ditutup, ia macam tutup suara orang Melayu. Itu langkah yang mengecewakan,” katanya lagi.

Taufek turut mengharapkan Umno dapat membantu kakitangan syarikat akhbar itu mendapatkan hak mereka memandangkan Utusan pernah menjadi lidah rasmi parti itu sewaktu parti itu memerintah bersama Barisan Nasional (BN).

“Setakat ini Umno pun tak beri maklumat untuk membantu Utusan terus hidup sebab Umno tidak ada wang.

“Kami merayu kepada Umno dan ahli Umno bantulah kami, pekerja kami banyak berjasa membantu Umno sebelum ini, kami merayu lihatlah nasib kami. 

“Kalau tak nak bantu, juallah saham (dalam Utusan) supaya kami boleh terus hidup. Utusan boleh hidup, kami boleh terus bekerja di sini,” katanya.

Pada Februari lepas, Umno melepaskan 31.6% pegangannya dalam syarikat kepada kepada Opulence Asia Sdn Bhd, syarikat milik penuh Aziz.

Susulan itu, Aziz kini menjadi pemegang saham terbesar Utusan.

Utusan yang diasaskan pada 1939 di Singapura kini berstatus PN17 atau syarikat yang menghadapi masalah kewangan selepas gagal membayar hutang terkumpul hampir RM1.2 juta kepada dua bank. – 19 Ogos, 2018.


ESOK LUSA

GAU MAU BELI

UTUSAN 

SEBAGAI 

KOLEKSI 

KENANGAN

SERATUS TAHUN

NANTI PASTI

ADA YANG 

INGIN MEMBELI
KAH KAH KAH
-----

2 ulasan:

mazmad berkata...

Aku Melayu tapi tak pernah membeli utusan melayu sebab aku nyampah dengan UMNO...
Biar dia tutup lagi baok

Tanpa Nama berkata...

Utusan merupakan suara Melayu sejak 80 tahun lalu ???

pergi mampos lah! melayu di luar sana takda nak ambil pot lu jadi suara melayu atau apa jadah sekali pun.
melayu cuma nak hidup aman damai pastikan perut anak bini kenyang, pergi sekolah ada duit dalam poket, yuran boleh dibayar takda tertunggak, ikan sayor ada dalam peti ais boleh dibuat lauk.

dulu waktu melayu mengeluh tol mahal petrol kereta tin milo mahal, suara melayu sejak 80tahun ini mana pergi?

"suara2 melayu" itu semua alasan lanchoowwww