Isnin, 23 September 2019

MINTA PADA BOS KU






PADAN

MUKA

AKHBAR

JUAL 

BERITA

UTUSAN

JUAL 

LEBONG 

Kakitangan Utusan rayu Dr Mahathir bantu atasi masalah gaji

KAKITANGAN Utusan Melayu Berhad merayu kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya campur tangan membantu mereka yang sehingga ini terus berdepan masalah tidak dibayar gaji oleh syarikat.

Dalam sepucuk surat terbuka kepada perdana menteri, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia Cawangan Utusan (NUJ-Utusan) mengadu kepada Dr Mahathir nasib mereka yang masih lewat dibayar gaji sehingga tiga bulan.

Nasib sama juga menimpa bekas kakitangan Utusan yang mengambil skim pemberhentian sukarela (VSS) tetapi tidak dibayar pampasan mengikut jadual, kata surat itu.

Mereka meminta Dr Mahathir campur tangan ketika timbul desas-desus ada pihak dalam kalangan “konglomerat media” yang mahu mengambil alih Utusan tetapi bimbang akan mewarisi tanggungan hutang yang tinggi.

“Kami memohon budi bicara dan jasa baik YAB Tun campur tangan untuk memberi perhatian sebaiknya dalam pengurusan Utusan Melayu (M) Bhd ke arah lebih baik. 

“Bantu kami untuk mengharungi kesukaran yang dilalui ketika ini dan memudahkannya,” kata NUJ-Utusan dalam surat berkenaan, yang kandungannya dilihat oleh The Malaysian Insight.

Dalam surat sama, NUJ-Utusan turut menggesa pihak pengarang Utusan memohon maaf kepada Dr Mahathir atas pemberitaan mereka mengenai perdana menteri selama ini, yang dibuat atas arahan politik ketika Umno masih memiliki pegangan saham terbesar syarikat.

“Seharusnya mereka harus memohon maaf kepada Tun kerana keterlanjuran (pada) masa lampau di mana Tun difitnah, dimaki hamun dan dihina dek kerana arahan politik,” kata surat itu.

Menurut NUJ-Utusan, hanya Dr Mahathir – sebagai pemimpin nombor satu negara – mengubah nasib kakitangan Utusan, yang 99% orang Melayu dan beragama Islam.

Pada akhir tahun lalu, hampir 800 kakitangan mengambil skim VSS dengan persetujuan pampasan mereka dibayar oleh syarikat secara ansuran dalam tempoh 12 bulan, berakhir November ini.

Bagaimanapun bayaran pampasan itu tertangguh berkali-kali sejak pembayaran pertama dan setakat ini baru diselesaikan sehingga jadual pembayaran bagi Jun 2019.

Pengerusi Eksekutif Utusan Abd Aziz Sheikh Fadzir sebelum ini berkata Utusan, yang pernah dikuasai Umno, sekarang tidak cukup dana untuk melunaskan pembayaran pampasan bekas kakitangan dan gaji kakitangan kerana belum dapat wang daripada pihak yang membeli aset syarikat.

Penjualan aset itu pula dilaporkan tertangguh disebabkan beberapa masalah antaranya kerana sesetengah bangunan itu tidak memiliki sijil layak menduduki.

Masalah tunggakan gaji kakitangan ini memaksa NUJ-Utusan menganjurkan piket pada 19 Ogos lalu, menuntut gaji yang tertunggak sejak tiga bulan.

Pihak pengurusan Utusan, yang berdepan kerugian sehingga RM3 juta sebulan, mengumumkan keputusan tidak menghentikan operasi cetak akhbarnya seperti yang digembar-gemburkan selepas piket.

Mereka sebaliknya menaikkan harga akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo sebanyak 50 sen, antara lain untuk menampung kos operasi.

Utusan dimiliki oleh Abd Aziz sebagai pemegang saham majoriti melalui syarikatnya Opulence Asia Sdn Bhd. Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru itu membeli pegangan saham Umno sebanyak 31.6% pada Februari lalu.

Pada Julai pula, tokoh perniagaan Syed Mokhtar Albukhary meningkatkan pegangan ekuitinya kepada 19.72% menjadikan beliau pemegang saham kedua terbesar melalui Nilam Setar Sdn Bhd, diikuti Umno yang masih memegang 18.1%.

Sejak 31 Ogos lalu, Utusan tidak lagi disenaraikan di Bursa Malaysia kerana masalah kewangannya. – 22 September, 2019.


WOIT

MENGAPA TAK

MINTAK DUIT

PADA ROSMAH

PADA NAJIB

DULU GILA2

PERTAHANKAN

MALAON INI
KAH KAH KAH


-----------


1 ulasan:

hamim berkata...

Pembelot kepada boss...kur..rap dipanggil KENG....sekarang ni dah ada lagi satu pembelot nak panggil apa??? KENG 2??